Salam.
Terbaca dalam mstar hari ini,
Tujuh Lelaki Ditahan Menyamar Sebagai Pelajar
KUALA LUMPUR: Tujuh pemuda yang rindukan alam persekolahan ditahan polis semalam selepas menyamar sebagai pelajar di sebuah sekolah menengah di Taman Melawati di sini.
Kesemuanya yang berumur 20 tahun lengkap berpakaian seragam sekolah termasuk seorang berbaju kurung ditahan ketika leka mengikuti pembelajaran dalam kelas, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan kepada Bernama, di sini pada Selasa.
"Mereka masuk ke sekolah itu kira-kira pukul 7.30 pagi dan menyertai perhimpunan pagi sekolah. Selepas tamat perhimpunan, ketujuh-tujuh bekas pelajar tersebut masuk ke kelas lama masing-masing iaitu kelas mereka ketika Tingkatan Lima sesi 2007," katanya.
Kehadiran 'pelajar baru' di dalam kelas itu disedari guru yang kemudian menghubungi polis.
"Hasil soal siasat, kami mendapati punca mereka menyamar sebagai pelajar sekolah itu atas alasan ingin kembali semula ke alam persekolahan. Mereka duduk dalam kelas dalam keadaan yang sopan tanpa sedikit pun mengganggu sesi pembelajaran," kata Abdul Jalil.
Beliau berkata, ketujuh-tujuh lelaki itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka diambil.
"Kesemua lelaki itu tidak bekerja ataupun belajar. Polis telah memanggil ibu bapa masing-masing sebelum mereka dibebaskan kira-kira pukul 8 malam tadi.
"Polis kini sedang mengumpul maklumat dan masih dalam proses mengambil keterangan daripada guru dan pelajar sekolah itu. Siasatan juga sedang dijalankan sama ada bekas pelajar itu mempunyai niat untuk melakukan jenayah di sekolah berkenaan," kata Abdul Jalil.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh. - BERNAMA
Apalah niat sebenar budak-budak tu? Ada yang sanggup pakai baju kurung!!! Rindu nak sekolah semula? Macam-macam sekarang. Hati-hati ye Pengetua dan Guru besar sekelian.....
Salam Anie...
ReplyDeleteHa! ha!...kelakar le pulak. Sian pulak rasanya dia orang teringin nak sekolah. Tu lah, masa sekolah dulu takmo belajar betul-betul.
Pelik kan?...apasal tak mohon belajar, sekarang ni dah mudah...tempat belajar dok hambat pelajar!
Yan,
ReplyDeleteMemang lucu, dah lebih umur, dah berkumis baru sedar nak masuk sekolah semula. Yang pakai baju kurung mesti yang jambu!
Hjh Nora
ReplyDeleteTak mengapa masuk kelas, jangan rasuk kelas! Hairan juga mereka tak sambung belajar & tak kerja. Kalau curi masuk kuliah kat universiti, terutama kelas-kelas besar, pasti sukar siapa-siapa nak kenal. Itu lagi 'standard'. Tapi janganlah masuk beratur dlm majlis konvokesyen! Salam ceria.
salam,
ReplyDeleteini kes tak mengintai padi antara masak sebelum ia layu-layuan....tak mengintai kelas antara nampak...pastu rindu-rinduan.
Salam Temuk,
ReplyDeleteAgaknya nak main-mainkan pihak sekolah,boleh kenal mereka tak. Tapi saya rindulah majlis konvo berpuluh,puluh,puluh,puluh tahun yang lalu.
Cg Ahmad Humairi,
ReplyDeleteMereka intai melalui jari-jari samada cikgu-cikgu cam mereka tak!
Salam Kak Nora,
ReplyDeletePerasan tak?...komen saya kat atas tu...boleh saya tersilap orang...ha! Akak dah buat template baru macam blog Anie...tu yang bagi salam pun kat Anie. He!...he!...mahap Kak. :-)
Kak hajah nora..
ReplyDeletemasa sekolah dulu, depa selalu ponteng kot.. lepas tu tak berjaya nak kemana-mana...
duduk2 sesama mereka, terasa rindu zaman sekolah... hingga tergamak pakai baju sekolah dan masuk balik sekolah mereka...
kalau seorang yg buat macam tu, bolehlah kata rindu sangat... ini sampai 7 orng... bagus punya pakat....
Yan,
ReplyDeleteSaya pun tak perasan. Arkitek sama, kontraktor sama, jadi rumah semua serupa.Alamat aje lain.
Hajah.
ReplyDeleteAgaknya mereka nak cuba jadi pelakun tak? Mungkin lakunan mereka menjadi, boleh jadi pelakun drama TV.
suh sekolah tak nak...
ReplyDeletetak suh sekolah nakk..
macam macam...
ni semua le kerajaan nak buat kempen katakan Tak Nak....
Salam ummi,
ReplyDeletesuh sekolah, gi
dah gi, tak nak studi.
skrang, menyesali...
tak sedar diri,
gi sekolah, sembunyi-sembunyi
ingat, tak diketahui.
kak nora..saya tau erita tu..bila tengok tv..lepas subuh sebelum pi kerja pagi tadi..
ReplyDeleteterkejut juga..tak terfikir pun boleh buat macamtu..macam macam kan kak nora..
Erna,
ReplyDeleteBetul, budak-budak tu nak buat kacau ke, nak masuk uji bakat 'pilih kasih' agaknya, tengok dulu lakunan berjaya tidak.
Kesian ada, pelik pun ada. Waras ke budak-budak tu? Siap pakai baju kurung lagi. Pakat ramai-ramai pulak tu. Tak terjangkau dek akal memikirkannya. Apapun nasib baik tak ada kejadian yang tidak diingini.
ReplyDeleteSalam Nora,
ReplyDeleteNak kata mereka tu rindu sekolah sampai sanggup menyamar jadi student tak masuk akal. Sebab kalau rindu kat sekolah....datang ajelah ke sekolah bila sekolah adakan majlis-majlis tertentu! Kalau nak kata mereka tu rindu nak belajar balik...gi ajelah mana-mana kolej yang sesuai untuk sambung belajar, paling tidak masuk kolej komuniti!Jadi aku ingat ada maksud yang tersirat ni yang kita tak tahu dan hanya mereka aje yang tahu!Kalau tak masakan sanggup beli baju sekolah !
Harap-harap tak adalah nanti kita dengar cerita mantan pengetua masuk ke sekolah dan duduk di kerusi pengetua ye!
kaknora, salam. kita pun kadanng2 rindu alam sekolah. tu nak sekolah balik le tu.
ReplyDeletejangan menyamar jadi murid tadika dah....kehkeh
Salam Cg Aida,
ReplyDeleteDuduk pula dengan sopan dalam kelas, nasib baik cg peka ada 'murid baru'. Ini mesti nak jadi 'star'
Salam Norbi,
ReplyDeleteKetawa aku baca ayat akhir komen kau. Itu mantan pengetua 'gila talak'.Aku nak tau apa 'yang mereka aje yang tahu'. Kau ingat tak lagi FEC (Further Education Class) kelas malam, satu masa dulu?
Salam Hajah kakpah,
ReplyDeleteNanti budak-budak tadika ketawakan murid terlebih umur tu.
Salam hajah @ Kak Nora,
ReplyDeleteDengar khabar mereka yang ceroboh sekolah lama tu bkn rindukan sekolah tapi nak rakam video untuk upload ke youtube. Apa yang mereka fikir sebenarnya?
Terima kasih,Adry, kerana info. Mesti nak berlakun jadi budak sekolah semula,dah siap heroinnya!
ReplyDeleteSalam kak nora, ada saya terbaca pasal cita ni dalam surat kabar. Tapi 7 orang? semua serentak rindu sekolah? pelik kan?
ReplyDeletePuan Isah,
ReplyDeleteGreat boys think alike, kalau nak buat shooting, mintalah izin daripada pengurusan sekolah terlebih dahulu.