Apam balik

Salam.
kali ini nak cerita pasal sejenis kuih,
Apam Balik namanya.
:
:
Yang saya tahulah,
kuih apam ini di kalangan kami
namanya
'apam m'kabau' (Apam Minangkabau).
Mengapa ye?
Asalnya, orang dari tanah seberang khasnya dari daerah Minangkabau, Sumatra
telah bawa bersama mereka resepi kuih ini apabila mereka hijrah ke sini.
Saya masih ingat lagi pembuat Apam M'kabau ini
Ye lah, komuniti kami....
Antara nama yang tinggal kenangan
Pak Muncak, Pak Beringin, Pak Sutan Mudo
(Kini arwah , Al-Fatihah)
Saya ingat lagi bagaimana mereka memukul dan memutarkan seikat rotan
ke dalam bancuhan apam yang telah dibancuh dalam baldi besar.
Putar, putar, putar sampai bancuhan menjadi putih, kembang dan ringan.
Semua gunakan tenaga.



Kemudian, acuannya (kuali leper, lebar, bulat) dihangatkan,
disapu minyak majerin, bila panas
di tebarkan sesenduk bahan bancuhan ke dalam kuali,
diratakan, ditabur gula , kacang tumbuk, kismis
Bila dah masak (kekuning-kuningan)
apam tadi dilipat.
Disapu merjerin lagi di permukaan (supaya kelihatan kilat)
Dulu saiz kuih in besar dan agak tebal,
Sekarang, comel-comel dan nipis.
Dulu tak ada apam balik perasa pisang, jagung, strawberi
Sekarang macam-macam ada, yang nipis macam kertas pun ada.
:
:
Di mana selalu mereka menjual?
Di pesta-pesta
(dahulu di Pesta Mandi Safar: di Tanjung Kling, di puncak Bukit Gedung)
di gerai-gerai atau di pasar.


Saya suka kuih ini,
kalau boleh, yang manis dengan taburan gula, kacang tumbuk dan jagung.
Sedap dimakan kalau ia masih panas,
ooooo rasa gula cair dan kacang serta jagung (yang berkrim)
sedaaaapp..... nya.
Kalau salah bacuhannya atau salah ramuannya,
bila sejuk, ia menjadi kejang dan keras
seperti kuih Apam Balik saya beli
di Pasar Sentral Ahad lalu.
Mungkin bukan resepi asli.




15 comments:

  1. dah tukar wajah rumah ni..

    apam balik is my peberet too..

    nora, kpah nak balik melaka raya cina ni. ada peluang nak jumpa?

    ReplyDelete
  2. terliur pulak tgk apam balik ni...nampaknya petang nanti kena gi carilah!!

    ReplyDelete
  3. Ini kuih yang tiap minggu pasar malam, mesti beli.. makan sebagai alas perut sbb dinner ready..

    Saya dengar ada Apam Balik Pulut Hitam... belum pernah rasa, tapi rasa nak pi cari...

    ReplyDelete
  4. Salam hajah,
    Nanti saya inform hajah sebab ura-ura dah ada program dengan famili.



    Salam Hajah Zainab,
    Kalau di Kuantan saya selalu beli di gerai kat luar pasar besar. Waktu, petang. Satu masa dulu, Wak Sufian yang famous. Sekarang ada orang lain, sedap juga.



    Salam Ezza,
    Okey, samo-samo kito yo.



    Salam Azie,
    Kuih ini boleh mengenyangkan. Saya belum jumpa kuih apam pulut hiam. tapi kuih apam balik jepun adalah. Bulat kecil, isinya kacang merah.

    ReplyDelete
  5. Hari ni hari Selasa. ada pasar malam kat Bangi. kejap lagi pergi cari.

    ReplyDelete
  6. salam kak nora,
    sudah sudah kita nak makanan yang sama resepi/rasa macam dulu... ramai peniaga suka buat 'shortcut' itulah sebabnya rasa tak sama walaupun rupanya serupa.....

    ReplyDelete
  7. saya juga suka apam balik..tapi yang inti pulut hitam..sedap..

    ReplyDelete
  8. Salam Lan,
    Apa khabar? Lan pun suka ke kuih ini?



    Salam Haja Rahmah,
    Serupa tapi tak sama, betul tak?



    Salam Erna,
    Eh, ada yang inti pulut hitam? Itu namanya inovatif dan kreatif. Yang asli sudah hilang!

    ReplyDelete
  9. Hjh Nora
    Hairan juga ye, bukan apam dipanggil apam. Masak tak dibalik, dah masak malah dilipat. Dari mana nama apam balik kuih Minang ni ye? Pernah dengar orang keturunan Kampar (Sumatera) kata, namanya apam balik kerana kuih merep apam & dibeli utk dibawa balik. Apa pun, benda tu enak! Salam bahagia.

    ReplyDelete
  10. Hello Kak Nora, this is one of my favourite cakes, agak2 4 pieces boleh jalan, ha ha, with iced coffee, sedap tu.
    Ada lagi ke? Ha ha.
    You have a nice day and keep a song in your heart, best regards, Lee.

    ReplyDelete
  11. Salam Temuk,
    Macam-macam laj Temuk ni. Mungkin asalnya seperti apa yang Temuk nyatakan. Mungkin juga: Bancuhan apam di biarkan kembang dulu. Sebab itu ia kembang dan tembam (naik), so 'apam'. Ia 'balik' sebab ia di'lipatkan'kan. "Baliek'kan kecek orang Minag. Apa-apalah, asalkan ia betul dimasak, sedap dimakan.

    ReplyDelete
  12. Dear Uncle,
    Sesekali Uncle singgah, boleh saya belanja kuih special ni. You too, have a nice day.

    ReplyDelete
  13. Hjh Nora
    Oh gitu ke? Kot pndangan hamba, AB (apam balik) tu tak setembam apam yg biasa. Kot dibalikkan (terbalikkan), yg sebelah ada kacang, gula, etc tu pun akan sama garing. Layaklah dipanggil AB. Orang Minang agaknya tahu, kot disebut apam lipat itu juga bermaksud AB. Maaf sangat ye ... panjang pula cerita istilah ni. TQ, anyway. Foto & rasa AB tetap menawan! Salam .

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.