Tak ada HW


Boleh main bola!
Salam.
Minggu ini dia ke sekolah dengan girang. Cheerful dan happy sangat. Mengapa? Exam week! What?? Minggu peperiksaan and awak so happy? Saya pun lecture kat dia "Nek lang kalau minggu exam punyalah susah hati. Tak suka exam. Tak suka periksa. Stress tau!"
Apa dia jawab: Tak ada homework. Again the Nek Lang jawab " Buatlah revision...itu homeworknya!'
Tapi dia happy aje, tak buat revision pun. Bila balik dan kita tanya "How was your test?"
Tau apa jawabnya? "Kacang aje!" .Hissh..budak ini masih belum tau kepentingan exam.
Tapi mungkin ini senarionya bila UPSR dan PMR di mansuhkan satu hari nanti. Pelajar-pelajar ke sekolah dengan sukarela, happy..tiada stress exam. Adalah juga 'periksa' tapi yang berasaskan sekolah sahaja tanpa ada major exam. Kemudian barulah boleh cikgu fokus kepada pencapaian pelajar...aktiviti pengkayaan (enrichment) kepada pelajar yang potensi cemerlang dan pemulihan (remedial) kepada yang didapati lemah dalam kemahiran yang ditetapkan. Bukankah ini asas pengajaran dan pembelajaran sepatutnya pada mula KBSR/KBSM di perkenalkan? Kerja-kerja latihan pun ikut pencapaian pelajar. Ada aktiviti belajar sambil bermain (atau bermain sambil belajar?). Cikgu-cikgu pun kreatif mengajar menjadikan kelas lebih segar dan menjadi satu faktor tarikan (pull factor) pelajar ke sekolah. Ada juga penilaian berterusan berasaskan pemerhatian dan penulisan untuk menilai kemajuan pelajar. Tapi tak lah stress seperti yang ada sekarang, masing-masing (sekolah, ibubapa, pelajar) berlumba nak dapat yang terbaik. Pusat tuisyen pun tumbuh macam cendawan. Buku ulangkaji melambak di pasaran. Mungkin kah dengan tiada UPSR, tida PMR (SPM tetap ada!) Falsafah Pendidikan Negara (FPN) akan tercapaI?Apa komen anda?

14 comments:

  1. salam,

    nak risau apa...
    mansuh yang ini nanti ada la kaedah lain yang diujudkan....
    relax r kak nora..

    ReplyDelete
  2. salam kak hjh nora...
    bila takda upsr,pmr murid2 nanti jd lebih malas kerana selama 9 tahun sekolah tak perlu berusaha sungguh2. pencapaian setakat ok saja...
    mcm sekarang, budak cemerlang upsr,pmr akan berusaha lebih gigih untuk lebih berjaya dlm spm.

    ReplyDelete
  3. negara kita terlalu 'exam oriented'

    ReplyDelete
  4. Cg Ahmad Humairi,
    Saya tunggu dan lihat..memang relaks

    ReplyDelete
  5. Salam hjh rahmah,
    Apa-apa pun, sebelum dimansuhkan upsr/pmr, banyak faktor lain pasti diambil kira..mesti win-win situation.

    ReplyDelete
  6. Salam pB,
    Stress pada semua pihak, pentadbir, guru-guru, ibubapa, anak-anak.. Tapi jangan jadi seperti di ada negara-negara maju, ada kes jika tak perform seperti yang diharapkan... pelajar ambil nyawa sendiri!

    ReplyDelete
  7. salam kak nora...
    anak saye pun same mcm tu jugak...
    suke bile tak de exam....tapi semua tu ade buruk dan baiknye ble tiada exam utk UPSR & PMR...mungkin lebih baik...anak2 tak stress dan keburukannye anak2 ambil mudah x perlu buat ulangkaji...kite tunggu jer la...

    ReplyDelete
  8. Salam pn Nora,just drop by. Found your blog interesting.
    Saya pun all for UPSR ditiadakan.What are we churning out from school nowadays-Passive,rote learning pupils.Hope they inject the right elements to make our litte boys/girls more balanced individuals.

    ReplyDelete
  9. Salam Ain,
    Agaknya murid-murid lelaki begitu tak? Playful. Ye, mesti cari jalan tengah..pening-pening. Jangan ada kepentingan masing-masing sudahlah.

    ReplyDelete
  10. Mokjadeandell,
    Thanks for your thoughts on the current issue. I agree with you, more balanced individuals. Are we changing for the better?

    ReplyDelete
  11. salam kak nora..kalau tak de exam yang ditunggu2..mungkin anak2 pun akan belajar dengan santai..kalau tak..dia orang bersungguh2 nak kejar A..nak kumpul banyak A...

    ReplyDelete
  12. Salam Erna,
    Pelajar yang bijak ialah pelajar yang 'all rounder' akademik dan non akademik. IQ baik, EQ pun baik.

    ReplyDelete
  13. masa sekolah dulu kita tak suka exam. bila takde exam, santai. sebab tu form 1 and 2 dan form 4 kita kata honeymoon years. Masa kita dulu drjh 6 takde pereksa kan?
    bila santai ni, kita malas nak pulun belajar. belajar ala-ala kadar.

    risau jugak ni bila nak mansuhkan exam itu ini...

    ReplyDelete
  14. Salam Hajah kakapah,
    Seingat saya masa saya sekolah dulu ada secondary school entrance exam, siapa gagal kena tinggalkan sekolah.No automatic promotion to secondary school. Nak masuk ke sekolah asrama penuh, ada special exam. Tapi tak stress pun.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.