Eye VS Eye (macam Kramer vs Kramer)
Eye on Malaysia. Masih berdiri megah di muara Sg Melaka, belum di dismantled kan lagi atau dibongkar. Dulu semasa kecil, kami panggil buaian seperti ini 'buaian keling', tak tau mengapa. Bila ada 'fun fair' bergerak di bandar atau ada pertunjukan 'circus' atau sarkis, permainan inilah yang menjadi tarikan utama kami. Tak lah tinggi macam Eye ini .Mesti naik, tidak boleh tidak. Pusing, pusing beberapa kali....kejap ke atas, kejap ke bawah...punyalah suka. Ketawa kami makin menjadi bila buaian ini berhenti untuk menurun penumpang, tergoyang-goyang dalam buaian di udara. Saya sempat naik Eye on Malaysia, bukan di Melaka tetapi di KL, di Taman Tasik Titiwangsa, masa mula diperkenalkan. Bolehlah, dapat tengok bangunan-bangunan dan 'atap-atap rumah' sekitar KL. Tapi cukuplah sekali itu. Kemudian, ia pindah pula ke Melaka. Happy juga, ia menjadi satu tarikan pelancong di Melaka. Tapi sayang, tak lama khidmatnya di bandar bersejarah ini.
Sekarang Eye 'gergasi' ini telah diarahkan 'tutup mata', tidur :=(..... entah sampai bila ia lelap, tidur nyenyak? Entah?
Tapi jangan tak tau, sebelum si Eye gergasi ini pindah ke Melaka, dah ada satu Eye yang comel di Melaka, terletak di tebing Sg Melaka. 'Eye on Melaka' nama dia. 'Mata nya masih celik. Saya belum naik lagi Eye kecil ini.
Jadi, tak usah risaulah, adik-adik, anak-anak, tak dapat naik Eye besar, naik yang Eye kecil pun okey apa. Ada gondola, berpusing, dapat tengok bandar Melaka juga.
Jadi, Eye vs Eye, tiada masalah.
kak nora..apasal ye..disurih tutup..saya tahun lepas pegi tido kat melaka, pun anak2 tak dapat naik..setakat naik menara taming sari je..lepasa tu..xtvt dia orang..berendam dalam kolamrenang hotel...
ReplyDeleteErna,
ReplyDeleteAda isu pengurusan.
haritu gi melaka dorang ajak naik eye of M tu tapi tak sempat. Masa tu dah tutup ke. Tak tau pun.
ReplyDeleteKakpah memang seriau naik benda alah ni. Budak2 relek je.
salam hajah,
ReplyDeleteNaik roller coaster lagi seriau!
salam kenal..
ReplyDeletebila balik melaka tk penah berkesempatan naik eye ni..mujurlah dah penah naik kat t.titiwangsa..
anak2 teringin nk naik tp waktu sgt terbatas..
Salam Idalara,
ReplyDeleteTak apa, naik lah Eye on Melaka.