13 Mac 2010

Salam semua.
...maka manggar manis yang disediakan adalah untuk menceriakan majlis perkahwinan mempelai (lihat imej).,Jaja (nama panggilan) dan Fairuz. Jaja adalah ada saudara MrKindheart. Dan kalau MrKindheart yang menjadi 'Pak Abu'nya sudah semestinya majlis berseri dan ceria.


Jaja dan pasangan posing habis semasa
malam majlis berinai besar. Hujan lebat malam tu setelah pertunjukan bunga api.
Hujan rahmat !


Ini kek pengantin.
Bukan tiga, empat tingkat, tetapi kek topi,
tema English garden katakan.


Emak dan bapak pengantin diapit oleh
menantu dan anak kesayangan
(maklumlah Jaja adalah anak tunggal)


Pada hari langsung, ada acara marhaban dan hadrah
Nenek-nenek dan makcik kakcik tarik suara...
hiburkan pengantin
'Bunga rampai ditabur-tabur,
Hati longlai jadi terhibur.'


Mei, kita ambil group picture dengan pengantin


Anak tunggal dah lepas. Bertambah manjalah si Bella.
Bella kucing kesayangan En Rahmat dan Pn Norli (parents Jaja)
Mereka menjaga Bella macam seorang anak.
Antara mereka macam ada connection, Bella faham perasaan 'ibu bapa' angkat dia dan begitu sebaliknya. Bella 8 tahun macam 'jelmaan'



Selamat Pengantin Baru
Jaja dan Fairuz
Dipanjangkan jodoh hingga akhir hayat

8 comments:

  1. Ya.. cuti sekolah ni, banyak betul undangan walimatulurus...

    ReplyDelete
  2. selamat pengantin baru pada jaja dan fairuz.
    cantik bella...

    ReplyDelete
  3. selamat pengantin baru untuk mempelai...bunga manggar kak nora pun dah selamat la ye...

    ReplyDelete
  4. Salan azieazah,
    Jodoh dan ajal di tangan Allah. Hari ini ada majlis perkahwinan anak jiran sekampung. Pada waktu yang sama pakcik pengantin lelaki meninggal dunia. Jadi majlis yang dirancang meriah, senyap dan sepi menghormati yang telah pergi.

    ReplyDelete
  5. Salam hajah pah,
    Bella manja, berak dicebok..kalau tidak mengiau dia. Gigi pula diberus, tidur ada bantal. Kalau tak nampak 'mak dan pak' nya, dia 'menangis'

    ReplyDelete
  6. kak hajah nora,
    bella tu, uukkk pun kena cebok?... melampaunyer....
    tapi dia dah ganti anak, tmpat curah kasih sayang...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.