Malam Ahad, hujung minggu yang lalu, kami menghadiri satu majlis perkahwinan di Kuantan.
Lokasinya: Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan
Masa: begitu begini...mula 8.45 malam
Perarakan masuk pengantin
Tu dia pengantinnya...Yang Azizah Adnan bersama pasangan Mohamad Faiz Ismail
.Antara jemputan VVIP. Anda kenal? Berpakaian unggu ayahanda pengantin perempuan, Dato' Seri Adnan Yaakob, MB Pahang |
Antara yang hadir sahabat-sahabat lama, belum bersara..gigih sungguh. Mereka big bos sekarang!!! |
Tetamu-tetamu di 'extension' dewan utama, berdiri hormat. Majlis berlansung di Dewan utama. Kami 'follow' melalui skrin. |
Sempat skodeng pelamin...dalam dewan utama |
Buah tangan sebagai penghargaan, sebuah bekas yang boleh diguna semula |
Dalamnya ada sebiji telur rebus, beberapa biji cokelat, bepang kacang, manisan tarik |
Imej Yang Azizah Adnan semasa kecil hingga remaja menghiasi bekas cenderahati |
Begitu juga ada imej Mohamad Faiz Ismail , pengantin lelaki |
Sempat bergambar bersama my BFF, Faridah Kazi dan anaknya, Syafa |
Terima kasih kepada Dato' dan Datin Sri atas jemputan.
Kepada Yang Azizah Adnan dan suami diucapkan 'Selamat Pengantin Baru dan bahagia selalu'
P.S.Teringat lagu "Masih kau Ingat"
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBolehla cedok idea untuk filem saya nanti...masih belum muktamad.
Salam cg,
ReplyDeleteIdea Datin Seri sendiri, tau!
amboi hebatnya majlis! wife pm pun datang tu!
ReplyDeleteDieya,
ReplyDeleteActually the Sultan and Sultanah of Pahang, the Governer of Melaka and wife, PM and other VVIPs were the guests of honour. The majlis was simple but 'hebat'!
As-Salam Hjh Nora
ReplyDeleteSeronoklah dapat bersama dlm majlis kenduri sedemikian. Yang penting kita cuba memenuhi jemputan. Tak kira 'status' kenduri, tentu masing-masing ada keunikannya yang menggembirakan kita sebagai jemputan.
Ni, tunggu jemputan kenduri perasmian rumah baru... tapi banyak 'fasa pembangunan' nampaknya... lama lagilah, kot.
cantik buahtangan tu.
ReplyDeleteSalam Temuk,
ReplyDeleteMemehuni jemputan tuan dan puan rumah yang dekat di hati. Fasa pembangunan fasa ketiga hampir siap!
Wet in Melaka. Have a nice fine day in BBB!
Hajah,
ReplyDeleteSemua jemputan tak kira siapa dapat buah tangan yang sama.
meriah nya kak nora..
ReplyDeleteamek kesemptan buat reunion gak ye kak..hehe
dalam dewan macam ni...duduk belakang2 aje le! banyak protokol...lecehlah...kat belakang2 tak kisah ! cantik tin itu...
ReplyDeleteTak juga reunion. Kebetulan...
ReplyDeleteSAK,
ReplyDeleteSudah diatur ikut protokol. Tempat belakang-belakang lebih selesa, hampir dengan laluan pengantin serta VVVIP. Nampak jelas wajah-wajah riang.