Seloka pantun.

Salam hujung minggu.
Selamat bercuti panjang.
Apa yang ditunggu,
Jom, jalang-jalang (loghat Trengganu 'jalan-jalan')

Sesampai sahaja rombongan Cik Kiah
Di kilang kerongsang yang tersergam.
Dijamu kuih muih berbagai ragam.

Perut lapau (lapar),
tapi ada juga yang tapau?????


(keterangan kuih ikut arah utaran jam)

Pulut panggang berdaun pisang,
badannya lurus tak ada pinggang.

Berbentuk tiga segi, kuih koci,
makanan orang tak ada gigi (betul ke?)

Penuh berdebu si tepung gomak,
kalau gini gaya berbedak,
orang tak hendak!

Terselit pula Vadei (Wadei),
Amah, Ingga porengge? (bahasa Tamil: Mak, nak ke mana?).

Karipap bulat isinya kentang,
Bentuk tembosa raja di Pahang.

Muka hijau talam seri muka,
bawahnya pulut atasnya si manis kaya.

Di tengah-tengah kuih keria,
Donut asli orang kita.


Sambal kelapa isinya si pulut panggang,
Bila makan, hah, ingat orang belakang.

Tepi sana kuih bidaran,
Badannya bulat disalut bijan
Isinya pula kacang hijau bersantan
Atau kelapa parut manis-manisan.


Enaknya makan si kuih koci,
Luarnya tepung, dalamnya inti.
Makanan orang tak ada gigi,
Kunyah ke kanan dan kekiri,
Tak henti-henti.

Seloka berpantun saya cuba,
Pantun dua, empat, lima kerat semuanya ada.
Bukan apa, cuma bergurau senda,
Sayakan anak Melaka oh Melaka.



8 comments:

  1. Kak Hajah Nora,

    Sayakan anak melaka oh melaka
    Baca tak cukup kalau tak rasa
    Kuih semua sedap belaka
    baik dibeli banyak dapat dirasa

    ReplyDelete
  2. Salam Hjh Nora,

    Gerunnya hamba ...
    Bila Tun Fatimah mula menangkis
    Menghunus keris madahnya berbaris
    Mujurlah mengkisahkan kuih pelaris
    Jualan kerongsang peniaga nan manis.

    Pun begitu, perut yang nipis
    Tetap lapau tak dapat secebis!

    ReplyDelete
  3. Salam hajah rahmah,

    Baik dibeli banyak dapat dirasa,
    Jamah satu persatu ikut selera.
    Memang benar semua sedap belaka,
    Kuih seperti itu juga ada di Melaka.

    Apa macam hajah?

    ReplyDelete
  4. Salam Temuk,

    Hamba juga gerun nak jawab pantun tuan pendita,

    Bila Tun Fatimah mula menangkis,
    Hang Jebat pula cuba menepis.
    Kesihan tuan hamba perutnya nipis,
    Teringin rasa kuih secebis,
    Suka tak makan kuih lopis?

    Have a nice weekend!

    ReplyDelete
  5. org tak de gigi ko bg koci kak.... mmg dia carut~

    ha ha.



    .

    ReplyDelete
  6. beli gila-gila baca tan tin tun
    wah sekarang dah berpantun-pantun

    macamana ek kalau makan koci tak de gigi sedangkan pakai gigi palsu pun asek melekat2 hehe..

    ReplyDelete
  7. Salam tM,
    orang tak gigi selera juga dengan kuih koci, lalu kunyah ke kanan dan ke kiri, tak henti-henti.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.