Biskut apa ye?

Salam bahagia.

Dah lama betul tak makan biskut ini.
Pagi tadi terjumpa di Aqrab,
keluaran anak tempatan.
Apa namanya, ye?

Biskut tongkat?
Rupanya macam tongkat.
atau
Biskut lutut?
Bentuk lutut manusia.
atau
Biskut tongkol?
Kepalanya ada tongkol
atau
Biskut kampung?
Kegemaran orang kampung.
atau
Biskut keras?
Dia sangat keras
atau
Biskut kering?
Sebab, dia kering!

Apa-apa sekali pun namanya,
biskut ini merupakan roti yang dibakar kering,
keras dan rangup.

Mmmmmppppppp
sedap bila dicelup dalam air kopi panas,
luarnya masih terasa 'crumbly',
tetapi, dalamnya, lembut.

Tak kisahlah...
air kopi susu panas pun boleh.
Nak pula hari itu hujan, waktu petang,
perut lapar,
biskut tongkat menjadi pukulan.



Biskut zaman dahulu

11 comments:

  1. Alang

    saya panggil biskut lutut...dulu masa dalam dalam pantang mak asik bagi makan ni jer...
    Hari tu abang ipar saya balik taiping, sempat gak dia beli banyak..bagi kat satu plastik...lambat benor habis nya...budak2 kata tak sedap!..hahaha

    ReplyDelete
  2. Budak2 sekarang dah tak kenal biskut ni. Saya pun suka. Arwah Ayah dulu2 beli sampai 1 tin (yg besar tin minyak tanah tuuu)

    ada jugak yg dlm plastik uncang besar tu, gantung kat dinding.. hehehe

    cicah dgn kopi.. masa dlm pantang..

    sekarang ni, kat kampung2 jer ada jual, kan?

    tapi kawan saya sorang (lelaki) yg mesti ada stok biskut ni kat umah untuk dia sarapan tiap pagi.. jeles jer sayaaa...!

    ReplyDelete
  3. kak hajah nora,
    saja jer buat teringat kisah masa dolu2...
    sedap sangat kalau cicah dengan air kopi panas ataupun susu panas...
    petang ni nak cari lah...
    nak cicah air susu pekat panas...

    ReplyDelete
  4. nostalgia!

    cicah teh O panas...hmm,budak2 skrg "senyum" bila tgk kita makan!!

    ReplyDelete
  5. Hjh, Kat kg saya dulu ada yg memanggilnya biskut batu! What a name! Tapi, sekeras2 'buku' batu, lembut juga bila kena 'ruas' air kopi panas! Peringkat kita ni tak sanggup dah mengunyah lutut@tongkat tanpa merendamnya. Salam bahagia.

    ReplyDelete
  6. Za,
    Nampaknya biskut ini tahan lama, ye. Celup dalam teh arik pun sodap.

    ReplyDelete
  7. Azie,
    Budak-budak di rumah ni pandang pun tak nak.

    ReplyDelete
  8. Hajah Rahmah,
    Dah jumpa belum biskut ini? Ada dijual ke kat BBB tu?

    ReplyDelete
  9. Salam Hajah Zainab,
    Budak- budak sekarang kenal Starbuck. Cicah-cicah ni dia orang tak main!

    ReplyDelete
  10. Salam Temuk,
    Tahu tak apa, Temuk. Tulah snek kita dulu, kan?

    ReplyDelete
  11. salam. kat kampung kakpah bisni dipanggil biskut keras. memang sedap cicah dengan kopi o panas. pergh!!!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.