Mari kita bersenam

Salam semua.
Dah agak lama juga saya tak bersenam. Pagi tadi, dalam hujan renyai-renyai, saya gagahkan diri juga join teman-teman di Bukit Baru untuk senaman pagi. Yang leadnya kakak saya, kami follow. Kami buat Senam Tera Indonesia (STI). Kami dah lama melakukan STI ini . Saya aje yang ponteng. Oh ya, 'Tera' berasal dari perkataan 'terapi' bermaksud penyembuhan atau pengubatan. STI merupakan latihan fizik dan mental, menyatukan pergerakan bahagian-bahagian badan dengan teknik dan irama pernafasan melalui pemusatan pemikiran yang dilaksanakan secara teratur, serasi, tepat dan bersinambungan. Senaman ini bagus untuk yang sakit sendi (sakit lutut), masalah pernafasan, dan sangat sesuai sekali untuk sebaya dengan saya. Tak perlu nak lompat-lompat seperti arobik.

Untuk senaman STI ini kita melalui 3 pergerakan:
1. Pergerakan Perengangan (Stretching) : 17 gerakan
2. Pergerakan Persendian (warming up, memanaskan badan dan tumpuan pada sendi-sendi) : 25 gerakan
3. Pergerakan Pernafasan ( 'tai-chi', gentle tai chi, tak ada kick, kick punya) : 20 gerakan.

Ini dia pergerakan 'stretching' untuk melonggarkan otot-otot. Next time kita buat pergerakan 'warming up' pula ye. Terima kasih kepada You Tube, senang dah ada video untuk you all follow. Tapi kami tak buat yang lari setempat, cukup dengan tarik nafas aje. Dan kami buat pergerakan pertama ini tanpa muzik. Kalau ada lagi best, lebih tumpuan dan penghayatan. Oh ye, setiap gerakan, 8 kiraan.

12 comments:

  1. Sebenarnya suka bersenam tapi entah kenapa malas betul nak bersenam. Penyakit lama....

    ReplyDelete
  2. Cg,
    STI ini bagus cg. Buat sebagai senaman pagi sebelum masuk kelas. Cubalah.

    ReplyDelete
  3. Cg Aida,
    Maaf, nak sambung. Lakukan tanpa muzik pun tak mengapa. Kami lakukan tanpa muzik tetapi pergerakan sama. Rasa fresh tau.

    ReplyDelete
  4. salam. wa.. dah pandai letak u tube ar kak hajjah.
    apa2 pun besenam memang dituntut kalau nak badan sehat..
    saya gi joging je..

    ReplyDelete
  5. Salam hajah,
    Saya tak jog, buat brisk walk je..itu pun bila rajin. Selamat beriadah. Nak letak u tube, kena refer catatan, ha, ha, ha...

    ReplyDelete
  6. salam kak nora..saya pun dah lama tak bersenam.sejak cuti sekolah tu..asek gi kenduri..jauh2 pulak tu..kena pi pagi2..tak sempat..nak mula balik tu yang susah kan...

    ReplyDelete
  7. salam,

    bape lama amik mase nak wat STI ni? Nanti abes satu period..x dan ngaja..

    ReplyDelete
  8. Salam Erna,
    Kena juga senaman, Erna. Mula dengan yang ini dulu. Bila bangun pagi, buat latihan stretching, bagus untuk longgarkan otot.

    ReplyDelete
  9. Salam Cg Humairi,
    Tak sampai 1 period, cg. Kalau buat sorang-sorang, ikut muzik, lama 10 min ada. Tapi kalau nak cepat tak sampai 5 min tak selesai.

    ReplyDelete
  10. Cg Humairi,
    Pembetulan: Kalau nak cepat, tak sampai 5 min dah selesai. Kalau buat slow-slow 5 min.

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Nora,

    Wah..best nya.

    Senam untuk kecikkan peha ada tak ?

    hehe.

    ReplyDelete
  12. Senam untuk peha? Balut aje dengan bengkong. he, he, he...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.