Rasanya ???

Salam.
Tadi makan tengahari di food court T***co. Inilah yang teringin nak makan, dan inilah rasanya...

Saya: Akak nak No 13 (seperti tertera di gambar) ,dik.
Yang dapat, air asam boi pula
Eh, dia salah dengar ke? No 13 ialah jus sour soup (durian belanda) dengan asam boi.
Mana durian belanda nya.
Tak pe, minuman asam boi sedap juga.
Masam-masam manis.


Yang ini looks interesting,
mangkuk hidangan pun comel loteh
Buah-buahan campuran dengan topping ais krim
ada perahan asam limau.
tentu rasanya manis-manis masam berkrim.



Lain kali jangan order ini.
Supposed to be Kuayteow Lakna.
Sangkakan seperti masakan lakna yang selalu saya makan.
Tapi...saya rasa sesudu dua saje...tak sedap..not my taste
Kuah macam heavy aje dengan bancuhan tepung jagung.
Walaupun ada cili jeruk dan kicap pedas, sebagai penyedap, ...tak lalu makan.
Udang pun saya tak sentuh. macam ada sedikit bau.
Tak elok komplen kan pasal makanan, tapi
kalau tekak tak boleh terima...bye, bye
Lakna ku.

Akhirnya, habiskan air..
kenyang juga.

12 comments:

  1. ada satu restoran tu tertulis slogan:

    "rasalah sesuatu yang berbeza"

    slogan tu rasanya sesuai untuk gerai tu !

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Nora,

    Air hijau tu macam rupa jus jambu yang sekarang ni popular di jual kat tepi-tepi jalan. Saya pernah rasa sekali...hemmm...tak le sedap mana, sedap lagi air tebu.

    Bila kita order makan, yang datang tu nampak menarik...bila rasa je...arrrrghh...hampeh... tu la sebabnya saya tak berapa berani nak mencuba restoren sebarangan...selalunya tanya kawan dulu, baru pergi cuba. :-)

    ReplyDelete
  3. Salam al-lavendari,
    Ya, 'taste something different', ya, mungkin boleh tapi ini untuk masakan lakna. Yang lain belum tau. Mungkin juga tukang masaknya, lokal.

    ReplyDelete
  4. Salam Yan,
    Air jambu dengan air tebu, saya suka dua-duanya. Tapi air jambu popular yang Yan maksudkan,ada saya rasa sekali..ah, ah..tak sedap. Kita ni nak cuba-cubalah..kot-kot, bolehlah buat perbandingan. Yan masak apa atau makan di kedai aje?

    ReplyDelete
  5. kak hajah nora...
    Aiskerim dan koktail buah2an tu lebih kurang sama macam jelly dengan koktail buah2an yg pertama kali saya cuba di Jusco Bukit Beruang..(yer ker namanya bukit beruang) 1st Jusco di Melaka...
    Ada perahan limau yg menaikkan rasanya... menjadikannya sedap...
    Mee ladna tu, rupanya pun nampak tak menyelerakan...

    ReplyDelete
  6. kak nora.saya pun sama..kalau dah order..tapi tak menepati selera..memang tak boleh nak makan..tapi..nasib baik la..ada yang tolong abiskan juga..sayang katanya...

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Nora,

    saya suka sangat dengan air limau asam boi.. hari2 pun takpe.


    samalah kak. bila dah tak sedap..nak merungut ..tapi habis jugak..

    ReplyDelete
  8. Hajah Rahmah,
    Betulah tu Bukit Beruang, penduduknya berwang, loaded. Fruit cocktail tu menarik kan?

    ReplyDelete
  9. Salam Erna,
    Dah lah pucat,tak ada tarikan langsung, tapi tukang habisnya tak ada.

    ReplyDelete
  10. Azrina,
    Air asam boi boleh hilang dahaga, kalau dapat air asam boi dengan kedondong, sedap lagi. Kuayteow lakna tinggal begitu sahaja. Membazir. Hu,hu,hu.

    ReplyDelete
  11. salam,

    datang minum ayo buah doyan belande..

    ReplyDelete
  12. salam cg,
    Air buah durian belanda satu!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.