PROGRAM CAHAYA DUHA

Pagi tadi saya telah turut serta  majlis Program Cahaya Duha.



Ustazah  Hajah Misiah binti Hj. Anuar, Guru Ta'mir Negeri Melaka, telah memimpin majlis yang penuh syahdu ini. 


Program dimula dengan zikir diikuti dengan solat sunat Dhoha, bacaan Al-Maa'thurat, solat sunat Tasbih, tazkirah Lailatul Qadar, solat sunat Taubat dan diakhiri dengan solat sunat Hajat.

Layanlah gambar-gambar ini ye, terima kasih.


Mengikuti tazkirah

YBHG Datin Sri Hjh Asmah binti Abd. Rahman, (isteri mantan KM Melaka)
Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Melaka
menyampaikan ucapan
Jemaah menerima cenderahati dari puan rumah.
Solawat dan bersurai

Semoga  Allah menerima amalan dan memakbulkan doa kita. Ameen...

 Majlis sebenarnya di adakan di Dewan Galeri, rumah mantan KM Melaka. Galeri ini menempatkan koleksi 'kenangan' beliau sewaktu memimpin negeri Melaka dahulu. Antaranya ialah gambar istimewa ini.

Gambar kenangan 
Di luar dewan. 

Pokok periuk kera ke?

8 comments:

  1. Assalam,
    Alhamdulillah, banyaknya ibadah yang Alenna telah dapat lakukan secara berkumpulan tu. Semoga perolehi ganjaran lebih cemerlang tahun ini. Seronok lihat isteri mantan KM aktif dalam aktiviti-aktiviti keagamaan dan perkumpulan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, seronok tengok u dpt menyertai amalan ibadah itu. Tertarik dibuatnya. Warna periuk kera dlm foto akhir tu memang menarik. Nostalgia ke masa kanak-kanak dulu pernah makan pulut dimasak dalam periuk kera yg diperolehi dari hutan dekat kampung (di kawasan tapak bangunan baru MBB dkt rumah sya sekarang). Rasanya macam lemang wangi baunya. Pulut tu digaul dgn santan & garam secukup rasa, dimasukkan dlm periuk kera, tutup hujungnya dgn lidi dan direbus sehingga masak. Dah dewasa ni pernah juga lihat masakan spti itu. Kalau tak silap aktiviti pertandingan memasak makanan tradisional pergerakan Pandu Puteri. HNA pernah makan menu tu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuja,
      Saya buat mana yang terlarat dalam bulan puasa ini. Terima kasih kerana berkongsi cerita masakan pulut dalam periuk kera. Saya tak pernah rasa makanan tradisi pulu dalam periuk kera. Bijak ye orang dahulu, guna media sedia asal untuk masakan.

      Delete
  3. Salam nuzul quran.
    Wah ramainya!
    Periuk kera tu kecik dah berbuah. saya punya mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ju,
      Saya suka arrangement pokok kera tersebut. Nampak pokoknya macam bersatu dengan 'pasu' berbentuk buluh. Itu yang saya tertanya, tak pasti, betul ke pokok kera. Tapi buahnya unik, merah. Saya ada dua pasu gantung pokok kera. Dulu lebat berbuah, sekarang dah slow pula, agaknya dah tua! Hi hi ....

      Delete
  4. As Salam kak hajjah,
    syukur alhamdulillah....sy dgn kumpulan belum dpt selesai lagi, tapi insyaAllah dalam 2 hari ini dpt katam

    ReplyDelete
  5. Saya mungkin ke tadarus agaknya kerana kereta parkir di sini( keluar2 je dah sampai dalam masjid), program forum tu nak kena menapak. Mlm nanti nak menapak lagi..nak tgk Sheikh ya ha na na. hehe teringin juga nak tgk Opick!tapi tak pelah.
    Esok ada program Prof Kamil, kalau berkesempatan ke KL dtglah ke Kelab Golf KL di Bukit Kiara. Kita jumpa Prof K dan Prf Mohaya.
    Moga bermanafaat.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.