Segar lagi

Dah lewat malam...11.30 mlm.
Belum nak tidur.
Belum mengantuk.
Layan TV,  boring!
Tiada rancangan yang menarik, entah apa-apa entah!!
Beralih ke tenet
 Tuk, tuk kat keyboard, singgah sana sini...............
Jalan-jalan, baca coretan, cacatan, nukilan di alam maya
termasuk yang tak pernah singgah .

Mengapa ye  masih segar lagi?

 Tadi dinner di warung Pak Haji Omar
Warung Asam Pedas Malinja
(hai asam pedas lagi?)
Tak ,tak makan nasi bersama asam pedas, tetapi
order Mee Goreng Basah bersama teh O suam
Sedap....:D

Minum air teh?....
kalau minum air teh..
......teh O ke, teh tarik ke, teh susu ke, teh limau ke....
(sekarang ada teh laici)
baik panas , suam atau sejuk
menjelang malam......
buat saya susah nak tidur!

Nampaknya, layan  radio I*K*I*M fm aje lah,
Anda tahu 'kan apa yang disiarkan ketika larut malam gini?
Santapan rohani, sungguh syahdu
Boleh melayan mata....

Dah lewat malam ni..
Masih segar lagi..
bacaan ayat-ayat suci menjadi teman.



teh oh teh...




ps. teringat seorang sahabat Ipoh mari...W*n Teh ...apa khabar? di mana gerangan?

6 comments:

  1. kak hajah nora....
    warung asam pedas malinja tu dimana ya...
    mcm pernah baca dari kereta...
    tp tak ingat kat mana...
    balik melaka nanti nak cuba mee goreng dia dan asam pedas melaka....

    ReplyDelete
  2. Hajah rahmah,
    Gerai makan asam pedas malinja letaknya di kawasan Hotel Straits Meridian. Hampir dengan Pasaraya Keluarga Ku, ada dua gerai famous kat situ, warung ini letaknya di bahagian belakang sikit. Mula berniaga jama 6.00 ptg,Tutup pada hari isnin i.e. malam selasa. Suami akak suka tempat ini, senang parkir, layanan pun bagus. Dia juga ada roti terbang!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,

    sempat jugak mengeteh samabil baca Al Quran.

    ReplyDelete
  4. Salam kembali kepada cg,
    Saya tak menge'teh' tapi cuba melelapkan mata sambil mendengar ayat-ayat suci. Selamat bercuti cikgu.

    ReplyDelete
  5. Bila larut malam tara kuca tara kuca

    ReplyDelete
  6. Aida,
    Oh macam Saturday Night Fever aje oooops 'Demam Malam Sabtu'!

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.