Gulai hari ini

Pagi. Di Pasar Besar.....Melaka Sentral.

Nak cari sayur pucuk paku...dah lama juga tak masak gulai lemak pucuk paku sama udang (Akak Too pula mengingatkan  kita !)

Puas mata mengerling pada para-para  jualan sayur kampung. Ada berbagai sayur kampung, ada yang saya tau namanya, ada yang tak kenal pun. Ada juga berbagai ulam.
Dua kali pusing berlegar di kawasan sayur kampung sambil mengendung bakul. Jeling-jeling lagi. Eh..mana dia pucuk paku? Tak nampak, tak musim ke?
Sayur pucuk paku tak de lah hari ini ...Alahai...kena cari menu alternatif.

Rebung jeruk? Sedap juga masak lemak rebung + udang, tapi ..baunya buat teringat sesuatu...dan ada orang di rumah tu tak suka rebung jeruk.
Nangka? Gulai nangka dengan tulang ayam.....pun tak nak lah...angin!
Masak lemak pucuk manis sama keledek? Pun tak popular di rumah.
Apa kata masak asam rebus batang keladi? Eh tak mau lah...keladi gatal, nanti batuk pula.
Bagaimana dengan masak lemak jering? Busuk..nanti puas cuci tandas. Pun tak digemari.
Gulai nenas dengan ikan kering..ikan sepat, ikan talang.. sedap juga....pun tak ada sambutan,
Habis...
 Nak masak gulai apa?
Gulai kacang panjang ajelah sama udang Saiz M.
Okey.....pergi ke tempat sayur cari kacang panjang yang segar, lembut, sederhana....dapat 1 ikat kacang panjang (adalah berapa batang)...dan 1/2 kg udang. Santan beli yang dalam kotak, free kolesterol (free kan!), daun kunyit, sendiri tanam, bawang besar dan putih, masih ada lagi.
Masak satu jenis lauk (orang melaka kata satu mata) sudah cukup....sambal tumis semalam ada lagi dalam peti...perhangatkan...

Sedapnya gulai kacang panjang udang dengan nasi (sedap lagi dengan taburan kicap lemak manis) di temankan sambal tumis ikan bilis!

14 comments:

  1. sungguh menyelerakan....makan paneh2 lagi sodap tuh..

    ReplyDelete
  2. sedap tu kak - saya tak sihat ni ...tak lalu makan! muak dengan nasi minyak kot 2 hari !!!

    ReplyDelete
  3. kak hajah nora...
    kalau dah masak lomak cili api...
    apo pun sodapppp....

    ReplyDelete
  4. Masak lemak akak tak masuk cili api.....pedas dah!

    ReplyDelete
  5. tadi blogwalking Ibu d Abah pasal makanan, ini singgah kat sini pasal makanan jugak.
    Adoiii...belum makan dah terasa kembang badan nih.camna nak diet ni?

    ReplyDelete
  6. Terima kasih hani singgah rumah akak. Dapat bau masakan akak ye? Cerita makanan beri kita ilham nak masak apa nanti. Kan best tu!

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Nora,

    Kadang-kadang macam tulah...dari rumah dan plan nak masak itu ini, bila sampai pasar tak ada pulak bahan yang dicari, last-last, lain yang kita angankan, lain pulak yamh kita masak. Kacang panjang memang sedap, goreng sama udang , boh kicap pun ok.

    ReplyDelete
  8. Lepas ni Cik Yan boleh lah cuba resepi-resepi dari bloggers suka masak. Ramai tau!

    ReplyDelete
  9. Suka tengok pinggan tu - transparent. Takut terkutip bunga alas meja tu pulak.

    ReplyDelete
  10. Aida,
    Guna pakai pinggan lama.Bunga disangka ulam.

    ReplyDelete
  11. As-Salam Hjh
    Biasakah orang di negeri Hg Tuah memasak asam pedas udang diseri dengan kacang panjang?

    ReplyDelete
  12. Salam Temuk,
    Ini resepi baru..asam pedas udang kacang panjang. Selalunya kajang panjang antara sayuran dalam masak asam rebus. Udang buat sambal tumis udang, sedap. Tak ke dapur lagi ke?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.