Satu kelainan


Apa hal lah tu????

Salam semua.
Satu kelainan pada majlis perkahwinan yang kami hadir semalam.


Suasana sungguh meriah seperti biasa, khemah ada dalam 10 buah. Ramai jemputan. Maklumlah anak pertama. Ada yang ambil gambar kat kita lah!!!
Apa kes?


Dia ambil gambar Cik Gayah, Cik Limah? Penuh tumpuan nampaknya?
Tengok apa tu?
Pengantin dah sampai!!!!
Dari jauh sudah kedengaran bunyi irama (macam bunyi nyamuk aje)


ooooh....irama Scottish Highlands dari bagpipes..
.

Teringat saya..waktu di sekolah dulu.
Kalau ada acara Scottish dance, Angah dan saya pasti ambil bahagian,
dengan pleated skirt corak kotak-kotak,




Kumpulan bagpipes (seramai 7 orang) mengiringi mempelai.....satu kelainan...
tak ada pukulan kompang....
Belum pernah saya lihat . Mungkin sudah biasa di KL



Pengantin lelaki berpakaian Scottish lengkap. Pengapit pengantin lelaki juga begitu
Yang pengantin perempuan serta pengapit, masih anggun dengan kebaya moden.


Mempelai melangkah perlahan ke dalam rumah untuk acara renjis dan tepung tawar
diringi dengan irama lagu bagpipes.


Tiga mak dara ini tak mau ketinggalan,
dari kiri: Dr Zurina Khalid (Innah, ingat dulu kecik-kecik kita main kahwin-kahwin!)
Mami Siti Zainin (hujung minggu ini sibuklah terima menantu)
and of course Angah (always with her trade mark smile)

Kami pun kembali ke BC,
hujung minggu ini drive semula ke KL,
apa lagi, kenduri kahwin adik sepupu....


6 comments:

  1. semalam tak dapat jumpa....so bila lagiiii

    ReplyDelete
  2. Masa kami nak balik hujanlah Ezza, InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. kak hajah nora,
    satu kelainan yg memang lain dari yang lain...
    kena berani....

    ReplyDelete
  4. er may I ask what clan are these fabulous 7 from? Is it "Ronald Mc donald with the yellow arch" clan ke?

    I wonder whether they are just wearing a kilt only.....like any scots in the kilt.

    ReplyDelete
  5. Wahhh sungguh berbeza..

    perkahwinan campur ker..

    jika bangsa lain tidak kekok pakai songket dan bersanding.. tentu tidak salah jika orang Melayu mencuba pakaian yang lain pula...

    ReplyDelete
  6. Salam Azie,
    Ye perkahwinan 1Malaysia. Betul,Azie, pilihan busana ikut cita rasa masing-masing.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.