Shoot kat tiang, teguh ke ?
Yelah, ada lagi perkembangan di Bandaraya Melaka. Perkembangan tarikan pelancong dan juga mengurangkan kesesakan ke bandar. Tiang-tiangnya dah siap. Jalan laluannya pun dah siap atau 'on the way'? Bandaraya Melaka tidak lama lagi ada kemudahan monorail. Bermula daripada Tol Air Keroh hinggalah ke pusat pelacongan di Banda Hilir. Saya dengar pula daripada kakak-kakak dan makcik-makcik semasa bersembang kosong, Melaka tak lama lagi ada pula kemudahan 'tram'. Eh, biar betul? Monorail atau tram? Jalan dahlah sempit makcik kakak oi :(
Tak boleh nak bayangkan (Just can't imagine) kesibukan di Melaka akan datang. Melaka dulunya 'sleeping hollow' sekarang 'no more'. Jadi semacam Disneyworld pula dah! (kan Disneyworld sebesar Melaka!). Janganlah terlalu moden, abang cik.....Saya rindukan Melaka yang dahulu.....
Rasa seram aje nak naik monorail ni.
Asal kapas jadi benang,
Benang ditenun menjadi kain.
Melaka yang dulu masih dikenang
Tempat kami bermain-main.
semoga kesan2 sejarah terus dipelihara..........
ReplyDeleteYe, begitulah hendaknya.
ReplyDeleteselat teduh, lautan tenang,
ReplyDeletebanyak labuh, perahu Acheh,
barang lepas , jangan kenang,
walau hati rasa pedih.....
....seram dirintis...
Salam cg,
ReplyDeletemana tak pedihnya...
Selat Melaka airnya tenang,
Perahu dimudik sampai ke Jawa.
Zaman yang lepas masih dikenang
Banyak kenangan mengusik jiwa.
salam kak hajah nora,
ReplyDeletemakin lama.. memang sesat jugak kalau saya ke bandar melaka ni walaupun 12 tahun dulu kami pernah tinggal disini... Tahniah untuk orang melaka...
Salam hajah,
ReplyDeleteTahniah pada abang cik tu lah..
Salam Hjh
ReplyDeleteAlahai....pedih lagi ke....
Selat Melaka airnya tenang
Perahu sarat di lautan biru
Awan mendung tampak berkabus
Zaman lepas tak mengapa dikenang
Itu pengubat hati nan rindu
Pedih di hati pasti terhapus.
Bagusnya Melaka membangun. Minta2, janganlah terlalu banyak struktur & infrastruktur, sampai ghaib pula Melaka tradisional.
dulu2 ikan bakau melaka ori datang dari laut. sekarang ikan semua dah datang dari pasar. manis dah tak ada. makan ikan bakau dah kurang kick...
ReplyDeletekak nora..asal melaka ke..saya dan anak2 memang suka sangat ke melaka..tiap cuti sekolah anak2 nak jalan2 dan tido kat melaka..
ReplyDeleteHajah kakpah,
ReplyDeleteManis tak de, lawa ade....siapa ye...gerai ikan bakau lah..siap terapung lagi.
Salam Erna,
ReplyDeleteAkak memang asal Melaka. Mereka suka gi museum ke?
Kusangka panas hingga ke petang,
ReplyDeleteRupanya hujan di tengahari.
Zaman lepas terkenang-kenang,
Bila baca catatan sendiri
Terhibur rasa diriku ini
Hilang rindu belum pasti.
Memang betul kata Temuk,
Pembangunan Melaka pesat sekali.
Marilah sama-sama kta tengok,
Ada tidak lagi wajah tradisi.
Salam bahagia.
harap2 tak lah terlalu drastik perubahan2 dilakukan..takut nanti kesan2 sejarah terkakis pulak!
ReplyDeleteYe, betul, begitulah harapan kami rakyat Melaka. Harap 'mereka' tidak terlalu ghairah hingga hilang anugerah 'world heritage'
ReplyDeleteSalam Kak Nora,
ReplyDeleteBerpantun-pantun lak semua!
Saya pun dah lama tak ke Melaka yang dekat benau dengan Bangi.
Ofis nak buat famili day kat Melaka pertengahan bulan ini. Saya pulak tak jadi pergi sebab budak remaja dua orang tu bekerja siang malam. Tak seronoklah pulak kalau berduaan dengan Cik Din saja.
Insyaallah, kalau ada kelapangan nak jugak menjengok Melaka yang katanya dah semakin maju ni.
Kak Nora, bak kata P.Ramlee, "barang lepas jangan dikenang, dah menjadi hak orang lain"....
Simpan saja kenangan tu semua dalam ingatan. :-)
Salam Kak Nora,

Yan,
ReplyDeleteMacam channel astro je. Repeat programme. Sila, silalah ke Melaka. Hujung minggu memang bandar Melaka untuk pelancong luar. Pelancong tempatan duduk rumah tengok TV. Bukan apa Yan, banyak tempat di bandar Melaka ni tempat akak dan adik beradik bermain. 'Tinggal kenangan' kata R.Azmi