Mari kita bersenam siri ke 2

Salam semua.
Wah, kali ini posting saya bersiri pula! Pagi tadi saya sempat lakukan brisk walk tapi tak jauh jalannya, matahari dah terbit.
Bagaimana? Dah cuba buat latihan 'stretching"? Ah, ah, sebaik bangun dari tidur (pagi) buatlah stretching, sebelum jogging atau brisk walk, buat stretching, sebelum jalan atas 'tread mill' lakukan 'stretching', penat duduk di kerusi, stretchlah supaya tidak berlaku sakit saraf atau otot-otot. Jangan lupa minum air suam juga ye.
Selepas pergerakan pertama (perengangan aka stretching) kita lakukan pula pergerakan kedua iaitu 'warming up', dalam STI dipanggil Pergerakan Persendian. Tumpuan pada sendi-sendi anggota badan seperti lutut, siku, pergelangan tangan......Ada 25 gerakan, dilakukan ikut irama atau muzik. Ikut aje arahan yang diberi. Latihan ini boleh buat kita berpeluh kalau dilakukan dengan sistematik. Kalau lakukan secara berkumpulan lagi bersemangat :)

Ah, yes, kalau nak tahu lebih lanjut STI ini, sila rujuk Senam Tera Indonesia
Cuba, jangan tak cuba......
Nanti saya tunjukkan pula Pergerakan Pernafasan. Okey, selamat bersenam

.

6 comments:

  1. hmmm....

    tarik nafas....

    tahan......

    lepas....

    legaaa.

    ReplyDelete
  2. Pandai pun tapi jangan tahan lama-lama, cg humairi.

    ReplyDelete
  3. salam kak hajah nora...
    Dah lama sungguh saya tak melakukan senaman... harus cuba jugaklah... bila asyik tangguh..tangguh.. itu yang lansung tak jadi...
    saya mesti berubah...

    ReplyDelete
  4. Salam Hajah,
    Boleh mula dengan stretching, pergerakan perengganan otot-otot. Hajah akan rasa selesa.

    ReplyDelete
  5. Hjh
    Demonstrasinya amat baik sekali. Entri yg sungguh bermanfaat. Kalaulah dapat persekitaran yg nyaman begitu semasa bersenam...!

    Tapi, aduuuh....biso pegel sak awake, kok. Keperiye iki? (Boleh dijawab dgn baso Minang, kalau ada jawapan).

    Salam terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Salam Temuk,
    Wadoh, wadoh, wadoh, baso Jarman, indak mangarti den menjawabnyo. Ah nak ditanyo?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.