EKSPO BUKU ISLAM PAHANG

Pagi tadi kami meluangkan masa di Kuantan Parade, Kuantan  meninjau buku-buku agama di Ekspo Buku Islam Pahang. Banyak jugalah penerbit buku agama tanah air mengambil bahagian, Banyak buku yang menarik dijual  dengan harga special.  Ada juga promosi tudung Dr Muhaya. Itu yang tersusun bertingkat ialah Al Quran khas untuk muslimah, ala  tas tangan.  Ada juga gerai  wakaf Al Quran. Bagi sesiapa yang berhajat untuk waqaf Quran untuk sekolah tahfiz, masjid dan seumpamanya, bolehlah berbuat demikian. Bukan sahaja ada buku agama, ada juga buku-buku resepi masakan. Pada saya , browse di internet aje lah! Mungkinkah  saya ke sana lagi?  Ekspo akan berakhir 6 Oktober 2013 ini.

MASUK RUMAH BARU

Pagi tadi saya hadir majlis 'masuk rumah baru' di sebuah rumah di Taman TAS Damai ,Kuantan. Hanya majlis kecil-kecilan sahaja yang di hadiri oleh kumpulan marhaban seramai 10  orang. Saya tumpang sekaki.
Ustazah mengetuai membaca doa
bersedia
Kami membaca surah Al Baqarah, Surah Yassin diikuti dengan bacaan tahlil. Sementara menunggu hidangan jamuan siap , sebagai pengisian masa, kumpulan ustazah ini ber marhaban pula.

Hjh Maznah dengan 'Ya Hanana' nya,


Kenangan bersama Kak Saba yang juga suka melancong 
 Terima kasih kepada puan rumah serta keluarga atas sumbangan dan jamuan. Semoga diberkati dan di lindungi Allah SWT. Ameen.
Ustazah dan ahli yang dapat hadir. Duduk di hujung kanan dan kiri, 'menyempil'

Nasi baryani special order.....yummy yummy
Dua beradik sekarang berjiran. Kiri, bonda puan rumah. 
Kanan, bonda blogger KENANGANKU.

 Kami mohon perlindungan mu, Ya Allah..

Everyday: A Day With A Road Sweeper

Street sweeper di Mexico City (image dari Google)



Di Hanoi.....(ketika lawatan ke Temple of Literature, Hanoi)

Di Malaysia.