BUNGA, BUNGA MELATI

Pernah saya cerita mengenai beliau. Melati. Memang sangat tepat sekali nama dengan jenis perniagaannya, menjual anak pokok bunga dan tumbuhan hijau. Teringat lagu klasik 'Bunga, bunga Melati, Harum semerbak di waktu pagi....." hi hi....Melati menjual di 'nurseri' lokasinya, di pasar besar Melaka pada waktu pagi. Peramah orangnya, tak lokek ilmu tanam pokok. Harga jualan pula lebih rendah dari yang dijual di nurseri biasa.
Lihatlah Melati antara ros, bunga kertas, orkid kampung dan lain-lain yang saya tak tau namanya. Sudah pasti geram saya lihat anak ros kampung. Suka nak buat tambahan tanaman ros di rumah tapi , tunggu dulu. . Tak boleh  buat masa ni. Jaga dulu yang ada di rumah. Takut-takut laman rumah jadi nurseri pula :O


Melati melayan pelanggan
Rona-rona
bunga-bunga
ceria-ceria
suasana!!!



7 comments:

  1. Saya pernah ada kawan yg punya kakak nama melati...
    Unik kan nama begitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melati, Melor, Cempaka, Mawar antara nama yang klasik

      Delete
  2. Saya suka juga pokok2 berbunnga tapi sekadar suka tgk je.
    dr ramadan hingga la ni, pokok2 saya kurang terjaga,
    Masih beraya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pokok- pokok ni kalau kurang jaga, dia berbunga pula. Masih Ju.

      Delete
  3. Melati...sesegar nama, bunga-bunganya juga begitu segar, cantik berwarna warni. Serasi betul nama dan jenis perniagaannya. Semoga perniagaan kak Melati semakin maju.

    ReplyDelete
  4. Hidup Melati dan bunga-bunganya!!! Didoakan perniagaannya berkembang maju....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.