Special ke?

Salam.
Dah nak dekat bulan Ramadhan, elok juga cerita sikit tentang makanan special yang terdapat di mana-mana Pasar Ramadhan nanti.
'Murtabak', 'Mantabak', 'Martabak'...samakan.. ..asalnya dari bahasa Arab 'Mutabaq' bermakna 'fold' atau 'lipat'. Ada murtabak maggi, ada murtabak mini, ada murtabak singapura, ada murtabak raja kelantan..macam-macamlah ikut nama tempat atau nama pembuatnya. Masing-masing ada resepi rahsianya. Pernah rasa Murtabak Mengkasar, famous di Pahang? Di luar kampus UiTM cawangan Bukit Sekilau ada gerai Murtabak Mengkasar ( famous, yang original punya ...nun...di Pekan). Ianya special kerana rempah ratusnya terasa hangat di lidah, saiznya agak besar, tebal. Rupanya lain daripada murtabak biasa sebab ada inti di tengah-tengah. Bukan inti kelapa tetapi inti lapisan ayam ke, daging ke yang mesti dimasak dulu. Dah tu baru letak dalam lapisan yang seterusnya. Masak lagi. Kalau nak special, dlapiskan telur sebagai tambahan pada kulit. Harga RM7.00, sekeping boleh makan dua orang. Kalau yang biasa, tak ada lapisan telur, RM5.00. Ada jeruk bawang sebagai penambah selera. Nak kari pun boleh. Oh ya, Murtabak Mengkasar ini (asal dari Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang) merupakan kegemaran royalty Pahang. So, kalau anda nak rasa jadi one of them, makanlah Murtabak Mengkasar.
Saya sempat 'capture' imej En Saiful, buat Murtabak Mengkasar ini di gerainya di Bukit Sekilau, tak jauh dari rumah saya, jalan kaki aje. Tak bawa kamera, guna camphone...tangan tak steady....jadi gambar pun blur...Ramai juga pelanggan yang duduk menunggu...famous dan sedap katakan..




Bawa balik aje, makan di rumah. Pada saya, tak delah special sangat, lebih kurang aje dengan murtabak lain....jangan marah ya penggemar Muratabak Mengkasar.

10 comments:

  1. salam kak hajah nora...
    murtabak mmg feberet saya.. hendaknya yg intinya lembab-lembab.. rasa rempah ratus... kulit garing... hmmmm... nyum..nyum..
    murtabak makassar sekeping....

    ReplyDelete
  2. tekak masing2 yg mnilai spesel tk speselnyer kak..:)
    acik jrg makan mtabak sbb kolstrl tggi..huhu.

    ReplyDelete
  3. Salam hajah,
    Restoren menjual Murtabak Mengkasar dah popular di KL.

    ReplyDelete
  4. Acik,
    Akak pun jarang juga. Murtabak ini banyak telur. Ye, acik, 'rasa' adalah subjektif.

    ReplyDelete
  5. salam,

    Nak buat murtabak gajah la plak...kat kampong gajah ini...belum ada orang buat nama tu.

    ReplyDelete
  6. Boleh juga cikgu, Murtabak KG (Kampung Gajah) atau Muratabak G (Gajah). Kalau 'Muratabak Gajah', hmmmmph!

    ReplyDelete
  7. salam kak nora..teringin pulak nak mencuba murtabak mengkasar tu..saya pun suka mertabak..tapi yang isinya..bawang blend..kalau bawang potong2 saya kurang suka..

    ReplyDelete
  8. Sedapnya... Lambat lagilah pulak pasar malam kat sini, mana nak cari murtabak ye?

    ReplyDelete
  9. ERna,
    Wah kalau begitu kena buat special orderlah, murtabak megkasar bawang blend satu!

    ReplyDelete
  10. Cg Aida,
    Di KL dah ada jual murtabak special pahang ini, cg.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.