Sudah lama tak jumpa

Salam,
Tengahari tadi ada jemputan rumah terbuka di rumah Pn Hjh Mas. Semasa saya bertugas di SMKTA, beliau ialah Ketua Bidang.Sains Kemasyarakatan. Sekarang Pn Hjh Mas ialah GPK 1 sekolah yang sama. Rezki jangan ditolak. 'Dating' nak lunch bersama Hjh Farida Kazi (pesara tapi masih berkhidmat sebagai Pengetua/Pengurus sebuah tadika terkenal di Kuantan) diganti dengan berhariraya di rumah Hjh Mas, di Sg Isap Damai. Dah lama tak jumpa Hjh Mas, tentu ada guru-guru Afzan dijemput jua. Puas kami cari rumah berpandu kepada 'GPS' , akhirnya jumpa, itupun talipon dulu tuan rumah takut-takut salah rumah. Memang betul ada guru-guru Afzan.  Maka riuhlah sekejap "Mengapa dah kurus', 'Pn Hjh buat apa sekarang?' 'Pn Hjh di Melaka atau Kuantan' 'Awak masih di Afzan ke?"dan macam-macam soalan lagi. Rohana (KB Bahasa) nampak slim betul? 'Apa awak buat, Ana? Slim sangat!' 'Dah tiga tahun saya tak makan nasi waktu malam', jawab beliau. Dan bergambar sakanlah kami. Puas jugalah saya dapat jumpa staf lama walaupun tak ramai, cukup untuk melepaskan rindu

Dari kiri: Hjh Mas, Hjh Farida Kazi, Hanoor Saliza, Rohana
Maaf saya tak tau nama Ustazah di belakang Hjh Mas
(beliau belum bertugas di SMKTA sewaktu saya di sana).
Ustazah Norhasimah (salah satu tugas beliau di SMKTA sekarang ialah Guru Keceriaan)
tengoklah dia, memang  ceria.....
Hjh Mas (GPK 1 ), Yours truly, Hjh Farida Kazi (my BFF)
Suriani (kiri)  bersama  Rohazani baru sampai ketika kami nak beredar.Suriani
sekarang sudah bertukar ke sebuah sekolah berhampiran dengan rumah beliau di Indera Mahkota.
Rohana pula punyai suara merdu. Saya ingat lagi lagu 'Gurindam Jiwa'
nyanyian beliau pada Malam Jamuan Persaraan Pengetua.

Dari kiri Pn Gan (asal Melaka yang berjiwa 1 Malaysia), and the gang, termasuk  anak-anak Roha



Terima kasih Mas atas jemputan. InsyaAllah jumpa lagi!

4 comments:

  1. Hmmm perjumpaan yang penuh kenangan nih..

    ReplyDelete
  2. salam kak hajah nora. Lama kakpah tak kemari. selamat hari raya.
    seronoknya jumpa kawan2...

    ReplyDelete
  3. Salam hajah kakpah.
    Jalan jauh nampaknya berhari raya,tentu banyak cerita untuk dikongsi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.