Kuantan-Melaka

  Perjalanan bas dari Kuantan ke Segamat melalui Bandar Muazam Shah mengambil masa kurang lebih 2 1/5 jam.  Berhenti 5 minit di BMS untuk mengambil penumpang dan ke 'bilik rihat'.
Pilihan saya

Duduk dalam bas. Aduhai....kejangnya kaki. Sakit lutut kiri terasa. Rasa 'berdetup detap'.
Sampai Segamat....


 'rihat' di Terminal Segamat. 20 minit. Saya ambil peluang berjalan-jalan untuk 'rihat'kan kaki. Bila nak berdiri, kena slow-slow dulu....'detup detap'...bila mula berjalan...okey pulak, hilang sakit. Oh, lutut kena greasing nampaknya. Jom ambil gambar sekitar bangunan terminal.

Megah!
Ada bazaar di tingkat bawah..tingkat atas, kaunter tiket
Tunggu bas sambil cuci-cuci mata. Ada jual kuih pau panas.

Terasa lapar pula. Rasa nak makan kuih pau kacang merah panas. Adik kuih pau perlu wang kecil.. Mujur ada. Dah makan pau, nak minum pula.  Wang kecil (duit kecik) dah tak ada. Duit besar saya tak laku di gerai jual air dan roti. " Tak ada duit kecik, makcik". Ada pula berniaga begitu!

Dari Segamat ke Melaka...lagi 2 jam. Bosannya. Adik stdudent  di sebelah saya pesan "Makcik, nanti sampai Tol Air Kroh, kejutkan saya kalau saya tertidur" Eh, kalau sama-sama tertidur, macam mana?

Setelah tol Air Kroh ke Melaka Sentral, hala kamera ke luar tingkap....

Tanaman rumpun pokok bulu sepanjang jalan
Masjid cantik dekat Batu Berendam
Dah nak sampai dah....belok ke kanan ye. Akan seberang sebahagian Sungai Melaka sebelum sampai ke Terminal Bas Melaka Sentral

 8.45 pagi hingga 2.00  ptg...5 1/4 jam dalam bas....Kuantan-Melaka...

Lenguhnya....

2 comments:

  1. Hjh
    Kot bawa kereta sendiri, kaki bekerja sepanjang masa. Takut mata pula terlelap, walau kaki tak berdetup detap.

    ReplyDelete
  2. Salam Temuk,
    Rihat-rihat dalam bas, umur sebegini, faham-faham saje lah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.