Durian Derian Doyan

Baru sudah breakfast dah ronda-ronda  ke Air Molek, Melaka
cari durian, 'queen of all fruits'
Balik dari KL, menyimpang ke Sepang, Selangor
Sedaapnya hingga menjilat jari
Setiap tahun bila tiba musim durian, nyonya dan hubby dia
mesti buat bisnes niaga durian di korner Jalan Bukit Sekilau, Kuantan,
Bawa balik, makan di rumah ...

Jom kita makan durian sambil menghiburkan hati
mendengar lagu "DURIAN' lagu top pada tahun '50an
nyanyian Zainal Alam.
Many of you belum lahir lagi!

Makan malam

Salam,
Dah jam 10.30 malam. Hujan di luar sana dengan kekadang guruh. Tapi taklah lebat sangat. Siang tadi panas.
Okey, untuk dinner sebentar tadi, saya  masak Nasi Goreng Sambal Belacan Cili Padi (kaw-kaw punya) untuk dua orang makan.  Saya guna cili padi yang merah menyala. Cili padi aka cabai melaka, boleh juga cabai rawet, terlebih dulu dibuang bijinya. Ha, nak cepat, saya guna aje jari jemariku......tau-taulah akhirnya kepijauan..panas..... Perencah sayurnya, sayur 'lenggang kangkung'. Bawang tak ada, jadi tumis aje  tumbukan cili dan belacan ke dalam kuali dan masukkan kangkung, nasi. Nak basahkan sikit, titiskan kicap lemak  manis.  Ikan bilis goreng  sebagai hiasan.  Hmmm....Tak lengkap kalau tak ada sup. Tapi bahan nak buat sup tak ada. Nampak ada kiub-kiub Makcik Tom Yam.terselit dalam fridge.Why not.? Janji rasa tom yam. sup tom yam, mari..  Lebur aje kiub ke dalam air didihan, masukkan cik kangkung (kobis ada, tapi si dia tak suka). Kangkung,,,kangkunglah.....tom yam kangkung jadinya.(nasi goreng pun kangkung) Eh, kenapa masam? kata si dia. tom yam, mestilah masam, jawab si saya. Habis juga Tom Yam Kangkung ku. Nasi Goreng pula, pedas sekali. Dah dibuang biji cili padi,  pun pedas lagi?. Dia sukalah. Lawankan dengan air teh panas perasa raspberry manis.   Hmm..lega..Kenyang. Syukur...dengan makan malam , nasi goreng belacan cili padi bersama sup tom yam kangkung, masam sekali. Overall...pedas+masam+manis

Hujan malam belum teduh,
Selamat malam, saya nak tidur.
Harap-harap dia tak berdengkur.

Rindu Sekolah

Salam.
Terbaca dalam mstar hari ini,


Tujuh Lelaki Ditahan Menyamar Sebagai Pelajar
KUALA LUMPUR: Tujuh pemuda yang rindukan alam persekolahan ditahan polis semalam selepas menyamar sebagai pelajar di sebuah sekolah menengah di Taman Melawati di sini.

Kesemuanya yang berumur 20 tahun lengkap berpakaian seragam sekolah termasuk seorang berbaju kurung ditahan ketika leka mengikuti pembelajaran dalam kelas, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan kepada Bernama, di sini pada Selasa.

"Mereka masuk ke sekolah itu kira-kira pukul 7.30 pagi dan menyertai perhimpunan pagi sekolah. Selepas tamat perhimpunan, ketujuh-tujuh bekas pelajar tersebut masuk ke kelas lama masing-masing iaitu kelas mereka ketika Tingkatan Lima sesi 2007," katanya.

Kehadiran 'pelajar baru' di dalam kelas itu disedari guru yang kemudian menghubungi polis.

"Hasil soal siasat, kami mendapati punca mereka menyamar sebagai pelajar sekolah itu atas alasan ingin kembali semula ke alam persekolahan. Mereka duduk dalam kelas dalam keadaan yang sopan tanpa sedikit pun mengganggu sesi pembelajaran," kata Abdul Jalil.

Beliau berkata, ketujuh-tujuh lelaki itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.

"Kesemua lelaki itu tidak bekerja ataupun belajar. Polis telah memanggil ibu bapa masing-masing sebelum mereka dibebaskan kira-kira pukul 8 malam tadi.

"Polis kini sedang mengumpul maklumat dan masih dalam proses mengambil keterangan daripada guru dan pelajar sekolah itu. Siasatan juga sedang dijalankan sama ada bekas pelajar itu mempunyai niat untuk melakukan jenayah di sekolah berkenaan," kata Abdul Jalil.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. -
BERNAMA

Apalah niat sebenar budak-budak tu? Ada yang sanggup pakai baju kurung!!! Rindu nak sekolah semula? Macam-macam sekarang. Hati-hati ye Pengetua dan Guru besar sekelian.....

Special ke?

Salam.
Dah nak dekat bulan Ramadhan, elok juga cerita sikit tentang makanan special yang terdapat di mana-mana Pasar Ramadhan nanti.
'Murtabak', 'Mantabak', 'Martabak'...samakan.. ..asalnya dari bahasa Arab 'Mutabaq' bermakna 'fold' atau 'lipat'. Ada murtabak maggi, ada murtabak mini, ada murtabak singapura, ada murtabak raja kelantan..macam-macamlah ikut nama tempat atau nama pembuatnya. Masing-masing ada resepi rahsianya. Pernah rasa Murtabak Mengkasar, famous di Pahang? Di luar kampus UiTM cawangan Bukit Sekilau ada gerai Murtabak Mengkasar ( famous, yang original punya ...nun...di Pekan). Ianya special kerana rempah ratusnya terasa hangat di lidah, saiznya agak besar, tebal. Rupanya lain daripada murtabak biasa sebab ada inti di tengah-tengah. Bukan inti kelapa tetapi inti lapisan ayam ke, daging ke yang mesti dimasak dulu. Dah tu baru letak dalam lapisan yang seterusnya. Masak lagi. Kalau nak special, dlapiskan telur sebagai tambahan pada kulit. Harga RM7.00, sekeping boleh makan dua orang. Kalau yang biasa, tak ada lapisan telur, RM5.00. Ada jeruk bawang sebagai penambah selera. Nak kari pun boleh. Oh ya, Murtabak Mengkasar ini (asal dari Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang) merupakan kegemaran royalty Pahang. So, kalau anda nak rasa jadi one of them, makanlah Murtabak Mengkasar.
Saya sempat 'capture' imej En Saiful, buat Murtabak Mengkasar ini di gerainya di Bukit Sekilau, tak jauh dari rumah saya, jalan kaki aje. Tak bawa kamera, guna camphone...tangan tak steady....jadi gambar pun blur...Ramai juga pelanggan yang duduk menunggu...famous dan sedap katakan..




Bawa balik aje, makan di rumah. Pada saya, tak delah special sangat, lebih kurang aje dengan murtabak lain....jangan marah ya penggemar Muratabak Mengkasar.

Angan-angan si cili padi


Inilah seplastik beg cili padi warna merah menyala
hasil tanaman di laman sendiri
(tapi bukan laman aku, okey)


Bila lihat cili-cili hijau
bila dah masak, tukar merah
berbuah dengan lebatnya



dan ada yang masih berbunga
tumbuh subur di bawah lembaran netting.
setiap pokok di dalam plastik beg hitam,
hati aku suka....
suka lihat tanaman menjadi,
maka timbul satu angan-angan
nak ikut contoh 'petani' cili padi ini,
nak buka 'ladang' cili padi.
(tak lah besar, nanti penat nak jaga)
di sudut tanah lapang di rumah Bukit Cina.
Satu tin susu, RM2.00
Boleh buat business (permintaan tentu banyak)
boleh buat amal kebajikan (kepada sedara mara).
Mereka yang berminat boleh datang, petik sendiri,
sukanya hati
Yang penting buat budi pada tanah, rajin menjaga dengan kasih dan sayang
cukup baja, siraman air dijaga,
maka,
hasilnya lumayan, bu!

Tapi boleh ke aku?
Pasang angan-angan lah Kak!!!
Tanam sendiri, rajin ke?
Siapa nak bantu jaga
bila aku tak ada di Melaka?
Ye tak ye juga!
Semua tu kena ambil kira.
Alahai....
Saje angan-angan si cili padi :)

Rasanya ???

Salam.
Tadi makan tengahari di food court T***co. Inilah yang teringin nak makan, dan inilah rasanya...

Saya: Akak nak No 13 (seperti tertera di gambar) ,dik.
Yang dapat, air asam boi pula
Eh, dia salah dengar ke? No 13 ialah jus sour soup (durian belanda) dengan asam boi.
Mana durian belanda nya.
Tak pe, minuman asam boi sedap juga.
Masam-masam manis.


Yang ini looks interesting,
mangkuk hidangan pun comel loteh
Buah-buahan campuran dengan topping ais krim
ada perahan asam limau.
tentu rasanya manis-manis masam berkrim.



Lain kali jangan order ini.
Supposed to be Kuayteow Lakna.
Sangkakan seperti masakan lakna yang selalu saya makan.
Tapi...saya rasa sesudu dua saje...tak sedap..not my taste
Kuah macam heavy aje dengan bancuhan tepung jagung.
Walaupun ada cili jeruk dan kicap pedas, sebagai penyedap, ...tak lalu makan.
Udang pun saya tak sentuh. macam ada sedikit bau.
Tak elok komplen kan pasal makanan, tapi
kalau tekak tak boleh terima...bye, bye
Lakna ku.

Akhirnya, habiskan air..
kenyang juga.

Tak ada HW


Boleh main bola!
Salam.
Minggu ini dia ke sekolah dengan girang. Cheerful dan happy sangat. Mengapa? Exam week! What?? Minggu peperiksaan and awak so happy? Saya pun lecture kat dia "Nek lang kalau minggu exam punyalah susah hati. Tak suka exam. Tak suka periksa. Stress tau!"
Apa dia jawab: Tak ada homework. Again the Nek Lang jawab " Buatlah revision...itu homeworknya!'
Tapi dia happy aje, tak buat revision pun. Bila balik dan kita tanya "How was your test?"
Tau apa jawabnya? "Kacang aje!" .Hissh..budak ini masih belum tau kepentingan exam.
Tapi mungkin ini senarionya bila UPSR dan PMR di mansuhkan satu hari nanti. Pelajar-pelajar ke sekolah dengan sukarela, happy..tiada stress exam. Adalah juga 'periksa' tapi yang berasaskan sekolah sahaja tanpa ada major exam. Kemudian barulah boleh cikgu fokus kepada pencapaian pelajar...aktiviti pengkayaan (enrichment) kepada pelajar yang potensi cemerlang dan pemulihan (remedial) kepada yang didapati lemah dalam kemahiran yang ditetapkan. Bukankah ini asas pengajaran dan pembelajaran sepatutnya pada mula KBSR/KBSM di perkenalkan? Kerja-kerja latihan pun ikut pencapaian pelajar. Ada aktiviti belajar sambil bermain (atau bermain sambil belajar?). Cikgu-cikgu pun kreatif mengajar menjadikan kelas lebih segar dan menjadi satu faktor tarikan (pull factor) pelajar ke sekolah. Ada juga penilaian berterusan berasaskan pemerhatian dan penulisan untuk menilai kemajuan pelajar. Tapi tak lah stress seperti yang ada sekarang, masing-masing (sekolah, ibubapa, pelajar) berlumba nak dapat yang terbaik. Pusat tuisyen pun tumbuh macam cendawan. Buku ulangkaji melambak di pasaran. Mungkin kah dengan tiada UPSR, tida PMR (SPM tetap ada!) Falsafah Pendidikan Negara (FPN) akan tercapaI?Apa komen anda?

Mari kita bersenam siri akhir


Salam
Baiklah ini ialah pergerakan akhir dalam STI, Pergerakan Pernafasan. Ia mengabungkan pergerakan taichi dan pernafasan. Taichi, slow movement tetapi tidak ada 'kicking, kicking.'Yang penting pernafasan, tarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut sambil bergerak perlahan. Tapi sayang, belum ada video pergerakan ini di U Tube. Jadi saya cuma turunkan pergerakannya. Nak tunjukkan gambar, banyak pula nanti. Ada 20 gerakan semuanya:
1.mengatur nafas
2.bangkit mengatur nafas
3.melapangkan dada
4.menghayun pelangi
5.membelah awan
6.menghayun lengan
7.mengayuh di danau
8.mengangkat bola
9.memandang rembulan
10.mendorong telapak
11.membekah mega
12.meraup air
13.mendorong ombak
14.membentangkan sayap
15.melunjurkan tinju
16.terbang melayang
17.memutar roda
18.menepuk bola
19.meredakan nafas
20.menghangatkan tangan

Itu dia 20 gerakan pernafasan, digerakan perlahan-lahan ikut irama. Pada 'menghangatkan tangan' kita rapatkan dua tapak tangan dan goooosok sampai hangat, sambil berselawat dan kemudian di sapu dari dahi ke ubun-ubun kepala ke belakang sambil berdoa agar Allah hindarkan kita daripada penyakit-penyakit besar dan kecil. InsyaAllah. Ataupun boleh pupuk pada pipi atau tempat-tempat yang sakit.
Kumpulan taichi wanita di Bukit Baru , yang diketuai oleh kakak saya , lakukan latihan ini 3 kali seminggu, ketika matahari akan terbit. Setiap latihan mengambil masa 45 minit. Elok dilakukan di tempat lapang atau ada pokok-pokok berhampiran, banyak oksijen deh! Banyak munafaat STI ini, keseluruhannya meningkatkan kesihatan jasmani dan rohani.
Terima kasih kerana membaca. Ada apa-apa komen?

Mari kita bersenam siri ke 2

Salam semua.
Wah, kali ini posting saya bersiri pula! Pagi tadi saya sempat lakukan brisk walk tapi tak jauh jalannya, matahari dah terbit.
Bagaimana? Dah cuba buat latihan 'stretching"? Ah, ah, sebaik bangun dari tidur (pagi) buatlah stretching, sebelum jogging atau brisk walk, buat stretching, sebelum jalan atas 'tread mill' lakukan 'stretching', penat duduk di kerusi, stretchlah supaya tidak berlaku sakit saraf atau otot-otot. Jangan lupa minum air suam juga ye.
Selepas pergerakan pertama (perengangan aka stretching) kita lakukan pula pergerakan kedua iaitu 'warming up', dalam STI dipanggil Pergerakan Persendian. Tumpuan pada sendi-sendi anggota badan seperti lutut, siku, pergelangan tangan......Ada 25 gerakan, dilakukan ikut irama atau muzik. Ikut aje arahan yang diberi. Latihan ini boleh buat kita berpeluh kalau dilakukan dengan sistematik. Kalau lakukan secara berkumpulan lagi bersemangat :)

Ah, yes, kalau nak tahu lebih lanjut STI ini, sila rujuk Senam Tera Indonesia
Cuba, jangan tak cuba......
Nanti saya tunjukkan pula Pergerakan Pernafasan. Okey, selamat bersenam

.

Mari kita bersenam

Salam semua.
Dah agak lama juga saya tak bersenam. Pagi tadi, dalam hujan renyai-renyai, saya gagahkan diri juga join teman-teman di Bukit Baru untuk senaman pagi. Yang leadnya kakak saya, kami follow. Kami buat Senam Tera Indonesia (STI). Kami dah lama melakukan STI ini . Saya aje yang ponteng. Oh ya, 'Tera' berasal dari perkataan 'terapi' bermaksud penyembuhan atau pengubatan. STI merupakan latihan fizik dan mental, menyatukan pergerakan bahagian-bahagian badan dengan teknik dan irama pernafasan melalui pemusatan pemikiran yang dilaksanakan secara teratur, serasi, tepat dan bersinambungan. Senaman ini bagus untuk yang sakit sendi (sakit lutut), masalah pernafasan, dan sangat sesuai sekali untuk sebaya dengan saya. Tak perlu nak lompat-lompat seperti arobik.

Untuk senaman STI ini kita melalui 3 pergerakan:
1. Pergerakan Perengangan (Stretching) : 17 gerakan
2. Pergerakan Persendian (warming up, memanaskan badan dan tumpuan pada sendi-sendi) : 25 gerakan
3. Pergerakan Pernafasan ( 'tai-chi', gentle tai chi, tak ada kick, kick punya) : 20 gerakan.

Ini dia pergerakan 'stretching' untuk melonggarkan otot-otot. Next time kita buat pergerakan 'warming up' pula ye. Terima kasih kepada You Tube, senang dah ada video untuk you all follow. Tapi kami tak buat yang lari setempat, cukup dengan tarik nafas aje. Dan kami buat pergerakan pertama ini tanpa muzik. Kalau ada lagi best, lebih tumpuan dan penghayatan. Oh ye, setiap gerakan, 8 kiraan.

Masih

Masih 'looking out of the window', 'ilham' ada tetapi mesti fikir "to blog or not to blog"? Itu persolannya. Oleh itu, saya, seperti dalam cartoon oleh dave walker di atas, klik 'refresh', atau nak menghiburkan hati, ke You Tube, tengok video yang kelakar-kelakar, ataupun nak menghayati ayat-ayat suci Al Quran sambil membetulkan bacaan , klik pula ke video bacaan surah-surah yang mengasyikkan. Itulah dia, masih 'looking out of the window'

Final PD 2010,



Salam.
Ah, Ah...saya terjaga awal pagi tadi. 'Ter' tau, bukan dirancang-rancang. Jam....3.00 pgi. Eeee....why not saya 'terbang'ke South Africa, sama-sama dengan peminat fanatik tengok World Cup Final. Saya bukan ikut sangat PD, tengok sambil-sambil aje. Tahulah juga score, siapa lawan siapa dan siapa menang. Jadi, selepas selesaikan apa yang patut (tau-taulah dah jam 3.oo pagi).......
sampailah saya di Soccer City Stadium, Johannesberg. ( Gambarnya di atas). Dapat pula di tempat duduk VVIP, comfortable sofa you. Sebab saya ter 'miss' flight awal, missed jugalah tengokt Shakira dengan lagu 'This time for Africa'. Tak apa, kat U Tube mesti ada punya. Hebat, hebat Holland dan Spain kejar Jabulani. Saya tak reti nak ulas. Saya tak faham pun undang-undang bola sepak. Saya bukan suka bola sepak tapi World Cup punya hal, intailah juga. Dah kebetulan saya terjaga. Saya suka tengok bagaimana team members , penyerang dan defence berlaga-laga, tolak sana sini, langar badan lawan, tersungkur! Sakitnya saya terasa!!Saya kagum tengok bagaimana tegasnya referee bila ada bantahan tak puas hati pemain. Nah kau, ambil kau kad kuning, kad merah. Pasang kat lengan tu, biar orang tau! Saya suka melihat air muka mereka yang cuba masukkan gol tapi tak berjaya. Sesal bukan main! Cemas dibuatnya. Saya kagum dengan penjaga gol menangkis dan menangkap bola dari tersumbat ke dalam gol. Macam spiderman. Saya simpati dengan pasukan yang kalah.....mereka tengok dengan muram juara bersorak gembira. Mana tidaknya, first time world champion. Ole! Penjaga gol Holland menangis menyesal tak sudah.Yang paling saya suka ialah habis semuanya...pertunjukan bunga api..hebat, cantik, menarik...Okeylah tamat sudah World Cup 2010. Tepat sekali ramalan Paul the Octopus. Tapi dia orang tak tau Allah yang menentukan segalanya. Sebelum terbang pulang, sempat saya alas perut (halal tau!) makan nasi dengan sambal tumis udang serta salad.
Tadi saya berbual dengan peminat kecil World Cup, Iddin (peminat Spain, tapi sayang Germany juga)

Saya: Tadi Nek Lang tengok Torrence main, nampak macam Iddin.
Iddin: Torres lah,bukan Torrence.
Nek Lang : Sorry...
Iddin : Betullah Iddin tu. Malam tadi bila semua orang dah tidur, Iddin terbang pergi ke South Africa.
Saya : Tapi kenapa dah nak hampir tamat awak baru masuk padang?
Iddin: Sebab terlewat sampailah!

Nanti umur 12 tahun boleh lah sokong lagi Torres ye, di Brazil pula! Torres tu handsome tau!

Terbang

Salam

Hari ini, Sabtu,
saya nak terbang ke langit biru
terapung-apung bersama awan putih kelabu.

Banyak dah rumah saya singgah.
Di My Stories,
Oooh bestnya cerita tuan empunya
Jalan-jalan sambil menyelam minum air
Ke London, Paris, Glasgow
Bila pula saya ke sana???

Singgah di Nukilan
Tuan empunya suka cerita fasal pokok dan buah-buahan
Alam semula jadi sangat rapat dengan jiwa,
Sekarang dah popular, 'I Follow' sudah bertambah
Bila lagi saya nak singgah ke rumah sebenau nya?
Asyik 'kenen-kenen' saya dalam komen.

Singgah juga ke rumah Di sepanjang jalan
Terror rupanya Aunty ini
Masa remaja belia suka bersukan
Ada ceritanya mengeluarkan perasaan
Beliau tunggu tarikh persaraan.

Singgah lagi ke rumah bilakukenangkenangkan, nun kat Kelang.
Sekali jumpa puan empunya, dah mesra, macam saudara lama tak jumpa
Partnernya pun kelakar nak gila
bila ku baca blognya, pasti senyum dan ketawa
Memang menghiburkan,
ol'rascal, you!

Akaktoo tahu tidak saya singgah ke rumah
Nak tau kisah opis yang dia tak boleh miss
Atau cerita food adventure
Bersama suami tercinta dan anak-anak daranya
Apa macam, akak, breakfast di mana?

Lagi rumah di BBB, Tadika Aulad
Banyak storimori yang mencuit hati
Cerita kisah sehari-hari
Cerita sekolah, resepi dan famili.
Saya baca ulangkali kali,
Memang mencuit hati.

Lagi mana saya singgah?

Oh rumah ...
Cg Ahmad Humairi, suka berkata maksud berlapis
Kaseh, lemah lembut penuh ilham,
Aku dan Duniaku, penuh semangat kisah nak slim
(boleh ke macam ziana zain??)
PDKM, melihat terkini kisah di Mekah al Mukaramah
KRTS, bersemangat memberi motivasi
tasekM, telatahnya mengingatkan saya kepada seorang rakan
Tak lupa Lupakanye, meluah perasaan hati
Asam Garam Kehidupan, high spirited teacher,
Aida Ali, GB yang patut dicontohi
Ummi_Soleha, pandai berperi-peri,

Erna, Azie, IM, Penjejak Maya, dan sesiapa lagi, jangan berkecil hati
Ada akak pergi.
Saya singgah juga ke teratak kawan-kawan lain
yang ada kaitan' sepusat sepusing'
Apa lagi ke rumah PHLP dan ms hart
saudara terdekat


Itulah kerja saya setiap hari,
Mesti terbang singgah sana sini
Di langit biru menghiburkan hati.
Buang masa???
Taklah, kan saya seorang pesara :=)








Jom relaks

Pokok kenanga selalunya tinggi tetapi
Kenanga ini segar tumbuh dalam pasu
menjelang malam, aduh, wanginya bau...
banyak pulak bunganya


Bunga apa ini, ah? Tak tau namanya...
tapi warna ceria..kuning dan jingga


Ini pula bunga kemboja merah




Ini pun saya tak tau namanya..berbunga sepanjang masa
berserabut nampkanya, tetapi bunganya...kecil comel,
saya suka.

Di bawah pohon rumpun bambu (Japanese bamboo?)
di belakang rumah, tepi pagar


sedap relaks sambil berbuai
baca paper pun yang ada berita ringan-ringan

Geli hati baca 'Si Sotong,Paul the World Cup BOMOH
Nasib Paul, tak tau lagi!
Ada nak sotong goreng tepung,
Ada nak sotong goreng kunyit
Masak sambal tumis sotong pun sedap
Huru hara dibuatnya!!


Ahad di KL

Salam.
Ahad, 4 Julai,10. Kami ke KL untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sepupu (my cousin's son's wedding). Sesudah pusing-pusing dan putar-putar berpandukan kepada peta yang terpapar pada kad jempitan barulah sampai ke Dewan Rekreasi Cheras, di Jalan Peel. Dan bila dah bertemu di majlis seperti ini, maka bersua mukalah dengan kaum kerabat saudar mara. sahabat handai yang sesekali jumpa.

Mohd Nizam dan Zamza Rina,
(Kpg Baru + Labis)
Bersama adik sepupu, Ridwan Ismail
anak-anak suka ke Melaka

My cousin, Suzanna n hubby, Fadhil
below,
bersama my cousin, Aishah(sitting) n my sis
with Faridah Hanim (now Puan Sri)
childhood friend, jiran sebelah rumah di Kpg Baru KL


Ini semua suku sakat kita,
(cousins and aunty)
dari kiri: Zai (tunggak semua majlis), Ina, Siti (aunty), Su and emak pengantin, Hamidah
Yang kecil tu, Ain, anak Ina


Yang ini Fazlin, cousin, BFF
sedang tunggu rombongan pengantin,
ever so happy!

Ini pun saudara juga.
aunties, (Rokiah and Rosidah) cousins(Aisah and Mastura),
brother, uncle

Cousins from Puchong
From left: Mastura, Zainon. Nani

Nampaknya kitalah yang senior nya....

TQ tM

Salam. yes, tM is her blogger name
Dah lama saya tercari-cari sifu yang boleh guide saya cara nak download video dari YT. Mujurlah tM ada special posting "Entri Khas untuk Kak Ash'
Akak tumpang , ye tM.
Walaupun banyak kali cuba, step-by-step, akhirnya akak berjaya, juga..
TQ, tM

Itulah sayang...

Saya