Salam.
Baru install scanner (JY beli harga offer!)
JY tutor kejap macam mana nak scan.
Dulu dah belajar, tapi dah lupa :(
Punggah gerobok, cari kotak isi foto-foto lama.
Nak cuba scan, semua dalam black n white.
Ini foto pertama,
Kakak (maaf ye, ni zaman dulu, early 60's)masih ber 'pleated skirt',
di kedai arwah bapak.
Kami tinggal di rumah kedai..bawah toko, tingkat 1, rumah.
Arwah bapak ada toko pelbagai jualan .
Lihat, kain batik jawa tergantung, buku-buku tersusun di rak, ada kain ela (kasa rubiah, voile)
ada jualan songkok, kain baldu, benang cap sauh buku-buku agama, ubat tradisional dan macam-macam lagi.
Sayang , toko sudah tiada sebab tiada yang sanggup 'menyambut'nya.
Yang kelihatan di belakang kakak ialah arwah pakcik yang bantu dalam pengurusan toko.
Foto kedua,
Inilah saya, agak-agak semasa berumur 11 tahun
Posing ikut arahan tukang tangkap gambar di studio, tengok kaki, kejang kaku!
Baju, arwah mak yang jahit. Baju gaun hijau, skirt kembang, kain lace (yang kasar dan keras), puff sleeve (sekarang in fesyen)
Foto ketiga,
Tiga beradik dari kiri, saya, adik (Shaukani) dan kakak
Baju dua beradik sama pattern dan sama kaler (kuning dengan hitam)
Lupa siapa jahit.
Kami berjalan-jalan di taman bunga di Banda Hilir.
Sekarang, tempat ini dah di'upgrade' dan dimajukan jadi tapak Menara Taming Sari.
Taman pun banyak pelbagai bunga warna warni.
Hujung sana, Selat Melaka.
Dulu tiada deretan kedai. Sekarang sesak dengan kedai.
Tengok bayang-bayang, mungkin foto diambil waktu tengahari.
Gambar diambil hujung-hujung tahun 50'an.
Foto seterusnya,
Bergambar dengan kawan-kawan semasa kecil (childhood friends, gitu)
anak-anak kastam marin.
Berek dia orang sebelah rumah kedai kami di Riverside (sekarang Jalan Laksamana)
Tempat kami bergambar ini ialah taman permainan kanak-kanak,
sekarang jadi tempat parking kereta.
Kedai kat korner yang anda nampak tu, kedai kopi (nama glamnya kopitiam)
Sedap tau, adik-adik, roti bakar kahwin dia, kaya dengan mentega.
Ada lagi sekarang? Tak ada dah!
Dalam gambar,
belakang sekali kakak, tengah Kak long (arwah) yang di pangku, Lijah.
sebelah beliau, Sapiah.
Depan yang kusut tu, saya. Sebelah saya, Azmi.
Seorang lagi, saya tak ingat nama.
Di mana mereka sekarang ye?
Ah, yang ini paling mahal!
Saya sewaktu berusia 6 bulan. Macam mana tau? Ada tercatat tarikh di belakang gambar!
Saya dengan arwah mak. Bergambar di photo studio.
Arwah mak berkebaya jahitan sendiri, sulaman sendiri (pakai goyang punya) dan berkain batik jawa.
Muka baby tu empat segi, rambut jarang-jarang, comel tak?
Pandai posing kan? Senyum bila tukang ambil gambar tunjukkan permainan itik,
bila dipicit bunyi kuek, kuek, kuek....
Rupa saya ada tak rupa mak?
Sekarang saling tak tumpah!!
Itulah antara foto-foto saya nak share dengan adik-adik.
Ada lagi...lain kali aje lah ye.
Terkenang semasa dulu,
Hatiku terasa pilu,
Bilakah dapat bertemu,
Pada mu duhai kasih ku......
alang ada gambar kak ti dolu dolu...hehe
ReplyDeleteSalam ummi,
ReplyDeleteAda....nanti selongkar dulu ye!
salam kak hajah nora,
ReplyDeletephoto lama begitu dah jadi satu barangan berharga kan... saya sedang berusaha mencari dari simpanan saudara mara dan kawan2...
Dimana nak kucari ganti...?
Hajah,
ReplyDeleteKetawa bila tengok gambar2 lama.Cari sampai dapat hajah.
rasanye mak ade crite pasal taman permainan tu. seronoknye tgk gambo la.
ReplyDeletesalam kak Nora..
ReplyDeleteseronoknya bila tenguk gmbr lama2 kan..nak kena selongkar cari gmbr mak abah muda2 dululah..
السَلام عَلَيكم
ReplyDeleteYa Nek Lang,
Zaman hitam putih tak banyak masalah - sama ada hitam atau putih. Kah3 . . mana dapat gambar2 tu?
شُكْرًا
salam hajah,
ReplyDeletethose sweet memories...aduhai!!
Salam Pat,
ReplyDeleteTunggu gambo lama-lama lagi, gambao mak ke...
Salam Idalara,
ReplyDeleteGambar-gambar sekarang pun kena simpan baik-baik untuk tatapan anak cucu.
Nek Ngah,
ReplyDeleteDalam gerobok antik tu, jumpa sikit, yang lain mana entah.
Salam hajah zainab,
ReplyDeleteNanti anak cucu hajah akan mengatakan yang sama bila melihat gambar yang ada sekarang.So simpan gambar-gambar itu tau.
Ngah,
ReplyDeleteAda tersimpan dalam kotak dalam gerobok antik. Sikit aje ada. Yang lain kena cari.
Salam Idalara,
ReplyDeleteFoto-foto sekarang perlu simpan elok-elok untuk tatapan akan datang.
Salam Pat,
ReplyDeleteAgaknya mak Pat pun ada main-main kat padang tu.
Salam hajah zainab,
ReplyDeleteSimpan gambar-gambar hajah untuk masa depan.
Salam Ummi. Idalara, Angah, Hajah Zainab,
ReplyDeleteSaya dah jawab komen anda, 1 kali, tak appear, buat round ke dua ...tapi tak muncul juga. Pada hal dalam post ada tercatat '15 komen'. Apa-apa pun simpan gambar-gambar sekarang elok-elok,untuk tatapan masa depan.
Hai namapaknya dia muncul juga. Apa dah!
ReplyDeleteSalam Kak Nora,
ReplyDeleteSaya selalu terasa sayu hati apbila melihat gambar-gambar lama. Apa lagi gambar bersama ibu kita.
Melihatkan riak wajah masa anak-anak, rasa bahgia pulak, maklumlah, masa tu otak kita masih kosong, tak ada masalah, tahu happy saja. ;-)
salam kaknora, waduh waduh.... gambar2 lama tu betul2 membuat hati tercuit. terkenangkan zaman kita masa kecil2 gak.
ReplyDeleteSekarang ni macam menghitung jari je bila nak menyahut panggilan.
salam Kak Nora - kena beli scanner ke nak scan gambar2 lama ni? gambar sy ntah hilang ke mana tatau la....kalau ade sekeping dua nak jugak scan2 ni....nostalgia gambar lama ni...betapa antik nya!
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteBila melihat gambar2 lama mesti rindu pada kenangan yg ditinggalkan :)
Salam Hjh
ReplyDeleteCantik scanning yg dibuat tu. Scanner barulah, katakan. Gambar2 & orang2nya serta kenangan mengenainya juga cantik! Alhamdulillah. Saya jenis tak tahan hati, pilu tengok gambar2 lama, walaupun gambar2 babak gembira.
Insya Allah ketemu yang panjang umur; Sudah tiada apakan daya.