![]() |
| Lili.... Terbiar, berbunga juga |
Showing posts with label bunga. Show all posts
Showing posts with label bunga. Show all posts
SI KECIL MERAH CELAH PAGAR
Siapa tahu nama pokok ini?
Jenis menjalar, jenis liar
'wild flower'
di nurseri tak jumpa.
'wild flower'
di nurseri tak jumpa.
Daunnya halus, comel, tajam
tetapi bukanlah tajam macam jarum.
Bau daunnya seperti bau daun pandan
bila dikoyak-koyakkan.
Bunganya merah, kecil.
Mula-mula sukalah dengan lingkarannya
Berseri pagar yang memisahkan rumah saya dengan jiran.
(di Kuantan)
:) :) :)
Lihatlah rimbunnya ia menjalar
Bunga kecil merah menunjuk rupa.
Tetapi
hayatnya tak lama.
hayatnya tak lama.
:0 :0 :0
Cukup masa,
tamatlah riwayat
Si kecil merah celah pagar.
Seluruh pokok menjadil layu
:( :( :(
Hai, satu kerja pula nak bersihkan 'penjalar' kering
'Penjalar' baru akan mengganti pula perlahan-lahan
dengan si bunga kecil kecil beraroma daun pandan.
Hi Hi
SUDAH HUJAN
Pagi ini hujan lebat lagi. Sejuk. Alhamdulillah!
Sudah hujan....
Tetapi ada juga yang....
Hujan sana sini.
Bak kata seorang blogger " Agaknya bumi manalah yang sebenarnya tak ditimpa hujan, ya?"
Sudah hujan....
Tetapi ada juga yang....
Hujan sana sini.
Bak kata seorang blogger " Agaknya bumi manalah yang sebenarnya tak ditimpa hujan, ya?"
BUNGA RAYA MERDEKA
BUNGA, BUNGA MELATI
Pernah saya cerita mengenai beliau. Melati. Memang sangat tepat sekali nama dengan jenis perniagaannya, menjual anak pokok bunga dan tumbuhan hijau. Teringat lagu klasik 'Bunga, bunga Melati, Harum semerbak di waktu pagi....." hi hi....Melati menjual di 'nurseri' lokasinya, di pasar besar Melaka pada waktu pagi. Peramah orangnya, tak lokek ilmu tanam pokok. Harga jualan pula lebih rendah dari yang dijual di nurseri biasa.
Lihatlah Melati antara ros, bunga kertas, orkid kampung dan lain-lain yang saya tak tau namanya. Sudah pasti geram saya lihat anak ros kampung. Suka nak buat tambahan tanaman ros di rumah tapi , tunggu dulu. . Tak boleh buat masa ni. Jaga dulu yang ada di rumah. Takut-takut laman rumah jadi nurseri pula :O

| Melati melayan pelanggan |
Rona-rona
bunga-bunga
ceria-ceria
suasana!!!
SI MINI DALAM PASU
Di Nurseri Bunga Semabuk.
Saya tertarik dengan tanaman mini.
Bukan sahaja dalam bekas bunga kecil tetapi
boleh guna mangkuk, cawan
dan bekas-bekas bunga yang lain.
Teringat saya di rumah ada 'vase' yang lama terbiar.
Ada juga set mangkuk bubur yang dah berhabuk .
Elok saya jadikan pasu tanaman mini
seperti terdapat di nurseri.
Baik hati 'amoy' pembantu yang berminat sungguh menghasilkan seni tanaman ini.
Katanya:
Bubuh tanah dalam bekas,
Tanam sepohon (atau lebih) pokok kecil
tabur batu-batu kristal atas permukaan.
Spray untuk kesegaran pokok
Nah!
Inilah hasil kerja saya
si mini dalam pasu
BENA @ BUNGA RAYA
Bunga raya, bunga raya..... saya suka.
Antara di laman....
Ada juga yang belum berbunga
Tetapi sayang,
bunganya tak tahan lama.
Cukup sehari, ia gugur layu.
Terdapat juga 'bena' perosak pokok.
Eeee geramnya!!!!
Ada saya terbaca buat sendiri
racun organik membunuh bena putih
yang dicadangkan oleh blogger
"ROSES AND SECRET GARDEN"
(Terima kasih kepada Puan Tanah)
.
'Blend'
5 ulasbawang putih, 3 cili padi, sikit kunyit hidup
2 cubit soda bicarbonate, 1 sudu kecil cecair cuci pinggan
Tapis
Sembur pada pokok
yang dihinggapi bena.
Saya dah cuba,
Menjadi!!
Sekarang pokok bunga raya serta pokok-pokok
yang lain InsyaAllah selamat dari bena, perosak pokok.
DI LAMAN MAK IDAH
Dalam perjalanan pulang ke Melaka dari Batu Pahat singgah di rumah Mak Idah di Parit Besar, Bagan. Mak Idah, SIL saya seorang pesara guru, suka 'gardening'. Jadi banyaklah masa beliau sekarang melayan tanamannya di laman, 'pagi sampai pukul 10.00'. Kegemarannya 'orkid'. Tetapi ada juga yang lain. Mak Idah dan suaminya mempunyai hobi yang sama, bercucuk tanam. Tak hairanlah laman Mak Idah sentiasa kemas dan bersih diserikan lagi dengan bunga-bunga orkid dan tanaman lain. Di belakang rumah mereka ada kebun buah-buahan . Oleh kerana hari dah hampir senja tak dapatlah nak ambil gambar kebun mereka. Tetapi musim buah-buahan pasti kami dapat merasa pulasan, rambuatn, durian....
![]() |
| .Akar Dani |
![]() |
| Bunga pokok palma, rimbun |
![]() |
| Limau bersama antara orkid-orkid ditanam |
![]() |
| Kaktus |
![]() |
| Berbunga lebat, tak tau namanya |
![]() |
| Untuk mengelak tercucuk hujung daun yang tajam, selalu diletak kelongsong telur |
![]() |
| melepaskan penat di wakaf Bila balik, Mak Idah beri saya, (bukan pokok orkid dah!) tetapi.... pokok apa nama ni? |
![]() |
| Macam 'lipan' tetapi menarik. mudah dijaga. |
SUDUT KAKTUS MAK LIN
Sederet kaktus Mak Lin (biras saya, tinggal di Batu Pahat) tersusun atas tembok tangga. Berbagai jenis. Susunan kaktus comel yang ditanam di dalam pasu-pasu kecil memikat hati. Kalaulah di nurseri tentu tinggi harganya. Kaktus mudah dijaga, tak perlu banyak air dan boleh hidup walaupun cuaca panas, tiada hujan. Jika kita tinggalkan dia lama-lama, dia masih segar. Saya suka juga kaktus Mak Lin ni.Tak sampai hati nak minta anak kaktus daripada Mak Lin. Jeling-jeling aje, ah!!
Saya ada juga kaktus sepasu.
![]() |
Saya ada juga kaktus sepasu.
GERAM OH GERAM di LAMAN
Malam tadi hujan..sejuk sikit.
Tengahari ini panas terik...
Saya ke laman, nak periksa ada tak belalang hinggap di pokok bunga raya. Dua hari lalu ada seekor, sedap sedap makan daun bunga raya. Saya sembur dengan H20. jatuh dia dan mati. Hari semalam ada seekor, dah saya cuba, tak sempat sembur, saya gunting pinggangnya, tapi dia terbang! Kejam ke saya? Kemudian saya sembur pokok bunga raya dan pokok ros yang lain dengan H2O waterbased.
Alahai...geramnya saya, lihatlah . Dia datang lagi!!!
Cepat-cepat saya ambil gunting. Saya cuba gunting! Dia terbang! nampaknya akan berperanglah saya dengan dia!!
Nanti saya akan tinjau lagi! Siap bawa senjata!!
Tengahari buta......
Laman nampak kosong, panas, tak ada 'shade'
lalu saya pindahkan pasu-pasu pokok ros ke sini. Cukup cahaya matahari (cik ros perlu cahaya matahari yang banyak)
Petang nanti akan saya trim batang-batang yang menjadi mangsa dia. Habis semua saya sembur, jangan mati sudahlah ye cik ros!
Ah ..ni saya suka
bagaimana kalau saya tanam pokok 'doa' ini di laman? Hijau dan segar....

| dah habis daunnya |
![]() |
| tinggal batang aje |
Cepat-cepat saya ambil gunting. Saya cuba gunting! Dia terbang! nampaknya akan berperanglah saya dengan dia!!
![]() |
| sedang kenduri nampak! |
Nanti saya akan tinjau lagi! Siap bawa senjata!!
Tengahari buta......
Laman nampak kosong, panas, tak ada 'shade'
lalu saya pindahkan pasu-pasu pokok ros ke sini. Cukup cahaya matahari (cik ros perlu cahaya matahari yang banyak)
Petang nanti akan saya trim batang-batang yang menjadi mangsa dia. Habis semua saya sembur, jangan mati sudahlah ye cik ros!
Ah ..ni saya suka
bagaimana kalau saya tanam pokok 'doa' ini di laman? Hijau dan segar....
KORSEL: BUKAN KAH SAYA SUKA BUNGA?
Korsel. Awal musim bunga, early spring. Bunga di mana-mana..... ini antaranya...klik,klik,klik...
Cukuplah. Di atas adalah antara bunga-bunga yang dapat saya paparkan. Pertengahan musim bunga, seperti sekarang ini,tentu banyak lagi bunga kembang mewarna warnikan landskap Korsel.
Mamat, pengawal,memberi amaran jangan pijak rumput!
bunga kuning ini banyak bertaburan
![]() |
| kan saya suka bunga |
![]() |
| peminat no satu pun mesti pose juga |
| of course I love flowers |
| ini antara kembang-kembang menyambut kami |
![]() |
| berlatar belakangkan tulips |
![]() |
| Ibu, anak bersama cherry blossoms |
| daisy, daisy,....... |
![]() |
| baru nak sambut musim bunga |
Annyeonghaseyo dari kami pencinta bunga
Subscribe to:
Posts (Atom)