Awas ye!

Harian Metro Rabu 10 mac 2010. msA4. Baca tak?
Penyamun sasar rumah pelajar pulang sekolah
Berlaku di KL. Tempat:Taman Salak South. Masa kejadian 3 ptg. Taktik baru merompak. Dua perompak yang menaiki motosikal mengekori sebuah bas sekolah yang membawa sekumpulan murid untuk dihantar pulang ke rumah masing-masing. Bas terbabit menurunkan seorang murid lelaki 9 tahun di hadapan rumahnya. Murid itu berjalan menuju ke pintu pagar rumah teresnya sebelum mengetuk pintu. Yang buka pintu datuk budak itu, berumur 60 tahun. Tinggal bersendirian pula tu. Sebaik pintu dibuka, suspek terus meluru ke dalam rumah, mengacu parang ke arah warga emas dan cucunya. Mereka diikat dengan tali dan diseret ke dapur. Sementara itu, perompak menggeledah rumah dan mengambil barang kemas dan wang tunai, semua berjumlah RM20,000.00. Kemudian mereka melarikan diri. Mangsa berjaya mengurai jerutan tali.

Saya kecut, bimbang dengar berita-berita seperti ini. Apa yang boleh kita buat selain daripada berhati-hati ialah banyak-banyaklah berdoa supaya Allah melindungi kita semua daripada kejadian jahat yang kita tidak ketahui. Amin.

8 comments:

  1. kak nora..risau juga ni..anak tinggal sorang..sekolah pulak sessi petang..pi sekolah pulak jalan kaki sendiri...

    ReplyDelete
  2. Erna,
    Kak pun sangat bimbang. Berdoa banyak-banyak mengharapkan perlindungan daripadaNya.

    ReplyDelete
  3. adoi..macam macam laa..saya pun naik takut bila ada orang dok panggil dan ketuk pagar..konon nya nak kutip derma dan jual buku agama...rupa diorang ni menakut kan...baru je tadi ada orang dok panggil kat pagar..saya tutup jer pintu...lagi pun saya tinggal sorang diri kat rumah sementara tunggu Yaya balik dari sekolah...

    ReplyDelete
  4. Kak Hajah Nora,
    satu berita yang baik untuk kita kongsi dan jadikan panduan. Jika ada apa-apa lagi yg berkaitan, kak hajah tolonglah masukkan disini.. kadang-kadang kita ni terlepas pandang.. sekarangpun dah kurang buka paper Utusan/berita harian... (Asyik ke rumah kengkawan.. masa ada masa nak tengok/baca paper)

    ReplyDelete
  5. Zah,
    Hidup dalam ketakutan dan bimbang. Hati-hati dan banyakkan doa.

    ReplyDelete
  6. Kat paper metro selalu ada berita-berita yang paper lain tak ada. Okei hajah.

    ReplyDelete
  7. hmm...moga Allah lindungi kita dari segala kejahatan dan malapetaka sebegitu.

    ReplyDelete
  8. salam. benda yang kita tak jangka tu yang kita takutkan.

    semuga kita dijauhi dari marabahaya...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.