Terbang

Salam

Hari ini, Sabtu,
saya nak terbang ke langit biru
terapung-apung bersama awan putih kelabu.

Banyak dah rumah saya singgah.
Di My Stories,
Oooh bestnya cerita tuan empunya
Jalan-jalan sambil menyelam minum air
Ke London, Paris, Glasgow
Bila pula saya ke sana???

Singgah di Nukilan
Tuan empunya suka cerita fasal pokok dan buah-buahan
Alam semula jadi sangat rapat dengan jiwa,
Sekarang dah popular, 'I Follow' sudah bertambah
Bila lagi saya nak singgah ke rumah sebenau nya?
Asyik 'kenen-kenen' saya dalam komen.

Singgah juga ke rumah Di sepanjang jalan
Terror rupanya Aunty ini
Masa remaja belia suka bersukan
Ada ceritanya mengeluarkan perasaan
Beliau tunggu tarikh persaraan.

Singgah lagi ke rumah bilakukenangkenangkan, nun kat Kelang.
Sekali jumpa puan empunya, dah mesra, macam saudara lama tak jumpa
Partnernya pun kelakar nak gila
bila ku baca blognya, pasti senyum dan ketawa
Memang menghiburkan,
ol'rascal, you!

Akaktoo tahu tidak saya singgah ke rumah
Nak tau kisah opis yang dia tak boleh miss
Atau cerita food adventure
Bersama suami tercinta dan anak-anak daranya
Apa macam, akak, breakfast di mana?

Lagi rumah di BBB, Tadika Aulad
Banyak storimori yang mencuit hati
Cerita kisah sehari-hari
Cerita sekolah, resepi dan famili.
Saya baca ulangkali kali,
Memang mencuit hati.

Lagi mana saya singgah?

Oh rumah ...
Cg Ahmad Humairi, suka berkata maksud berlapis
Kaseh, lemah lembut penuh ilham,
Aku dan Duniaku, penuh semangat kisah nak slim
(boleh ke macam ziana zain??)
PDKM, melihat terkini kisah di Mekah al Mukaramah
KRTS, bersemangat memberi motivasi
tasekM, telatahnya mengingatkan saya kepada seorang rakan
Tak lupa Lupakanye, meluah perasaan hati
Asam Garam Kehidupan, high spirited teacher,
Aida Ali, GB yang patut dicontohi
Ummi_Soleha, pandai berperi-peri,

Erna, Azie, IM, Penjejak Maya, dan sesiapa lagi, jangan berkecil hati
Ada akak pergi.
Saya singgah juga ke teratak kawan-kawan lain
yang ada kaitan' sepusat sepusing'
Apa lagi ke rumah PHLP dan ms hart
saudara terdekat


Itulah kerja saya setiap hari,
Mesti terbang singgah sana sini
Di langit biru menghiburkan hati.
Buang masa???
Taklah, kan saya seorang pesara :=)








20 comments:

  1. salam kak nora..indahnya..saya juga teringin nak terbang kelangit biru..sama macam kak nora..rasa lambatnya nak jadi pesara..
    tapi tak pe..sabarkan kak nora..beberapa tahun je lagi..jika panjang umur saya ni...

    ReplyDelete
  2. salam,

    Bila Tuhan kata 'Ya', maka tumbuhlah kepak...terbang menerawang dengan gembiranya..

    ReplyDelete
  3. Salam Hjh Nora
    Lada dipipis
    Rupanya burung di awan biru
    Dari atas sajalah
    Dia mengimbau, dia mengintai.

    ReplyDelete
  4. acik suka terbang sesubuh kak..
    ni hah, baru nyinggah kat sini....silau berkilau mata den...hehhe
    Blog pesara lagi banyak cerita.
    Al maklum, lebih dulu makan garam ....err..jejaga BP...jgn terlalu tinggi sbb bnyk mkn garam..heheh

    ReplyDelete
  5. Erna,
    InsyaAllah, lambat laun sampai juga...sementara itu terbanglah rendah-rendah dulu dengan selamat, ye.

    ReplyDelete
  6. Cg Ahmad Humairi,
    Tapi, tumbuh kepak terbang gembira, patah sayap terbang jua.

    ReplyDelete
  7. Salam Temuk,
    Dia mengimbau, dia mengintai,
    Dari jauh dia melambai.
    Dan bertanya,
    Bila aku nak sampai....

    ReplyDelete
  8. Sakam Acik,
    Terbang subuh-subuh elok, Acik, line clear. BP? Alhamdulillah, okey. Take care, Acik.

    ReplyDelete
  9. salam kenal buat kak nora...
    saya pun nak singgah kat rumah kak nora ni...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak nora, saya jalan2 sini sambil baca entry, best blog kak nora nih..

    ReplyDelete
  11. salam ainnoraini,
    Sedap nama tu. Sudi-sudilah masuk, temankan pesara.

    ReplyDelete
  12. Alang..terima kasih daun keladi
    Buat nek lang yg kami kasihi
    ummi...pandai berperi peri?
    ..haha..ingatkan ummi si pari pari..

    selamat terbang di awan biru
    moga nek lang senyum selalu
    ukhwah dibina kasih bersatu..
    pengubat hati yang sedang rindu...

    ReplyDelete
  13. Salam kak Nora. Nama saya pun ada dalam senarai. Tq2. Saya baru turun dari IAB Genting ni. Padanlah hujan aje kat sana. Akak melayarkan kepak serata awan. Selamat mendarat dengan selamat ya kak...

    ReplyDelete
  14. Salam kak Hajah Nora...
    Pertama kali mendengar suara.. rasa macam dah kenal lama juga... (orang melaka memang peramah mesra...)
    Maaflah, jadi 'target' untuk bertanya sarapan ketupat dan sambal kelapa....
    Akhirnya saya jumpa di Pasar tani Telok Mas.....

    ReplyDelete
  15. Ummi,
    Bolehlah juga ummi si pari-pari jangan ummi si ikan pari dah.

    Makan ubi zaman Jepun,
    Kalau rindu ,..talipon.

    ReplyDelete
  16. Salam Cg Aida,
    Dah mendarat atas katil pun...

    ReplyDelete
  17. Salam Ummi,
    Maaf juga tak diajak singgah ke rumah niece saya.So, lepas lah rindu kat si ketupat asli Melaka?

    ReplyDelete
  18. To pass some free time I do what you do, flying high but normally without any specific directions. Dimana nampak menarik saya singgah.Selalunya blog 'pendidik' menarik perhatian, apatah lagi 'pesara' yang dah tentu mempunyai banyak pengalaman.
    Salaam hormat kepada Cikgu.

    ReplyDelete
  19. Al-Manar,
    Thanks for dropping by. Me too.I like to read blogs on education. This remind me of my sweet years as a teacher. Salam.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.