Itulah sayang


Salam hujung minggu.
Sudah lama saya mencari lagu ini.
Tanya sama hati a.k.a Itulah sayang di petik dari filem Anak Ku Sazali
Nyanyian P. Ramlee dan Normadiah
Salah satu lagu kesukaan ku. Orang lama katakan....

Tanya sama pokok, apa sebab goyang.
Nanti jawab pokok, angin yang goncang.
Tanya sama langit, apa sebab hujan.
Nanti jawab langit, tanya lah awan.
Awan nanti kata, aku kandung air,
Sampai tempat sejuk, aku pun cair.
Tengok dalam air, nampak bayang-bayang.
Campak satu batu, bayang pun hilang.

Tanya sama hati, apa asal sayang,
Adakah tandanya, nampak dipandang.
Kumbang rayu bunga, bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati, pernahkah merindu,
Ingat masa lena, apa mimpi mu?
Masa berjauhan, apa yang dikenang,
Bila difahamkan, itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang.
Andainya jemu, Mengganti rindu,
Jambangan mesra, Tentulah layu.


'Makcik, kakcik, dekcik, abangcik tau tak kalau kita(baca: member-member my sis) ikut rombongan Cik Kiah, yelah rombongan lawatan dengan bas, selalu ada sesi nyanyian happy-happy gitu. Tak pandai, pun kena nyanyi juga (baca: paksa) Bila turn saya kena nyanyi teragak-agak nak nyanyi lagu apa. Saya suka lagu Itulah Sayang, tetapi senikatanya antara ingat dan lupa. Sekarang bolehlah, kak, kita nyanyi. Layan aje U tube untuk dengar melodinya. Kak Fatimah Abu suka benau-benau lagu ini. Lagu ini penuh makna, ye kak? Ada pendekatan alam .... "pokok" "angin" "awan" "langit" "hujan" "air".. Sesuai untuk pelajaran geografi.
Saya, kalau di Melaka, rindu orang di Kuantan (bacaBS)...bila di Kuantan, rindu pula umat di Melaka (baca: BC). Itulah yang dikata sayang....

InsyaAllah, esok balik Melaka. Mshart, my niece, hospitalised petang semalam. Ya Allah, lindungi Mshart daripada bahaya. Penyakit cepat datang.....




4 comments:

  1. tadi saya dah jenguk dia...alhamdulillah...dah boleh gelak ketawa dah...

    ReplyDelete
  2. Salam Hjh
    Semoga niece segera sihat sepenuhnya.
    Lagu itu memang memikat. Juga mampu mengimbaukan kisah lama yg penuh erti bagi sesetengah orang. Betullah tu, bila di BC rindukan BS & bila di BS rindukan BC, itulah sayang. Insya Allah, rasa rindu & sayang itu akan berpanjangan.

    ReplyDelete
  3. Salam temuk,
    Terima kasih. Stress kerja! Ya, rindu-rinduan zaman dulu-dulu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.