Angan-angan si cili padi


Inilah seplastik beg cili padi warna merah menyala
hasil tanaman di laman sendiri
(tapi bukan laman aku, okey)


Bila lihat cili-cili hijau
bila dah masak, tukar merah
berbuah dengan lebatnya



dan ada yang masih berbunga
tumbuh subur di bawah lembaran netting.
setiap pokok di dalam plastik beg hitam,
hati aku suka....
suka lihat tanaman menjadi,
maka timbul satu angan-angan
nak ikut contoh 'petani' cili padi ini,
nak buka 'ladang' cili padi.
(tak lah besar, nanti penat nak jaga)
di sudut tanah lapang di rumah Bukit Cina.
Satu tin susu, RM2.00
Boleh buat business (permintaan tentu banyak)
boleh buat amal kebajikan (kepada sedara mara).
Mereka yang berminat boleh datang, petik sendiri,
sukanya hati
Yang penting buat budi pada tanah, rajin menjaga dengan kasih dan sayang
cukup baja, siraman air dijaga,
maka,
hasilnya lumayan, bu!

Tapi boleh ke aku?
Pasang angan-angan lah Kak!!!
Tanam sendiri, rajin ke?
Siapa nak bantu jaga
bila aku tak ada di Melaka?
Ye tak ye juga!
Semua tu kena ambil kira.
Alahai....
Saje angan-angan si cili padi :)

12 comments:

  1. angan2 tk kena bayar kak....tk pe...
    tanam je ...pehtu masuk pasu, bawak je gi memana....lagi senang...hehe..

    ReplyDelete
  2. Acik,
    Kalau gitu, baik beli aje kat kedai, tak kuasa nak kendong pasu eh!

    ReplyDelete
  3. kak nora..jadikan lah angan2 tu kenyataan..tanam lam polybeg besar je..kat rumah saya cili api ada juga 4 pokok..

    ReplyDelete
  4. Salam Erna,
    Dah cuba tanam. Satu pasu je. Tak menjadi.Nak cuba tanam semula.

    ReplyDelete
  5. salam kak hajah nora...
    masa kecik2 dulu, saya mati2 ingatkan cili hijau ni lain pokoknya dari cili merah... rupa2nya bila saya cuba tanam.. mula2 cili tu warnanya hijau.. kemudian dia berubah jadi merah.. Hmmmm... tak cuba tanam tak tahu...
    Kak Nora cubalah tanam... memang menarik kalau pokok cili api ni menjadi... boleh sedekah...

    ReplyDelete
  6. Salam hajah,
    Ada satu tekateki: Masa kecil, dia hijau, bila tua, dia merah. Apa kah dia? Angan-angan dulu, Hajah. Tapi geram tengok tanaman menjadi!

    ReplyDelete
  7. salam,

    memang syok berangan...sume menjadi.

    hoi! beranganle tu...sapa seseorang...baru tersedo.

    ReplyDelete
  8. Angan-angan si cili padi,
    Berangan dulu sebelum menjadi...
    (simpulan bahasa baharu)

    ReplyDelete
  9. Hjh Nora
    Gunakanlah sistem pengairan & pembajaan automatik yg canggih. Cara hidroponik? Di mana pun tuannya berada, cilinya tak akan kekeringan. Bolehlah menanam lebih banyak pokok. Lebih ramai orang boleh memperolehi manfaatnya. OK, tak? Salam bahagia.
    ps. Ayu rumah baru berpola merah tu!

    ReplyDelete
  10. Salam Cg Ahmad Humairi,
    Bila tersedo, angan-angan jadi impian!

    ReplyDelete
  11. Salam cg Aida,
    Bagus simpulan bahasa baru itu, cg.

    ReplyDelete
  12. Salam Temuk,
    Satu cadangan yang baik. Hidroponik sesuai untuk rumah-rumah tak ada kawasan untuk bercucuk tanam. Lagi pun cara ini, tentu akan menggalakkan nyamuk membiak. Satu lagi, saya terbaca, bahan kimia dari baja akan terus ke akar dan ke daun, tidak di tapis dahulu. Kalau di tanah, bahan kimia baja akan di tapis terlebih dahulu dahulu olej tanah. Kena tanya pakar pertanian kalau macam ini. Eh, jadi ke saya nak tanam cili ni?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.