@ Parit Jawa

Pagi Ahad yang lalu, kami ke BP, balik kampung JY .
Dalam perjalanan, SIL sms'd.
"Singgah di Parit Jawa, kita breakfast di sana.
SIL dan suami dari Parit Besar memang ke pasar di 'PJ' setiap hujung minggu. Katanya ikan segar!
Jam 10.30 pagi kami sampai di 'PJ' . SIL dan suami sudah menunggu. Dan sure enough..sarapan pagi/lunch dengan set asam pedas. Pagi lagi dah makan nasi....pergh...kenyang


Ada juga tapai ubi...tapi saya tak gemar

Tak sama rasa asam pedas yang disediakan dengan melaka punya. Asam pedas melaka ada daun limau purut. Tak  ada pun daun kesum dalam masakan ini (asam pedas Johor ada daun kesum kan?)
Tapi yang menarik tempat ini ialah pemandangan nya.Bot-bot nelayan berderet 'parkir' di tepi sungai. Sayang saya tak bawa my faithful camera. Tangkap lah pemandangan yang indah ini dengan handphone saje.



Di rumah JY di BP sekali lagi kami dapat rasa masak asam johor.Kali ini di rumah another SIL..barulah terasa sedapnya..ada rasa daun kesum....kata JY sedap. Tak pula saya ambil gambar masakan asam pedas Lin (nama SIL) sebab serupa aje rupanya, rasa ada lain.

PS. Sebenarnya pada hari Ahad tersebut, saya breakfast di melaka dengan nasi lemak bungkus. Tiba di 'PJ', makan nasi sepinggan. Sampai di BP makan tengah hari..nasi putih lagi Malam, makan malam..nasi putih dengan asam pedas Mak Lin.
Syukur dengan rezeki yang diberi.....

8 comments:

  1. Syukur rezeki.

    Memang Asam Pedas ni lain negeri lain cara masak. Apapun saya suka yang Melaka juga, sebab ada tu masukkan kerisik dalam Asam Pedas. Pekat!

    perhhhh!

    ReplyDelete
  2. sebagau blogger tegar,camera itu ada lah kemestian..tak boleh tak bawak..hahhaa

    Pada saya, Asam pedas ni yang paling sedap ialah Yang made in Melaka....

    ReplyDelete
  3. Azie,
    Akak suka masak asam melaka yang pekat..best!!

    ReplyDelete
  4. Zah,
    Kalau yang made in melaka tu, di mana ye?

    ReplyDelete
  5. As-Salam Hjh Nora
    Besarnya ikan asampedas tu. Juga banyaknya tapai ubi! Seronoklah ramai SIL yg rajin beri makan. Saya dah ketemu orang-orang yg namanya Lin, di hujung, pangkal atau tengah, memang hebat memasak.

    ReplyDelete
  6. kalau balik melaka,masak asam pedas satu kemestian. hari2 asam pedas maa... macam ns hari2 lemak cili api.

    ReplyDelete
  7. Salam Temuk,
    Benarkah mereka yang bernama Lin di hujung, tengah, pangkal, hebat memasak? Nak cubalah masakan beliau.

    ReplyDelete
  8. Hajah,
    Saya pula kena selang seli ..hari ini asam pedas, esok masak lemak no cili api maa...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.