Ambra

Salam.
Pagi tadi pergi beli barang-barang dapur di M****n. Siap dengan shopping list sebagai panduan beli apa yang tertulis sahaja. Tetapi tak juga. Mesti ada yang tak masuk list punya. 'On the way' ke cashier, terpandang buah yang 'at one click' mesti beli 'must buy'. Kedondong a.k.a Ambra. Dah lama saya nak minum jusnya. Last sekali saya minum di Bangi Kopitiam di PD. Sejak itu ku jatuh cinta dengan jus ambra. Bila makan di luar, saya minta jus kedondong," sorry, tak ada kak." Lalu saya ambil sebungkus kedondong. Cari pula 'asam boi'/ Jus ambra + asam boi + ketulan ais = sedap nya.....dalam cuaca sekarang ini.
.
Buang kulit si ambra. Letak dalam blender. Tambah beberapa sudu gula. Grrrrrrrrrrr....bunyi si blender. Tapis ke dalam jug. Letak beberapa ketulan asam boi. Bubuh ketulan ais. Ini lah rupanya, jus ambra...ambra juice.

Tercapai idaman.( Mengidam ke?). Lepas rindu. Rasanya macam jus apple. Nampak tak bayang-bayang si asam boi?

Seperti biasa jika berada di BC, mesti ada kerja...baiki selak pintulah, baiki penyapu lah (ketatkan sahaja cincinnya!). Tengok, sedang buat apa tu? JY sedang menyapu kaki meja dan kaki kerusi dengan ubat serangga. Di atas meja makan selalu ada semut-semut 'bermain-main'. JY siap pakai 'goggles' , mata mesti dijaga. Precaution. Upahnya jus ambra. "Sedapnya. Boleh buka warung jus." Alahai, baru minum segelas...dah suruh buka warung ;)

BTW, buah kedondong ini boleh dimakan mentah tetapi saya tak gemar. Cruncy dan masam sedikit. Boleh juga dibuat jeruk. Ini saya suka tapi tidak boleh makan banyak-banyak. Atau boleh juga menjadi bahan dalam rojak petis atau bahan dalam sambal belacan.

Apa-apa pun jus ambra pilihan saya. (macam bunyi iklan aje)

8 comments:

  1. Kak hajah Nora,
    Hmmmmmm... menahan air liur... sedapnya panas2 macamni...

    ReplyDelete
  2. Nak segelas ke, hajah, sambil nonton ER tu.

    ReplyDelete
  3. salam buat akak...
    memang best jus amra..tambah letak asam boi....tapi kalau buat pajri pun sedap gak tu...

    ReplyDelete
  4. Salam Kak NORA.. sejak Kak NORA cerita pasal Jus Ambra @ Jus Kedondong, saya pun teruja nak cuba.. Dulu masa kecik dan masa masih sekolah, buah ambra ni selalu gak makan, sampai dah tak heran..

    tapi tengok jus ni, harus cuba nak buat. Selalunya saya buat Limau Kasturi Jus + Asam Boi...

    ReplyDelete
  5. Pak Long,
    yang saya tahu mangga dibuat pajri. Kedondong pun boleh juga ek?

    ReplyDelete
  6. Oklah, lepas ni akak buat pula jus limau kasturi + asam boi.

    ReplyDelete
  7. salam hajah,

    dulu saya ada pokok kedondong ni. saya buat jeruk..kemudian angkut ke sekolah..berebut-rebut semuanya..tapi saya tak pernah pulak buat jus camtu, rasa terliur !

    ReplyDelete
  8. Jus ambra sedap bagi saya. Hajah patut cuba.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.