Dalam balang ada apa?

 Dalam balang atau bekas botol ini ada apa?
Ada macam-macam jajan...kekacang dari Mekah, buah kurma, biskut, cokelat, kismis..



 Dalam bakul pun ada.



Ini ketumpi kacang hijau, Bawa balik dari BP. My SIL di Kluang rajin buat ketumpu dan rempeyek,  Abang dia suka ketumpi. Jadi dia buat  ketumpi untuk abang tersayang.  .Untuk kakak-kakak dan adik -adik yang lain, rempeyek kacang tanah. Ketumpi ini diisi dalam sebuah botol antik...balang simpan  H*rlick*,


Bila ke Pasar Besar Ahad lalu, ingin sangat nak makan kerepek pisang. Sedap kerepek pisang , kruk,kruk, kruk ...sambil menonton TV.


Satu pagi kakak bawa balik  belimbing buluh. Belimbing di peram dengan garam dan gula....lalu dapatlah jeruk belimbing masam manis. Sedap juga.


Inilah pertama kali buat kuih makmur. Bukan saya tetapi kakak.  Kakak rajin mencuba resepi kuih muih (esp kek). Inilah pretest atau eksperimen dia menghasilkan kuih tradisi kuih makmur.  Intinya..kacang tumbuk dengan kurma. Sedap. Kakak berazam nak masuk pertandingan buat Kuih Makmur anjuran sebuah persatuan wanita. Semog berjaya, angah!



Itulah dia antara makanan ringan yang ada dalam balang-balang yang tersusun di atas kabinet di dapur.Budak-budak di rumah ni tak rajin makan sebab yang mereka suka tak ada dalam simpanan. Bila lah nak habis?

2 comments:

  1. haritu sil bagi belimbing buluh satu plastik. Ingat nak buat jeruk tapi taak buat. sebab dah habis kena buat sambal dan gulai..

    ReplyDelete
  2. Sedap juga tu Hajah, gulai udang dengan belimbing. Di melaka gulai ini di makan bersama pulut tetal yang warnanya biru putih.Tak taulah sekarang ada dibuat lagi tak.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.