PROJEK SEMAIAN

Jumaat. 31 Jan 2014.
Esok. 'Sabtuday' semula.... 1 Feb.....Ya Allah....cepatnya masa berlalu!!!!
Apa-apa pun selamat cuti hujung minggu semua....
Pagi ini projek saya ialah menanam anak-anak pokok.

Selepas sarapan, kami ke rumah my niece di PT.  Saya buat tinjaun di laman hijaunya.Yelah orang bekerja..tak sempat nak belai-belai pokok tanaman. Lalu ternampak (tak sengaja!) ada beberapa pokok 'flowerless' (yang berdaun sahaja) yang belum saya ada.  Saya ambil beberapa kerat (dengan izin, okey) untuk tambahan koleksi laman rumah BC. Saya nampak juga ada beberapa pasu gantung terbiar begitu saje. Rupanya memang rezeki saya. Saya juga tanya  kalau-kalau ada bekas botol minyak masak. Bekas -bekas ini boleh dikitar semula menjadi pasu. Boleh saya jadikan  bekas semaian.
Hihi....bersemangat nak ber 'gardening'.
Angin pula kuat. Tak terasa panas. Pokok buluh melambai-lambai dengan daunnya bergeseran. Rumput memang dah kering dan mati sebab sudah lama tak hujan,

Semalam dah saya kemas daun keringnya serta trim cabang buluh  yang mana tercapai.

Inilah dia hasil projek ku pagi ini.


Saya tak tahu nama pokok dalam 2 pasu gantung. Saya suka daunnya comel. Warnanya juga menarik, ada pink, hijau, putih Dalam pasu di tengah ialah pokok bunga butang, warna unggu. Yang dua pasu depan tu ialah anak pokok bendei (lady's finger). Pokok bendei ini sudah saya semai seminggu yang lalu daripada biji benih. Saya semai dalam pasu lain. Hari ini saya pindahkan ke dalam dua pasu ini untuk my niece. Dalam pasu bertutup merah ialah baja organik. Baja ini saya gaul sedikit dengan tanah. Ada 2 botol bekas minyak masak yang sudah saya kerat untuk dijadikan bekas semaian kelak. Dalam plastik biru ada lagi bekas pasu gantung.

Gembiranya saya projek semai-menyemai pokok siap.....
Semoga anak pokok akan tumbuh segar....

TOK KADI PALING LAWAK... kehkehkeh


Saya suka jalan-jalan di alam maya, Blog, Fb.You Tube. Mana-mana yang menarik, saya ambil dan suka nak kongsi dengan anda yang sudi singgah di blog saya. Salah  satu daripada video di You Tube yang membuat saya tergalak keh, keh, keh ialah video di bawah ini. Lawak sungguh Tok Kadi ini. Pandai beliau membuat pengantin lelaki hilang stress, Majlis pun meriah. Saya pernah saksi sendiri Tok Kadi ini (sebenarnya beliau ialah Pak Imam) menikahkan anak saudara JY, Nizam dan Azu, di Batu Pahat. Memang beliau pandai mewujudkan suasana ceria majlis akad nikah tersebut. Saksikanlah. Saya tengok berulangkali. tak bosan pun! Kehkehkeh....
Terima kasih kepada penyumbang video ini.

BINGKA TAK BERAPA MENJADI

'Baking is not my passion'....Saya tak minat buat kek, biskut.
Tetapi 'Sabtuday' semalam teringin sangat nak cuba resepi konon-kononnya Bingka Tepung Gandum. Dah lama saya perapkan resepi ini. Pernah cuba sekali, zaman berzaman dah.Oleh kerana rasa sangat nak cuba,  saya belilah bahan-bahanya untuk buat bingka tepung gandum seperti telur, tepung, gula. Kemudian, saya sediakan peralatan 'baking membaking' kepunyaan 'my sista'. Dah tentu kejap-kejap saya ganggu dia, tanya dia itu ini.Maka  berlakulah proses membuat dan membakar. Bau harum. Rasa macam peserta masterchef pula. Hi hi....Punyalah tinggi harapan, menjadilah bingka ku ini.
Ta..dah....Ok....masak dah...(kata my sista, 'kalau tepi  kek nampak dah 'lekang' dari loyang, tu tanda kek dah masak').  Sukanya. Macam cantik aje....

Tapi bila dipotong, nampak padat . Tidak lembut. . Rasa macam kuih bahulu. Hmmm, tak berapa nak jadi bingka ku Tetapi . rasanya ok, komen juri.

Bila buat 'self evaluation' tahulah saya mana silapnya. lain kali, mesti berhati-hati.
Yelah kita belajar melalui kesilapan, betul tak?
Untuk makluman resepi kuih bingka tepung gandum ini pemberian seorang aunty, Aunty Zainon, tahun 80'an dahulu. Di mana Aunty Non  sekarang ye....Kalau you all nak cuba, ini resepinya.

Bingka Tepung Gandum Aunty Non

Bahan-bahannya
2 gelas santan
1 1/4 gelas tepung gandum
5 biji telur
1 1/2 gelas gula pasir
sedikit esen vanila

Caranya
1. Gaul gula bersama telur (blend) hingga gula hancur
2. Masukkan tepung gandum. Gaul rata.
3. Masukkan santan. Gaul sebati
4. Jangan lupa sedikit garam dan esen vanila
5. Sapu loyang pembakar dengan minyak sayur.
6. Tuang adunan ke dalam loyang, Tabur bijan atas adunan.
7. Bakar selama 40 minit.

Tambahan: Kalau nak hijau, titiskan sedit pewarna hijau atau tambah jus daun pandan
Kalau nak  kuning, titiskan sedikit pewarna kuning.

Bila saya Google, banyak rupanya resepi bingka  mudah ini.