Penatnya menunggu


Di Terminal Darul Makmur. Terminal ini untuk perkhidmatan bas ke luar negeri. Mengapalah tak ada kerusi ke, bangku ke, untuk penumpang-penumpang duduk sambil menunggu bas.ke destinasi masing-masing. Tak ada juga tempat pemijak atau tangga untuk melangkah ke pintu bas. Kalau orang muda tak ada masalah. Yang sakit lutut bagaimana?
 Tak user friendly betul. Memang ada tempat menunggu tetapi di tingkat atas. Nak naik turun guna tangga pula tu! Lif? Kurang periksa.

Terminal di Segamat. Bukan kah bagus begini?

10 comments:

  1. ish.. ade ke pulak takde bangku.. tak user friendly langsung!
    do lodge a complaint aunty. minta2 pihak berwajib buat sesuatu.

    ReplyDelete
  2. Dieya,
    Aunty rasa-rasa macam tu...or better move to a bigger place. Have you seen Melaka Sentral. Very user friendly.,,aircond lagi!

    ReplyDelete
  3. sepatutnya lah ada tempat nk duduk melepaskan lelah sikit....saper perancang bandar ni gaknya.

    ReplyDelete
  4. As salam hajah,
    Ada tmpt lain yg lagi teruk jika dibandingkn dgn yg kat sini. Tunggu bas express utk ke destinasi hnyalah di kaki lima kedai. Tanpa bangku atau kerusi utk duduk menunggu. Pelan rekabentuk terminal yg dlm foto ni mmg tak mesra pengguna, hnya mesra bas saja..hehe..

    ReplyDelete
  5. Acik,
    Sebenarnya tempat menunggu di tingkat atas bangunan, Bila pengumuman dibuat bas ke destinasi tertentu dah tiba, di platform mana, penumpang dijangkakan turun ke tingkat bawah. Tak ke susah tu nak naik kemudian turun tangga. Jadi penumpang-penumpang termasuk akak lebih suka tunggu di basement. Oleh itu kenalah berdiri atau tenggek kat benteng sambil juntai-juntai kaki. Itulah kisahnya, Acik!

    ReplyDelete
  6. En Adry,
    Mungkin penumpang tersebut 'pick up passenger' bas ambil dalam perjalanan ke destinasi, on the way. Penumpang berkenaan tak mau ke terminal bas, jadi tunggulah di kaki lima kedai.

    ReplyDelete
  7. tak patut.. tak patut.. kena komplen ni..

    ReplyDelete
  8. dah banyak dah terminal yang ada kemudahan tempat duduk..

    ReplyDelete
  9. Hajah,
    Mungkin dah ada komplen, tapi belum ada tindakan atau buat tak tahu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.