ROMANTIKA JAMU RAYA

Masih dalam suasana hari raya. Orang kita, puasa sebulan, raya pun mesti sebulan.
Malam tadi famili En S n Pn T,  meraikan rakan-rakan pejabat di rumah mereka di PT. Mereka berdua bersungguh-sungguh membuat persiapan. Sememangnya mereka begitu bila meraikan tetamu. Biar tetamu rasa puas menjamu selera. Bagaikan persiapan di hotel.
Outdoor candle light dinner? Pilihlah meja mana: berdua? Berempat? Tak de,..... tak de nyamuk!!!



Kemudian, pilihlah makanan kesukaan anda. Pisang rebus n kelapa parut? Ubi rebus dengan sambal tumis? Ketupat n ayam bali? Roti n bahmia? Kuih lopis? Roti jala n kari ayam? Kwai teow goreng? Macam-macam ada, cik kiah oi! Eastern n western kata tn n pn rumah bila ditanya apa hidangannya nanti.





Nampaknya, tetamu berselera menikmati hidangan. Syukur ya Allah atas kenikmatan kau beri. Semoga En S n Pn T dimurahkan rezeki. Ameen

5 comments:

  1. SALAM
    aLHAMDULILLAH BYKNYA REZEKI!
    Cantik pulak dekonya, Inggeris stail.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur. Dekor rumah English country home walaupun tak pernah ke sana. Hi hi...

      Delete
  2. Ubi rebus dgn sambal tumis kak ..uwaaahh...kecur airliur bila bayangkan....huhu

    ReplyDelete
  3. Hei...memang kecur air liur sungguh...nostalgia betul terutama menu makanan yg kerap dinikmati zaman kanak-kanak dulu...ubi & pisang rebus dicicah dengan kelapa parut dan sambal tumis ( ikan bilis )...Zaman dah berumur ni sekali sekala je dapat menikmati makanan tu...padahal ubi dan pisang boleh dibeli di Pasar Tani pun ya...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.