Pengat Pisang

Salam Maulidulrasul....
Cuti lagi esok ye...
Hari ini, Khamis, saya buat double posting. Datanglah rajin akak ni.....Sebab pisang raja dah 'bertakhta' macam minta dikorbankan. Kalau tunggu esok lusa......tau-tau lah kan?
Jadi untuk minum petang (selalu tak ada pun tea time, ikut suka awak nak minum apa dan bila :=(... saya buatlah Pengat Pisang.

Bahan-bahan
6-8 biji pisang raja
1 kotak santan (mana-mana brand boleh aje, tanpa kolestrol)
2 1/2 sudu makan gula merah (kok nak manis 8 paras sdm boleh)
1 helai daun pandan
sedikit sagu biji direndam dengan air panas.
sedikit garam (optional)

(Perhatian: kalau ikut resepi kesihatan, ganti santan dengan susu tepung skim 6 paras sdm dibancuh dengan 1 cawan air masak). Saya suka yang ori...

Cara memasak:
1. Kupas dan potong 3/4" (masih ikut 'inci") atau setebal yang dikehendaki.
2. Masukkan santan/susu, pisang, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Biarkan hingga mendidih sambil dikacau perlahan-lahan.
3. Masak hingga pisang empuk.
4. Kuah (kata Iddin "soup") hendaklah sentiasa dikacau perlahan memastikan ia tidak menjadi berkepng-keping.
5.Jangan lupa sagu biji (ada orang lata "sagu mata ikan")
6. Hidang panas atau sejuk.


Pingat Pisang lemak kurang manis

Mudah dan cepat :=)

10 comments:

  1. pengat pisang,
    bila dipandang,
    lapar menyerang,
    air dijerang,
    manis berkurang,
    namun hati lapang,
    bila dah kenyang..

    salam maulidurasul.

    ReplyDelete
  2. Salam KAK NORA.. wahh rajin nyer..
    sedap jer nampak Pengat Pisang tu..
    tapi saya memang tak makan pengat pisang. Kalu pisang mentah, saya makan. Tak tau naper.. Tak berapa minat...
    Selamat bercuti Kak Nora..
    Salam Maulidur Rasul...

    ReplyDelete
  3. wow pengat pisang...
    sedapppp..
    kaknora, kita pegi water chalet kat pd. pegi duaorang je sambut aniversari. thanks to you sebab bagi idea. tapi tak ameklah yang ada swimming pool tu.
    nanti nak ajak anak2 plak. diorang tu dah teruja je nak pegi berndam dalam swimming pool.

    ReplyDelete
  4. Salam Cg Humari,

    Ingat seloka kanak-kanak:

    Cap-cal tali kecapi,
    Kenyang perut suka hati.

    ReplyDelete
  5. Salam Azie,
    Saya pun makan sikit-sikit aje. macam Azie juga, suka makan yang mentah.

    ReplyDelete
  6. Salam hajah,
    Wow, pak ji dan mak ji romantik je, honeymoon gitu....

    ReplyDelete
  7. salam hajah,

    Tukang masak pengat pisang, sira pisang saya = suami!! kalau bulan puasa tu lah keje dia! ;)))

    ReplyDelete
  8. salam hajah,

    Tukang masak pengat pisang, sira pisang saya = suami!! kalau bulan puasa tu lah keje dia! ;)))

    ReplyDelete
  9. Salam Hjh Nora
    Cute hidangan pengat dlm mangkuk anggun tu. Eh, kat Melaka/Pahang, yg tu namanya pisang Raja, ye? Betul ke ada yg daftarkan namanya sebagai pisang kapas @ kapuk?

    ReplyDelete
  10. Temuk,
    Terima kasih. Tak pelah, Raja ke , kapas ke, kapuk ke, pisang juga kan? Tak boleh main-main tau dengan pakar pisang ni.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.