Makan malam

Salam,
Dah jam 10.30 malam. Hujan di luar sana dengan kekadang guruh. Tapi taklah lebat sangat. Siang tadi panas.
Okey, untuk dinner sebentar tadi, saya  masak Nasi Goreng Sambal Belacan Cili Padi (kaw-kaw punya) untuk dua orang makan.  Saya guna cili padi yang merah menyala. Cili padi aka cabai melaka, boleh juga cabai rawet, terlebih dulu dibuang bijinya. Ha, nak cepat, saya guna aje jari jemariku......tau-taulah akhirnya kepijauan..panas..... Perencah sayurnya, sayur 'lenggang kangkung'. Bawang tak ada, jadi tumis aje  tumbukan cili dan belacan ke dalam kuali dan masukkan kangkung, nasi. Nak basahkan sikit, titiskan kicap lemak  manis.  Ikan bilis goreng  sebagai hiasan.  Hmmm....Tak lengkap kalau tak ada sup. Tapi bahan nak buat sup tak ada. Nampak ada kiub-kiub Makcik Tom Yam.terselit dalam fridge.Why not.? Janji rasa tom yam. sup tom yam, mari..  Lebur aje kiub ke dalam air didihan, masukkan cik kangkung (kobis ada, tapi si dia tak suka). Kangkung,,,kangkunglah.....tom yam kangkung jadinya.(nasi goreng pun kangkung) Eh, kenapa masam? kata si dia. tom yam, mestilah masam, jawab si saya. Habis juga Tom Yam Kangkung ku. Nasi Goreng pula, pedas sekali. Dah dibuang biji cili padi,  pun pedas lagi?. Dia sukalah. Lawankan dengan air teh panas perasa raspberry manis.   Hmm..lega..Kenyang. Syukur...dengan makan malam , nasi goreng belacan cili padi bersama sup tom yam kangkung, masam sekali. Overall...pedas+masam+manis

Hujan malam belum teduh,
Selamat malam, saya nak tidur.
Harap-harap dia tak berdengkur.

14 comments:

  1. Salam KAK NORA.... moga sihat.

    Menu Kak NORA mula2 baca, macam pelik semacam, tapi last2 saya dapat rasakan, mesti sedap.

    Selamat beradu KAK NORA. Mimpikan saya yerrrrrr....:)

    ReplyDelete
  2. salam hajjah nora,
    makan pedas2 mesti kow punya. janji jangan terkejar ke bilik air, sudah..haha..

    saya ni kalau tak pedas memang makan tak umph.. buat ulam cili api pun jadik.

    ReplyDelete
  3. salam,

    ...macam makan sambal belacan tu....walau pedas sampai berayo bijik mate....masih mahu dimakan jua.

    ReplyDelete
  4. kak hajah nora...
    dalam keadaan darurat begitu... masak pun masih sedap... (air tangan seorang isteri...) Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Nora,

    Ha, dinner for two!...macam tulah bila dah tinggal berduaan. Saya pun semalam masak nasi goreng saja. Saya tak makan pun..temankan dia saja. ;-)

    ReplyDelete
  6. Azie,
    Menu itu menu emergency, simple. Guna apa yang asa. Selalunya kalau akak berdua, beli aje lauk di gerai.

    ReplyDelete
  7. Pak Ji saya macam Hajah. Mesti ada cili api. Kalau tak ada sambal belacan cili api, hiris cili api dengan kicap pun jadi.

    ReplyDelete
  8. Cg Ahamad Humairi,
    Suka punya pasal, sepedas mana pun, makan juga.

    ReplyDelete
  9. Salam hajah rahmah,
    Akak tau masak yang simple-simple aje, slah satunya nasi goreng.

    ReplyDelete
  10. Salam Yan,
    Begitulah Yan, bila berdua, ikut selera dia.

    ReplyDelete
  11. kak nora..pedas memang kesukaan saya..walau pun perut menjerit mintak tolong..

    ReplyDelete
  12. Erna,
    Cari minyak angin nak lega kan perut yang minta tolong.

    ReplyDelete
  13. Salam Hjh Nora
    Bahana cili rawit! Camana mata nak boleh beradu. Dengkur mendengkur takkan berlaku. Hujan di luar juga tak teduh. Sekalipun dingin badan berpeluh.

    Seronoknya makan simple-simple waktu malam. Demi kesihatan.

    ReplyDelete
  14. Salam Temuk,
    Beradu nyenyak,jangan risau, dek pukulan makan simple-simple.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.