Salam semua.
Berzaman saya tidak ke Port Dickson (PD). MsHart dan MrKindHeart telah mengatur satu outing sempena meraikan bessday Angah dan MsHart (kebetulan cuti CYN). Dan tempat retreat ialah PD. MrKindHeart and family dah pernah kunjung tempat ini dan telah plan untuk membawa kami (angah and myself) merasa kenikmatan tinggal di tempat yang eksklusif (bagi kami lah).
Sudah tentu kami membawa supply makanan, belanja secara jimat cermat. Oleh kerana cuti hujung minggu yang panjang, perjalanan ke PD tidak begitu lancar. Trafik panjaaangnya. Banyak 'Sad....ba....ra....(dalam jawi tau)...sabar...sabarin wak...Pantai PD seperti Teluk Kemang penuh dengan manusia. Saya lihat banyak juga resort baru yang didirikan. Ada juga yang terbengkalai. Ada resort lama terbiar, tidak beroperasi lagi.
Kesabaran kami menerja trafik berbalas apabila sampai di tempat ini, hanya untuk 1 hari 1 malam. (Belum mampu nak duduk lebih lama lagi)..
Oh, ke perkampungan rumah atas air.
Masa kami sampai, air surut.
Waktu imej dirakam air mulai pasang..Rumah-rumah dua tingkat,
aman dan indah. Tentu waktu malam boleh kedengaran deseran ombak!!
Bilik kami ditingkat bawah
Tak sabar nak lompat atas katil yang empok, tidur di bawah selimut gebu
dihiasi 'marbled lampshade '
Tak sabar nak duduk-duduk, makan-makan tepi kolam renang,
nak mandi di bawah shower
( selepas berenang lah)
Tak sabar nak mandi berenang (atau rendam) dalam kolam,
setiap bilik ada kolam renangnya sendiri.
No problem kan?
Setinggi-tinggi terima kasih, MrKindheart n Mshart,
rasa macam tak puaslah duduk kejap aje,
(tapi bila mendengar sewaan satu malam, kecut perut)
nak mimpilah menjadi 'top ten orang terkaya di Malaysia'
Bagi kami, tempat ini memang eksklusif...
-tunggu seterusnya.
alahai ....
ReplyDeletebest nya jenjalan alang semua, lain kali kabar kabar lah bila nak pergi, boleh kita join sama....alang dan angah ada tak berendam dalam kolam tu
Tumpang lalu jap ye Alang pasal nak jawab soalan dak Ezza tu :
ReplyDeleteEzza,
Walaupun sungguh mengancam kolam renang yang besar dalam bilik tu, Angah cecah kaki je jap sebab tak tahan sejuk! Camno Alang boleh tahan berminit-minit lamanya berendam sakan ngan budak-budak tu, haiyah . . Lu pikirlah sendiri, Ezza!
Terima kasih Alang, beri tumpang.
nampak menarik. boleh mancing tak..
ReplyDeletesalam kak hajah nora,
ReplyDeletenampak bestlah legend hotel ni... kami selalunya ke avillion sebab nampak lebih redup... tp dgn swimming pool sendiri dlm bilik, best lg legend... insya'allah, nak cuba lah nanti....
salam kak hajah nora,
ReplyDeletenampak bestlah legend hotel ni... kami selalunya ke avillion sebab nampak lebih redup... tp dgn swimming pool sendiri dlm bilik, best lg legend... insya'allah, nak cuba lah nanti....
Salam Ezzah,
ReplyDeleteAlang berendam macam puteri berendam, tak kira sejuuuk, bila lagi nak berendam in private pool.
Salam hajah,
ReplyDeleteNampak ada joran untuk disewa. Boleh agaknya.Tapi tak nampak ikan pun.
Salam hajah Rahmah,
ReplyDeleteYes, hajah and family mesti pergi tempat ini.Sure anak-anak gembira.
Lalulah Angah, banyak kali pun no hal punya.Cool Nek Ngah. Happy Birthday.
ReplyDeletebest nyer....banje acik duk situ kak.....
ReplyDeletetk sabar tunggu bln 3...family day kat PD...yeahaaaaaaaaa...PD...here we come......
salam hajah,
ReplyDeletecantiknya tempat penginapan tu..
Dear Acik,
ReplyDeleteAcik tentu suka tempat ini sebab boleh renang-renang tanpa segan silu.
Salam hajah zainab,
ReplyDeleteHajah tentu suka tempat ini.
salam kak nora..
ReplyDeletetempat baru ke ni..sangat2 berminat sebab ada swimming pool sendiri..teringin jugak..tapi mampu ke..
Salam Erna,
ReplyDeleteAda swimming pool sendiri. itu yang mahal. Tak apa erna, simpan sikit-sikit, lama-lama dapat pergi juga. InsyaAllah.