Mendung berlalu

Semalam (orang belah utara kata 'kelmarin') cuaca mendung di melaka. Hujan malamnya. Tanah lembab. Pokok-pokok dan rumput tak perlu di 'mandi' hari ini (Jumaat)
Dalam menjenguk tanya khabar tanaman yang ada, saya lihat ati-ati sudah mula meninggi..ada yang berbunga. Eloklah saya  pangkas supaya dapat daun-daun baru.


Sebenarnya saya tertarik dengan ati-ati.Warna  daunnya yang bertentangan, kombinasi daun hijau, kuning, kemerahan, keputihan cantik dan menceriakan. Ati-ati..pokok hiasan yang menarik.


Lalu saya kerat/pangkas/cantas batang-batang yang tinggi khasnya yang sudah berbunga, basahkan bahagian keratan, cucuk pada serbuk penggalak akar, tanam semula. Ati-ati mudah ditanam tapi kena berhati-hati jangan terlebih air, jangan terlalu dedah pada panas matahari.


Lihat, ati-ati ku sudah kemas.


Nampaknya perlu 'rumah' baru untuk ati-ati.....

Aktiviti kedua.....jom ke dapur..dah lama tak masak. Teringin nak makan sambal tumis ikan bilis. Ada lebihan bawang besar . Ambil dua biji dan hiris kasar. Blend sikit bawang besar (bawang kecil dah lupus), dua ulas bawang putih, sikit belacan. Tumis bahan yang tekah diblend bersama hirisan bawang besar. Dah sedap bau, masukkan cili kisar. Masak sampai pecah minyak. Masukkan ikan bilis, gula dan garam. Last, masukkan air asam jawa dan sedikt air. Rasalah masin, manis, masam......

Hai, termasin pula. Terlebih garam.
Sekarang buat adunan cekodok.Buat adunan sikit aje..
Kemudian...

Tukar program.. Adunan cekodok simpan dulu. Sambal tumis masin simpan juga. Esok boleh repair. Sebab? Nak makan Mee Sup  dan Satay di Warung Awi di Bukit Piatu.

Untuk sarapan ringan pagi tadi (Sabtu)
Apa kata masukkan hirisan ubi kentang, mungkin boleh mengurangkan rasa masin sambal tumis. Okey sekarang boleh makan dengan cekodok.....



Tengahari nanti nak ke jamuan kenduri kahwin di Pringgit Jaya.....
Hooray...tak payah masak!!!!

11 comments:

  1. Alang
    cara saya buat sambal tumis...

    blend semua cili dan bawang besar,masuk kan sedikit belacan..tumis kan dan bila mendidih,masuk kan ikan bilis yang telah di cuci. Renih kan dengan api yang pelahan. kacau jangan biar hangus....
    Bila agak kering rasa lah garam nya(jangan bubuh garam dulu sebab ikan bilis memang masin) kalau kurang baru tambah, masuk kan gula bagi seimbang....

    kalau cili masih belum masak sempurna..tambah kan air panas...biar dia masak dulu...tak payah bubuh air asam jawa...tapi kalau nak bubuh..buar cair cair saja. Potong bawang besar dan masik kan dalam sambal....ini cara saya...cuba lah...

    ReplyDelete
  2. Thank you, thank you, Ezza....tak payah bubuh air asam jawa ye? Sebenarnya jenis sambal tumis bergantung kepada dengan apa kita nak makan, betul tak? Dengan ketupat ke, dengan nasi ke, dengan cekodok ke, buat inti 'burger bodoh' ke. Nanti alang nak cubalah cara Ezzah...terima kasih kerana sharing....:D, sayang Ezzah!!mu...ah....

    ReplyDelete
  3. Amboi berhooray nak gi kenduri yea..he he he

    ReplyDelete
  4. Assallamualaikum kak Nora,

    Saya akan ke Melaka kerana ada reunion geng MPPM 78/79. Kami akan berkampung di Rumah Puspanita yang dekat Meridian. Kalau Kak Nora ada masa lapang, jemputlah, malam esok..13/3 malamnya. hari 143/2011 pagi kami akan melawat MPPM. semua masih ingat kak Nora..

    ReplyDelete
  5. error- hari 14/3/2011 Isnin.

    ReplyDelete
  6. horrayyyyy...cuti seminggu....tapi gi gak sekolah - sekali sekala - tengok keadaan @ spotcheck cikgu2 buat kelas tambahan F3 & F5...dok perati jugak rumah kak ni...masih tak perasan lagi!

    ReplyDelete
  7. Nadz,
    Rumah Puspanita dekat Pringgit, jauh daripada Meridian. Selamat berkumpul, ye

    ReplyDelete
  8. SAK,
    Perati betul-betul, trafik cuti sekolah tak lebat.

    ReplyDelete
  9. Terliur tengok sambal tumis tu. Laparlah pulak. Cicah cekodok memang syiok...

    ReplyDelete
  10. Apa kata kita lawankan dengan ketupat, Aidah? Di Melaka sebiji ketupat daun kelapa sudah naik harga.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.