Showing posts with label Kuantan. Show all posts
Showing posts with label Kuantan. Show all posts
DULU TERMINAL, KINI...?
Hari ini Cuti Umum Negeri Pahang. Cuti Hari Hol.
Maka sunyi sikitlah bandar Kuantan.
Inilah dia bangunan Terminal Darul Makmur, perhentian bas dari luar negeri ke Kuantan
kini bangunan terminal telah menjadi......
mudahlah kan nak berurusan .
Padang di hadapan bangunan ini diubahsuai jadi tempat parkir. Pasar Tani setiap Ahad pun pindah ke kawasan ini, yang lebih selesa.
Saya belum pernah ke sana lagi...hee, hee....

MARI MENGUNDI, MARI MENGUNDI
Hari yang ditunggu sudah tiba.....5 Mei 2013....PRU13
Saya mengundi di sini. Dekaaaat rumah di Kuantan.
Suasana di tempat mengundi.
Barisan the 'golden ones'.... pendek je, tingkat bawah. Barisan 'muda belia' panjangnya...tingkat empat pula tu.
Bila sampai giliran, saya pangkah dengan cermat dan kemas!!! Oh, saya dah lama praktis memangkah.....
Kami sudah! Lihatlah dakwat pada jari telunjuk tangan kiri kami.
Tunggu 5 tahun lagi untuk jari di dakwat birukan.
Semoga diizinkan Allah. Amiiin.
Hmmmmm......Berdebar menunggu keputusan.........kalah menang rezeki masing-masing.
Saya mengundi di sini. Dekaaaat rumah di Kuantan.
Suasana di tempat mengundi.
![]() |
serius |
![]() |
relaks |
![]() |
tenang |
![]() |
prihatin |
Barisan the 'golden ones'.... pendek je, tingkat bawah. Barisan 'muda belia' panjangnya...tingkat empat pula tu.
Bila sampai giliran, saya pangkah dengan cermat dan kemas!!! Oh, saya dah lama praktis memangkah.....
![]() |
image google |
![]() | ||
Maznah (tudung kuning) jumpa saudara di sini |
![]() |
Kami sudah menjalankan tanggungjawab! |
Tunggu 5 tahun lagi untuk jari di dakwat birukan.
Semoga diizinkan Allah. Amiiin.
Hmmmmm......Berdebar menunggu keputusan.........kalah menang rezeki masing-masing.
SABTU: 16 MAC .BERSAMAMU
KURANG INCI?
Masih lagi 'strolling window shopping' di ECM Kuantan.
Lalu singgahlah pula di P*****n Grand. Jom jenguk apa terbaru di bahagian 'dapur'?
Ada rak jualan murah 'offer'. Ah apa ni?
Beli jangan tak beli, diskaun lagi!!
Lalu singgahlah pula di P*****n Grand. Jom jenguk apa terbaru di bahagian 'dapur'?
Ada rak jualan murah 'offer'. Ah apa ni?
orait, sangat sesuai untuk saya
![]() |
boleh lipat, tak mengguna ruang, boleh bawa ke mana-mana |
KIM TAK GOO ke?
Pagi tadi saya ke ECM Kuantan,
'window shopping'
(betul!!)
Masa nak ke mesen bayar parking
saya lalu di sebuah kedai buat donut
(anda tentu tahu kedai ini).
Saya berhenti...
saya bayangkan 'Kim Tak Goo'
Saya minta izin daripada pihak pengurusan untuk mengambil gambar
pekerja-pekerja nya sedang membuat 'roti'
' dari luar ye' kata mereka.
Eh.......
Siapa dia 'Kim Tak Goo'?
Dia adalah hero sebuah drama Korea
'King of Bread'
yang ditayangkan melalui Ch 391 sedikit masa dahulu.
Adegan-adegan Kim Tak Goo membuat roti
macam dalam gambar-gambar di bawah ini.
'membuat roti mesti dengan jujur dan ikhlas serta kasih sayang
sebab roti juga mempunyai nyawa. Ia hidup, berkembang
dengan 'yeast' yang ada.'
![]() |
'KIM TAK GOO' tekun menguli tepung,tak kisah saya di luar |
King of Bread juga memberi inspirasi dan' motivating factor'
kepada kakak saya yang rajin membuat roti pelbagai rasa.
'Kim Tak Goo' katanya ^_^
TERMINAL BAS MAKMUR
Imej di atas diambil dari dalam kereta. Tolong abaikan iklan-iklan tu ye. Yang nak dikongsikan ialah bangunan yang gelap tu. Itulah terminal bas, terminal yang pernah saya ceritakan, terminal untuk bas-bas perkhidmatan luar Kuantan, 'out of town'
Pada masa ini terminal tersebut sedang dalam proses 'upgrading'. Jadi di mana tapak perkhidmatan bas ke luar Kuantan beroperasi untuk sementara waktu? Di tapak parkir di hadapan Stadium Darul Makmur. Banyak khemah sementara didirikan untuk syarikat-syarikat bas beroperasi. Laulintas pun sesak di luar kawasan 'terminal sementara.' .Bagi mereka di luar Kuantan, lain kali, kalau naik bas ke Kuantan,bas anda tidak lagi berhenti di bandar Kuantan tetapi nun, jauh sedikit, di bandar Indera Mahkota (IM). Sebuah kompleks terminal bas yang canggih (agaknya) sedang dibina. Katanya Jun tahun ini siap. Jadi dari sana kalau ada orang menunggu menjemput anda, tiada masalah. Kalau tidak, anda guna teksi atau naik bas tambang ke destinasi anda seterusnya.
Bangunan terminal yang sedang diupgrade ini mengikut perancangan akan dijadikan UTC. Ada baiknya juga. Tak perlu kami yang tinggal di bandar Kuantan ke IM untuk berurusan dengan pejabat kerajaan berkenaan,
Hmmmmm, bertambah jauhlah saya nak ke terminal bas. Kalau sekarang, nak ke terminal cuma mengambil masa, kurang 10 minit dari rumah, nampaknya lepas ni mengambil masa 30-45 minit. Jalan dari bandar ke IM sibuk sebab IM kawasan perumahan dan terdapat kompleks pejabat kerajaan di sana. IM tu macam Hang Tuah Jaya Melaka, atau Putra Jaya, KL. Nampaknya kesesakan lalulintas di bandar Kuantan akan berkurangan, ye ke?

SERVIS TELINGA
![]() |
Tunggu giliran |
Sudah beberapa hari telinga kanan saya tersumbat. Rasa berat, berdengung.Pendengaran pun tidak selesa. Bila bercakap, kuat atau perlahan suara saya? Tak pasti.Nak jawab call hp guna 'speaker' yalah, dah biasa guna telinga kanan. Kalau tidak dengar sayup-sayup suara yang memanggil. Ini bukan pertama kali saya mengalami telinga kanan tersumbat. Kalau salah korek, salah teknik...inilah akibatnya. Bila jadi keadaan begini, saya akan titis kan 'ear drop' untuk mencairkan lilin atau wax. InsyaAllah,kotoran akan mengalir keluar. Tetapi kalau ia "berkeras" juga, saya ke doktor untuk 'servis' telinga. Ke doktor biasa sahaja, tak perlu ke pakar. Kini ia berlaku lagi akibat nak bersihkan (korek )telinga yang gatal..
Hari Sabtu yang lalu saya ke Klinik Kerajaan di Beserah. Tutup rupanya pada hujung minggu. Pergi pula ke Pekan Melayu (Malay Town) dekat dengan ECM untuk mendapat rawatan mana-mana klinik swasta yang ada. Pusing punya pusing, tak ada parkir. Lalu saya ke sebuah klinik swasta di Jalan Tun Ismail. Jumpa Dr P, seorang doktor senior, sudah tentu berpengalaman. Dia teropong telinga kanan saya macam dalam imej di bawah. Contoh je (imej dari google)
![]() |
Katanya, 'wax' keras. Saya kata dah berhari saya guna ear drop dan minta Dr cuci telinga saya segera, dah tak tahan, Dr P minta saya terus guna 'ear drop' sebab kalau cuci masa wax keras, sakit nanti. Dia menasihati saya masukkan betul-betul ear drop ke dalam lubang telinga dan gesek-gesek luar telinga supaya kudah cecair masuk ke lubangtelinga. Datang semula hari Isnin. Doktor ni baik lah Dia tak charge apa-apa pun! Kalau ke specialist, duduk aje kerusi dalam bilik doktor, ah kena charge dah!
Aduhai, puas saya titis cecair. Keadaan masih sama...berdengung...tak selesa langsung.
Hari Isnin saya ke klinik sekali lagi. Ah???Doktor cuti, Hari Rabu dia ada? En hubby tanya mengapa tak ke doktor lain. Saya masih tunggu Dr P. Sabar je le.
Hari Rabu. Saya jumpa Dr P. Saya berdoa di permudahkanNya segala urusan saya hari itu. Minta Allah pulihkanlah pendengaran saya.
Doktor P titiskan cecair ke dalam teling kanan saya. Rasa air 'bergelombang' dalam telinga. Sambil itu 'nurse' sediakan satu 'tray' kecil mengandungi air dan letakkan di bawah telinga kanan. Lepas beberapa minit, saya rasa macam ada 'spray' air menembusi lubang telinga saya yang tersumbat. Sedap pula rasanya. Dr P telah mengguna sejenis alat untuk spray kekotoran telinga saya. Dr P tunjukkan takungan dalam bekas, apa yang keluar....... beberapa ketulan kecil wax telinga. tetapi tak banyak.
Doktor kata "ada lagi." Dia spray lagi . Apa pula yang keluar kali ini?
" Cebisan cotton bud, ke?" saya tanya dengan rasa bimbang. Manalah tau tertinggal. Oh tidak!
"Ini wax yang degil. Keras Sudah lama kumpul dalam lubang telinga" jawab Dr P.
'Apa rasa sekarang?"tanya Dr.
Lega! Telinga rasa ringan, pendengaran jelas semula.
"Biasanya nya saluran lubang telinga panjang. Tapi saluran lubang telinga kanan saya ' corner' sikit di hujungnya. Itu yang menyebabkan bila saya bersihkan telinga, benda wax tertolak ke dalam. Sorok. Kumpul lama. Keras Tersumbatlah.
Alhamdulillah!! Terima kasih Allah. Pada saat itu saya punyalah suka.
Pendengaran dah okey, kembali asal, dah seimbang, tak ada bunyi dengung. Berkali-kali saya panjatkan kesyukuran. . Dr P dan nursenya senyum lihat kegembiraan saya.
Ini ujian Allah SWT. Lain kali saya elakkan korek telinga. Bahaya kalau salah teknik. Kalau rasa telinga tak selesa, jumpa doktor 'Servis' telinga.
Baiklah, Sekarang saya nak layan drama bersiri Korea 'King of Ambitions' ..best cerita ini, tau.
TEROWONG SG LEMBING
Salam sejahtera.
Jom kita ke terowong Sg Lembing!
Satu tarikan kepada penggemar sejarah, ke bekas kawasan lombong timah Sg Lembing, Kuantan.
Klik pada imej untuk maklumat.
Dahulu Pahang kaya dengan lombong bijih timah. Kawasannya ialah di Sg Lembing. Kini tinggal sejarah. Pekan Sg Lembing pun senyap sepi sekarang . Saya pernah melawat Muzium Sg Lembing.Banyak maklumat tentang kegiatan melombong bijih timah terdapat di sini. Terowong itu ialah salah satu peninggalan yang menjadi warisan, terowong terpanjang di dunia (satu masa dulu!)
Jom ke terowong Sg Lembing.
Nak tau lebih lanjut lagi mengenai SG LEMBING tanya En Google.

pintu masuk terowong (terima kasih SinarHarian) |
Nak tau lebih lanjut lagi mengenai SG LEMBING tanya En Google.
AIBP Tanjung Lumpur: satu pengalaman
![]() |
AIBP waktu malam. Gambar dari blogger berkenaan. |
Sambil menunggu .......saya perhatikan....
Tangga yang digunakan merupakan laluan serba serbi. Maksud saya,,itulah satu-satunya laluan untuk pelanggan naik ke ruang makan di tingkat atas. Situlah juga makanan yang dah masak dan minuman pesanan pelanggan dibawa ke atas oleh pembantu atau pelayan kedai. Tangga itulah juga pembantu bawa turun naik peralatan makanan seperti pinggan, gelas yang telah digunakan. Akibatnya sibuklah laluan satu-satunya tangga yang ada. Bertembung yang turun, yang naik. Sudah tentu kita perlu berhati- hati naik turun tangga sebab kelihat anak tangga agak licin. Mungkin ini berlaku waktu peak hours. Waktu lain , tak kot?Apa-apa pun, cadangan saya, buatlah tangga lain untuk laluan pelanggan. Atau laluan "For Staff only", Dan pentingnya ada laluan lain, kalaulah berlaku 'emergency'......ha...macam mana? Nak lompat terjun??
Keduanya, oleh kerana tempat ini popular, pelanggan pun ramai (waktu malam),,,,jadi pelayan pun terlalu sibuk hinggakan kita sendiri terpaksa layan diri ambil sudu dan garpu sendiri, ambil mangkuk sup tomyam, sendiri. Ada bekas sudu di atas meja, tetapi kosong, tu yang kena layan diri. Kertas tisu pun tak ada. Peralatan cuci tangan tak disediakan. Sinki jauh letaknya. Cadangan saya, tambahlah pembantu atau pelayan yang boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik, lebih efisyen.
Ketiga, pesanan minuman. Seorang sahaja kelihatan yang kerjanya ambil pesanan minuman dari pelanggan. Pesanan datang lambat pula. Kalau makanan bermasak saya faham sebab ambil masa untuk memasaknya. Pesanan minuman saya datang lambat. Dah start makan, air tak sampai lagi. Kena beri peringatan. Bila pelayan hantar, sempat dia kata "nak buat macam mana?" bila saya komen "nak tercekek saya". Apa salahnya dia kata "Minta maaf encik, minuman lambat". Sejuk hati sikit kan?
Harga? tak tau saya sebab ada orang belanja "buka table" Kami makan nasi putih berlaukkan tomyam campur, telur bungkus, sayur kailan goreng belacan, ikan siakap kukus, sotong goreng tepung, kerabu mangga dan sudah tentu ikan bakar petai! Maaflah, malam itu, ikan tak berapa fresh! Keseluruhan, okey-okeylah rasanya. Btw,sup tomyam kami habis sebelum nasi sampai. Lambatnya service! (nak buat macam mana, quote and unquote)
Maaf, AIBP, itu cuma cadangan saya supaya AIBP lebih 'bintang' nya. Harus ada 'contigency plan' .Tapi "ada aku kisah" atas review dan cadangan di atas? Pengunjung "aku" ramai, mereka tak komen pun. Makanan "aku" sedap, itu yang penting.
Tak pula saya ambil gambar suasana di AIBP. Jadi saya pinjam lah imej dari bloggers.Minta dihalalkan,ye. Silalah anda ke blog mereka untuk mengetahui pengalaman mereka pula di AIBP.
![]() | |||||||||||
Saya suka ruang makan tingkat atas. Meja ala Jepun/ Korea. Bayangkan pelanggan ramai, penuh ruang. |
![]() | |||
ikan bakar petai yang popular, sedap ...Imej dari blogger |
Sempat saya ucapkan "terima kasih, adik" pada adik-adik pelayan AIBP bila tinggalkan tingkat atas. Mereka senyum,
Di muka pintu, bersepah kasut,seliper pengunjung.
Mujur saya letak kasut saya di tempat letak kasut/slipper sebelum masuk ke ruang makan.
Di muka pintu, bersepah kasut,seliper pengunjung.
Mujur saya letak kasut saya di tempat letak kasut/slipper sebelum masuk ke ruang makan.
Menunggu di terminal
Satu pagi di terminal bas Makmur.
Tunggu di platform 5 bas ke Melaka sudah 15 minit. Bas sepatutnya datang jam 8.45 pagi.
Mana dia bas ni dah jam 8.45,. Penumpang, termasuk saya, dah mula bosan. Penat berdiri sebab tak ada tempat duduk di platform ni. Mata asyik memandang ke arah jalan utama.
Ha...dah pun tiba Sebuah bas syarikat yang sama berwarna keemasan perlahan-lahan masuk ke parking bay platform 5. Penumpang suka, lega, perlahan-lahan jalan ke arah bas yang dah pun buka pintu masuknya. Tapi...jangan salah naik, jangan tak baca laluan destinasi bas ini. Bukan bas yang sepatut naik. Bas ini ke tempat lain. Bawa kita ke Ipoh, padan mula.
Tunggu lagi. 15 minit berlalu. Bas tadi sudah berlalu. Tak ade penumpang baru naik.
Nampak dari jauh. Sebuah bas lagi menyusur masuk ke platform 5. Warna kelabu.
Baca betul-betul.
Barulah bas kita. Penumpang lega. Mujur bapak yang ke tandas sempat sampai.
'Bas ni ke Melaka ye, jangan salah naik' pemandu beri ingatan.
Ter 'kedik-kedik. tersiut-siut' bunyi bas. Banyak skrew dah longgar. Bas dipandu laju. Tapi nampak pemandunya berhati-hati.
Bas berhenti di Muazam dan Segamat untuk mengambil penumpang dan untuk rihat bagi yang mahu.
'Bas henti 10 minit' kata pemandu. 'Siapa lambat tinggal.'
Oh boleh pula. Tadi dia lambat tak ambil hal.
Tapi tak pe, syarikat bas ini beri potongan harga untuk para pesara.
Di terminal Segamat, tertarik dengan

Nampak selonggok bag dekat tangga? Ada ke seorang bapak tu minta saya tengok-tengok beg dia "Saya nak ke tandas sebentar"
Tunggu lagi. 15 minit berlalu. Bas tadi sudah berlalu. Tak ade penumpang baru naik.
Nampak dari jauh. Sebuah bas lagi menyusur masuk ke platform 5. Warna kelabu.
Baca betul-betul.
Barulah bas kita. Penumpang lega. Mujur bapak yang ke tandas sempat sampai.
'Bas ni ke Melaka ye, jangan salah naik' pemandu beri ingatan.
Ter 'kedik-kedik. tersiut-siut' bunyi bas. Banyak skrew dah longgar. Bas dipandu laju. Tapi nampak pemandunya berhati-hati.
Bas berhenti di Muazam dan Segamat untuk mengambil penumpang dan untuk rihat bagi yang mahu.
'Bas henti 10 minit' kata pemandu. 'Siapa lambat tinggal.'
Oh boleh pula. Tadi dia lambat tak ambil hal.
Tapi tak pe, syarikat bas ini beri potongan harga untuk para pesara.
Di terminal Segamat, tertarik dengan
Jom kita 'tea story' segelas!
.
Sunyi tapi tetap meriah
Di majlis perkahwinan Syafa anak my BFF in Kuantan, Pn Hjh Farida, Cuaca pula hujan sebentar sebelah pagi. Matahari terang benderang bila majlis berlangsung.Kemudian redup dan beranginserta hujann renyai apabila majlis hampir selesai.
Majlis sunyi..Tiada kedengaran lagu-lagu dan muzik serta celoteh DJ, tiada pukulan kompang mengalukan kedatangan pengantin lelaki, tiada silat menyambut pengantin ,tiada acara renjis merenjis dan berhinai, tiada acara memotong kek...hanya kedengaran suara-suara dan sibuknya tuan rumah dan tetamu. Ada pelamin yang direka indah. Pelamin hanya untuk 'raja sehari' bersemayam untuk bergambar dengan sanak saudara dan tetamu sebagai kenangan. Hidangan makanan juga sedap..nasi minyak atau nasi putih bersama ayam masak merah, opor daging, dalca, jelatah, serta acar buah. Buah oren sebagai pencuci mulut. Sunyi tetapi meriah dan berwarna warni.

Meja utama . Tema warna, unggu
Siap sedia, Orang sebelah dah sampai!!
Senyum seorang 'Raja'. Nampak peramah orangnya
'Permaisuri' menyambut sambil tersenyum malu
Bertemu akhirnya, sama cantik sama padan
Famili Hjh Farida bergambar bersama tetamu VVIP (tiada protokol)
Tidak ketinggalan bersama VVIP yang ini juga, jauh datang dari Melaka, tau!
Raja sehari menjadi tumpuan...shoot,shoot,shoot, emak pengantin tersenyum riang, bapa saudara juga
Bersedia untuk acara makan suap menyuap
Antara yang hadir...kawan-kawan lama
Antara hantaran, yang purple daripada yang menunggu. Siapa lagi yang mengubahnya kalau bukan emak pengantin perempuan!
Dalam goodybag...semuanya wangi belaka! Kusyen-kusyen comel hasil kraf Hjh Farida
Ya, itu dia, segala yang dirancangkan berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah.
Hjh Farida: Boleh Pengetua?
Saya: Tahniah! Sekarang awak boleh tidur nyenyak.
Tahniah Syafa dan Azman. Selamat semuanya dan semoga bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat. Ameen.....
Kerana BFF
Hujan sepanjang perjalanan dari Melaka ke Kuantan semalam (Khamis). Kalau bukan kerana majlis perkahwinan anak perempuan my BFF , saya pilih duduk di rumah sahaja. Rain or shine mesti pergi juga. Hujan tetap ditempuhi. Saya pandu dari Melaka ke Tangkak. Hujan tapi tak lebat. Dari Tangkak ke Kuantan melalui Segamat, my dear drove. Hujan mencurah dengan lebatnya. Stress juga pandu dalam hujan-hujan begini Berdoa juga janganlah banjir., selamatkan lah kami dalam perjalanan, Gambar-gambar di atas saya shoot antara Segamat ke Muadzam Shah dan seterusnya ke persimpangan empat Pekan- Paloh Hinai. Ada kawasan rendah kelapa sawit ditenggelami air, ada bahagian jalan rosak, banyak pula lori. Banyak lopak di jalan. My dear pandu berpandukan garisan putih di tengah jalan serta lopak-lopak di jalan. Mula dari Melaka jam 10.30 pagi. Sampai Kuantan 3.30 ptg. Oh ye, singgah makan tengahari di Muadzam. Sedapnya dapat makan udang galah. Hari ini cuaca di Kuantan tak menentu. Pagi hujan, tengahari ke petang panas , petang hujan renyai. Udara lembab. Apa lagi, kain baju yang perlu dicuci, hantar dobi.....
Sekarang, malam, hujan lagi!
Petang tadi saya pergilah ke rumah my BFF, Hjh. Farida Kazi Mohd. Ada majlis Bacaan Yassin, Tahlil, dan Marhaban. Tak hujan masa tu.
![]() |
Saya dengan Hjh Faruzeyah Wahab, juga kawan rapat. Masa dulu selalu melepak di rumah dia! Now, pesara aktif! |
Pengantin sedang mengedar buah tangan (juga hasil kerja tangan emak pengantin) kepada kumpulan Marhaban
Esok, 24.12.11 Sabtu, majlis persandingan. Semoga segalanya berjalan dengan baik, cuaca pun elok...Ameen
Allah juga yang menentukan.
Norzailina Nordin
![]() |
My BFF, Pn Hjh Farida Kazi yang sangat mesra dengan old girls' AFZAN |
Saya diperkenalkan kepada beliau,"Pn Hajah, kenalkan, Norzailina Nordin, satu masa dulu pelajar Afzan.Sekarang seorang novelis dan penulis buka masakan terkenal."
Ye ke? Tahniah...cikgu gembira. Walaupun saya belum bertugas di SMKTA waktu beliau bersekolah di sana, namun saya turut rasa bangga dengan pencapaian beliau. Setiap mantan Pengetua, Norzailina menghadiahkan senaskah buku masakan beliau. Kepada sekolah juga beliau turut menyumbang beberapa buku masakan serta novel-novel karya beliau.
Walapun cg tidak berapa kenal Norzailina, cg merasa bangga dengan pencapaian kerjaya anda. Semoga anda terus maju, dalam 'cooking n writing'
Terima kasih atas hadiah "Belajar Memasak-masak, Langkah Demi langkah" Berguna sangat untuk cg yang sedang 'melangkah' dalam masak memasak ini.
Terima kasih masih ingat lagi SMKTA.
![]() |
Hidangan ......Bukan masakan Norzailina. |
Subscribe to:
Posts (Atom)