Suka-suka Cik Kiah

Salam bahagia.

Kali ni saya nak berpantun,
Tersilap teknik, harap diampun.

Pagi-pagi memancing ikan,
Pancing ikan dengan joran.
Rombongan Cik Kiah ke Pontian,
Kilang kerongsang jadi sasaran.

Perjalanan bermula jam 8 pagi,
Terhoyong hayang kami dalam kenderaan.
Bila sampai, amboi, sukanya hati,
Melihat sinar kilauan berbagai perhiasan.




Loket, cincin, kerongsang, gelang,
Cantik ukiran ilham baru.
Terbuka mata Cik Kiah ku sayang,
Mulalah hati tak menentu.



Tengok yang ini, tak, ambil yang itu,
Ke sini sikit, bukan... yang depan, cantik.
Beli RM100, 'offer'nya satu,
Lagi tergoda hati terdetik.

Pegawai pengurus sukanya hati,
Melihat Cik Kiah membuat pilihan.
Pembantu kedai mesra sekali,
Jadi kak beli, buat kenangan?




Perjalanan pulang hampir petang,
Kukup, bilis, Air Hitam, sayur keladi.
Matlamat tercapai, hati pun girang,
Bila Cik Kiah nak outing lagi?

(Boleh diterima pantun saya?)

14 comments:

  1. Wahhh.. rombongan Cik KIAH...


    berjalan-jalan menghibur hati,
    ke Batu Pahat impian dicari,
    pantun yang indah tidak terperi,
    pasti diterima dengan senang hati.

    KAK NORA, selamat kembali..

    ReplyDelete
  2. kak hajah nora,

    mari membeli lepat penganan
    penganan dibuat dengan tangan
    pantun puan cantik susunan
    boleh cerita macam karangan

    ReplyDelete
  3. Salam Azie,

    pantun yang indah tidak terperi,
    pasti diterima dengan senang hati.
    terima kasih, ya, dek azie,
    hati kakak senang sekali.

    ReplyDelete
  4. Saklm hajah rahmah,

    pantun puan cantik susunan,
    boleh cerita macam karangan.
    terima kasih kakak ucapkan,
    ya hajah rahmah yang lembut menawan.

    ReplyDelete
  5. Eh, eh . . pantun-mantun ye! Nak lah juga tumpang semangkuk :-

    Adik Sapiah Adik Azlan,
    Kedua-duanya adik Mawi.
    Wahai Cik Kiah jom jalan,
    Kita pi Langkawi?

    Kah3.

    Ketua Rombongan Cik Kiah
    Bukit Baru, Melaka.

    ReplyDelete
  6. waa... ini betul2 rombongan cik kiah ni.
    banyak borong?

    ReplyDelete
  7. Hjh Nora
    Wow! Entri kali ni boleh juga ditajukkan Pantun Membeli Sakan! Bait-bait pantunnya hebat, outing membelibelahnya dahsyat. Kalau sampai Langkawi outingnya, mesti akan keluar pantun 3, 4, 5 atau lebih kerat. Tak main pantun yg 2 kerat! Salam bahagia.

    ReplyDelete
  8. Salam Cik Kiah,

    wahai cik kiah jom jalan,
    Kita pi langkawi.
    Rombongan cik kiah punya jemputan,
    Mesti ikut, kalau tak, rugi.

    ReplyDelete
  9. Salam hajah Pah,
    Cik kiah, cik menah, cik patimah suka pergi jalan-jalan, bukannya borong sakan, nanti kosong pula showroom kilang kerongsang tu.

    ReplyDelete
  10. Salam Temuk ,

    Rombongan Cik Kiah empat puluh empat,
    Outing membeli semestinya dasyat.
    Cukuplah dengan pantun empat kerat,
    Pantun dua, tiga kerat belum dapat.

    ReplyDelete
  11. Salam hajah Zainab,
    Sekali sekala hajah, jalan-jalan dengan seangkatan...seronok tau!

    ReplyDelete
  12. salam kak nora..

    kina nak tanya lah. ada x pertua mcm ner nak hilangkan panas dalam?
    anak kina selalu kena dmm panas dlm.mlm je dia dmm. siang dia ok.

    ReplyDelete
  13. Salam Cik Kina,
    Maaflah, akak tak tau. Cuba adik cari kat google, mungkin ada atau buat posting minta bantuan kawan-kawan siber yang lain.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.