Dataran 1 Malaysia

Salam

Inilah dia Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang. Sekarang dinamakan Dataran Klebang. Pada 14 Februari 2010, seramai 51,000 orang rakyat negeri Melaka telah menjayakan Jamuan Berhidang Teramai di Malaysia, Majlis Jamuan bersama PM. Di sinilah mereka berkumpul. Tak, saya tak ikut serta.
Satu ketika dulu, dataran ini ia adalah sebahagian perairan Selat Melaka yang telah ditambak.Pantainya bernama Pantai Klebang. Pada hujung minggu, ramai rakyat Melaka berkelah, mandi laut, riadah dan kalau nak tengok orang 'menangkap' (maaf tak tau istilahnya) geragau/ anak udang, di Pantai Klebang inilah salah satu tempatnya. Kini pantai Klebang dah jauh...nun......jauh di sana. Yang ada 'lautan' pasir dengan tanaman pokok ru. Projek penambakan laut di pantai Klebang sepanjang 6 km bermula dari Taman Kota Laksamana sehingga Tanjung Kling. Pantai sudah bertukar wajah!



Nampak tak tembok di sebelah kanan imej?
Itulah sempadan darat dan laut sebelum adanya dataran ini.


Pantai Klebang sekarang.
Bangunan tinggi adalah kondominium


Pokok Ru baru hendak meninggi di 'gurun' pasir Dataran Klebang


Inilah dia Tugu 1 Malaysia


Pasir yang ditambak diangkut dengan 'barge' dari mana, ek?

Apa projek seterusnya di Dataran Klebang? Nampaknya waktu ini belum ada apa-apa projek. Elok kalau dijadikan taman rekreasi, jadikan padang untuk main bola, padang main layang-layang, padang permainan, padang untuk brisk walk, taman bunga...tempat di mana rakyat Melaka boleh berehat...

Cantik sungguh PJ


Salam hujung minggu!
PJ? Petaling Jaya ke? Bukan. Saya sempat bersiar-siar satu pagi di Putrajaya dalam perjalanan pulang dari KL ke Melaka. Sudah beberapa kali saya ke Putrajaya dan saya tak jemu melihat keindahan bangunan-bangunan yang ada. Saya amat teruja melihat bangunan-bangunan yang cantik tersergam dengan megah. Tertawan dengan senibinanya. Mudah-mudahan bangunan-bangunan, kemudahan serta lanskap dan kebersihan yang ada terus dijaga dengan baik oleh mereka yang berkenaan, termasuk 'rakyat jelata'nya. (Semasa ronda-ronda, nampak, ada kawasan-kawasan terabai, rumput panjang tidak dipotong, semak, sayang sekali!) Antara yang sempat saya 'tangkap'......














Putrajaya Wilayah Persekutuan,
Pusat pentadbiran menjadi tumpuan.
Alangkah cantik indahnya bangunan,
Begitu juga kawasan persekitaran,
Sememangnya menjadi kebanggaan.

Selamat berhujung minggu!

Ambra

Salam.
Pagi tadi pergi beli barang-barang dapur di M****n. Siap dengan shopping list sebagai panduan beli apa yang tertulis sahaja. Tetapi tak juga. Mesti ada yang tak masuk list punya. 'On the way' ke cashier, terpandang buah yang 'at one click' mesti beli 'must buy'. Kedondong a.k.a Ambra. Dah lama saya nak minum jusnya. Last sekali saya minum di Bangi Kopitiam di PD. Sejak itu ku jatuh cinta dengan jus ambra. Bila makan di luar, saya minta jus kedondong," sorry, tak ada kak." Lalu saya ambil sebungkus kedondong. Cari pula 'asam boi'/ Jus ambra + asam boi + ketulan ais = sedap nya.....dalam cuaca sekarang ini.
.
Buang kulit si ambra. Letak dalam blender. Tambah beberapa sudu gula. Grrrrrrrrrrr....bunyi si blender. Tapis ke dalam jug. Letak beberapa ketulan asam boi. Bubuh ketulan ais. Ini lah rupanya, jus ambra...ambra juice.

Tercapai idaman.( Mengidam ke?). Lepas rindu. Rasanya macam jus apple. Nampak tak bayang-bayang si asam boi?

Seperti biasa jika berada di BC, mesti ada kerja...baiki selak pintulah, baiki penyapu lah (ketatkan sahaja cincinnya!). Tengok, sedang buat apa tu? JY sedang menyapu kaki meja dan kaki kerusi dengan ubat serangga. Di atas meja makan selalu ada semut-semut 'bermain-main'. JY siap pakai 'goggles' , mata mesti dijaga. Precaution. Upahnya jus ambra. "Sedapnya. Boleh buka warung jus." Alahai, baru minum segelas...dah suruh buka warung ;)

BTW, buah kedondong ini boleh dimakan mentah tetapi saya tak gemar. Cruncy dan masam sedikit. Boleh juga dibuat jeruk. Ini saya suka tapi tidak boleh makan banyak-banyak. Atau boleh juga menjadi bahan dalam rojak petis atau bahan dalam sambal belacan.

Apa-apa pun jus ambra pilihan saya. (macam bunyi iklan aje)

Bersamamu

Salam.
Bila ada majlis perkahwinan sanak saudara ( dan juga semasa kematian) maka berkumpulah kaum kerabat semua. Inilah satu-satu masa, yang jauh datang bertandang samada 'day trip' atau bermalam memeriahkan majlis. Hujung minggu yang lalu berkumpul lah kami di Taman Kencana, Cheras, untuk kenduri perkahwinan Fairuz, sepupu saya (arwah mak saya dan bapak Fairuz, adalah kakak dan adik)


Salah tempat tu kak oi....bersama Fairuz dan Siti Zainin, ibu tercinta,
Majlis pernikahan di Masjid Al Adzim, Taman Pandan Jaya


Bersama rakyat jelata 99 Jalan Raja Abdullah, Kpg Baru.
Nak kenal mereka, haru biru.
Yang senior-senior, dah tak ada.
Sayalah pengganti, nampaknya.


Majlis berlangsung di perumahan Taman Kencana,
JY berbaju putih bersongkok pula,
bersama bapak Fairuz, Abd Hamid, pakcik saya


Oh my, oh my....tiga warga emas sebaya bertemu sudah
Bersama my darling JY and beloved cousin, Aishah


Jom ambil gambar bersama Wan
Hai, bila lagi nak berteman?
Mari Alang pos dalam Sekilauan
Moga-moga ada yang ingin berkenalan!


Bersama pula Fazli dan Fazlin
Fazli, abang, Lin, kak long pengantin


Bersama Roslan, Amal, Ina dan anak
Lama tak jumpa, lama tak nampak.
Roslan sepupu, Amal semua dah cam,
Ina pula isteri Hisham


Bersama gembira saat di nanti,
Famili Mami Hasni tetap riang,
Iman my cucu, Mami my aunty
Nurshila (tudung pink) my niece saudara, sayang.


Bersama pengantin ketawa menggeletek,
bila angah mula mengusik.
Hai, mengapa Shila dan Iman jalan macam itik?
Berbunyi pula kuek, kuek, kuek....


Walau tiada rewang merewang,
Semua catering punyalah senang.
Sanak saudara jauh mendatang
Bersama yang dekat berkumpul riang.

Itulah suasananya, bila dah bertemu sekali sekala. Bergurau, ketawa, suasana gembira. InsyaAllah, Mac minggu ketiga, berkumpul lagi rakyat jelata. Di mana pula tempat pertemuannya?