Moyang

Salam semua.
Hari ini hari Ahad. Hari ini saya sefamili hendak ke Shah Alam memenuhi jemputan kahwin kawan sepermainan, masa kecik-kecik dulu. Bukan dia yang nak kahwin tapi anak dia. Menjelang cuti-cuti sekolah dan 'bulan Maulud' kata orang Melaka, sibuklah kita memenuhi 'panggilan' orang. Sebenarnya mula cuti CNY dah mula kenduri kahwin ini. Pagi tadi dah ada jiran sekampung menjemput. Minggu hadapan sepupu di Cheras, 3 minggu lagi anak dara pangkat cucu , pula.

Malam tadi, bimbinglah Iddin, Tahun 2, buat maths exercice. Dia yang serah diri.

Iddin: Cepat Nek Lang. Tuition maths...addition and subtraction...
Saya: Bagus Iddin, rajin. Belajar betul-betul, kalau pandai nanti, dapat kerja bagus, dapat duit banyak, boleh jaga Nek Lang.
Iddin: Bila Iddin kahwin, Nek Lang jadi moyang!!

Wah, Iddin, dah pandang jaaaauuuuuuh ke depan. Ke situ dia, nak kahwin...Kahwin, dapat anak, Nek lang jadi moyang, jaga cicit. Wa kah, kah....Tak larat Nek Lang, Iddin oi...

Alahai cucu Nek Lang..

8 comments:

  1. Ayyoh! Iddin dah pandai fikir kahwin. Ha ha ha!

    Kalau nak singgah Bangi call Lann. He he. In case saja.

    ReplyDelete
  2. salam,

    larat...x larat....kita tempuk jua nanti, insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. salam kak hajah nora,
    anak2 sekarang.. dah jauh fikirnya.. kita dolu2 fikir setakat lepas diri kita jer...

    ReplyDelete
  4. Salam Lann.
    Budak-budak sekarang, Lann.Sorry terlupa Lann di bangi.

    ReplyDelete
  5. Salam En Ahmad,
    InsyaAllah, akan tempoh jua. Harap-harap kita tak ditinggalkan lah.

    ReplyDelete
  6. Salam hajah rahmah,
    Pengaruh persekitaran pun ada juga

    ReplyDelete
  7. saya ni dah jadi moyang... hehe kepada anak cucu sedara.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.