Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

#IkonEveryday: A Day With Baggage Handlers

Senario biasa di  balai pelepasan di airport.  Tersusun  bagasi penumpang untuk check in
Imej dari blog :KENANGANKU,dengan izin cujafw
Sampai di destinasi, bersabar menunggu bagasi masing-masing..
Where's my luggage? Mana beg saya, tak nampak lagi!! Persoalan yang selalu ditanya bila bagasi tak muncul-muncul. Lambat sikit, penumpang dah resah, risau, komplen......sabau lah ye
Jom kita lihat senario belakang tabir bagaimana bagasi kita diuruskan oleh 'baggage handlers' ini.
Terima kasih kepada mereka :-)

Everyday: A Day With A Road Sweeper

Street sweeper di Mexico City (image dari Google)



Di Hanoi.....(ketika lawatan ke Temple of Literature, Hanoi)

Di Malaysia.

SATU RENUNGAN

Malam. Ke kedai sebelah rumah.
Semasa menunggu cik adik manis menyediakan pesanan nasi goreng cili padi (kurangkan minyak, tak mau aji-no-moto, banyakkkan ikan bilis) , saya nampak dua orang mamat sedang berbual. Seorang sedang menggerakkan tangan sambil jari-jarinya membuat isyarat. Sahabat yang mendengar membalas juga dengan gerak geri yang sama. Rancak mereka berbual.  Tanpa suara. Cuma ada mimik muka jika serius atau yang menggelikan hati. Apa agaknya  mereka sedang perbualkan. Mamat yang pertama membetulkan pula selfon (i-fon) dia supaya bertentangan. Dia berkomunikasi  pula dengan seseorang di skrin selfon. Agaknya sedang 'berTango' dengan rakan atau ber'skype'. Tiada suara dari fon.  Agaknya member pun kumpulan yang sama! Wah serius dan rancak tangan dan jari jemari dia.  Wah hebatlah, mereka  berbual senyap dengan menggunakan bahasa isyarat. Laju....entah apa butir perbualan. Hal di pejabat ke? Hal semasa? Eh, bizibody pula!!! Terpegun saya melihat mereka. Tak pula saya ambil foto ( tentu mereka tidak selesa) . Tak mahu saya mengganggu .

Itulah kuasa Allah, dikurangkanNya  sesuatu, dianugerahkan dengan yang lain. Seperti dua orang mamat tadi. Tak boleh mendengar, tak boleh bercakap tetapi diberi pula kemahiran berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Tiada masalah. 

Bila lihat pada diri sendiri, berbanyak-banyak syukur kepada Mu, Ya Allah....


cik senah dengan cik jah sedang berbual
gambar google

KURANG INCI?

Masih lagi 'strolling window shopping' di ECM Kuantan.
Lalu singgahlah pula di P*****n Grand. Jom jenguk apa terbaru di bahagian 'dapur'?
Ada rak jualan murah 'offer'. Ah apa ni?

orait, sangat sesuai untuk saya

boleh lipat, tak mengguna ruang,  boleh bawa ke mana-mana
Beli jangan tak beli,  diskaun lagi!!

Si durian belanda

Salam sejahtera.
Tahukah anda?
Maklumat saya ambil dari  email website Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Saya pemalu

Saya bukannya tak mau jumpa kawan-kawan nenek.
Saya takut,
Saya tak biasa dengan mereka
 Jarang jumpa dan ada yang tak pernah jumpa.
Saya takut nek.
Saya bimbang.
Tadi saya dengar
Kawan nenek kata
"Buat macam dia tak de.
Buat tak tau (kata orang, buat donno)
Tak payah tegur-tegur dia
last-last, dia masuk kain nenek dia, sembunyi"
Nenek ni dah faham perangai saya.
Kalau saya tak biasa dengan seseorang saya akan lari
takut ada, malu pun ada!!!
Tetapi ada juga kawan nenek seorang ini saya biasa tengok,
ada dia jalan-jalan naik kereta sama nenek,
Pernah juga datang ke rumah nenek
Dan saya pun ada ke rumah dia, kawan nenek ini lah!
Nenek ini suka nak bergurau dengan saya
main 'cak-cak' lah (main sembunyi-sembunyi),
gamit-gamit (panggil dengan isyarat jari) saya .. 
Nah, tengok dia photo shoot saya!
Mula-mula saya tak tau, tak sedar gambar saya ditangkap.
Bila saya sedar, mulalah saya slow-slow, gostan sembunyi belakang kerusi
tapi mata mengintai dicelah-celah bilah-bilah kerusi
Nak senyum, saya malu
nampak mata saya?
nenek ni masih lagi nak bergurau dengan saya
dia terus 'kejar' saya
lepas ambik satu-satu gambar
dia tunjuk imej wajah saya.
saya suka, tapi saya masih malu....
saya nak tersenyum. tapi control, nampak mata, cukup
Nenek saya pun kata
"Mari, Rayan, ambik gambar dengan nenek"
Saya bersama nenek saya, Hjh Khadijah Khalil.
Nenek jaga saya dari saya baby  lagi.
Saya sayang nenek
Nenek sayang saya.
Bila nak bersurai, nenek bimbing saya,
salam semua kawan-kawan nenek.
Maaf ye kawan-kawan nenek
 semua
Rayyan malu laahh!!


Kena pindah?

Salam sejahtera semua,
Adakah anda menghadapi masalah yang sama? Kalau boleh tak mau pindah! Sudah 5 tahun bahagia di 'rumah' lama, sampai 'sempit' ruangan berlegar. Aduh! Tuan punya tapak nak kenakan 'cost' untuk tambah ruang. Terpaksa buat rumah baru nampaknya.  Namun saya nak  kekal di ' rumah' lama. Macam mana ye? Kebetulan  Akak Too  pun menghadapi masalah yang sama. Thanks to you Hajjah Rahmah. Hajjah telah mendapat bantuan daripada beberapa rakannya, salah seorang ialah Azieazah.  Terima kasih Azie n frens. Kalau anda nak tau cara nak kekalkan rumah lama walaupun dah penuh space (nak letak gambar!), baca tutorial HoneyQasey. Thanks Honey, you're really honey.  Beberapa kali saya cuba langkah demi langkah yang di cadangkan hingga berjaya. Alhamdulillah, dapat kekal di rumah lama,  rumah inilah! Sebelum tu, sempat saya bina rumah baru, tapi tak lengkap dengan 'hiasan dalaman'. Selamat mencuba, okey....

BH hari ini: Fakta menarik




(imej daripada google)
Ketika bersin, semua organ dalam badan berhenti berfungsi termasuk jantung, Justeru wajar diucapkan kalimah syukur selepasnya.

Kita berhati-hati, bimbang juga........

Semoga dengan mengamalkan doa ini nescaya Allah akan menjauhkan kita daripada segala perkara yang berbahaya dan kita tidak akan ditimpa oleh musibah yang mengejut atau tiba-tiba. InsyaAllah. Doa dalam Bahasa Melayu ye....

"Dengan nama Allah yang dengan (berkat) nama-Nya tidak ada satupun yang boleh mendatangkan bahaya, samada di bumi ataupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengethaui" Amiiin

Dalam mStar Online hari ini, ......sila klik untuk tahu mengapa...Semoga Allah SWT melindungi kita...

 Seorang Wanita Lagi Diserang Di Tempat Letak Kereta

Azam yang Suci

Sedang saya mengemas almari buku, terjumpa buku catatan satu kursus pernah saya hadir....lama dah.
Seronok juga membelek semula buku catatan ini, banyak nukilan  ilmu yang sangat berguna
Belek punya belek, terjumpalah muka surat yang ada catatan lirik lagu Azam Yang Suci.
Sudah tentulah lagu ini ialah untuk pelajar-pelajar sekolah sebagai pemangkin  meningkatkan keazaman belajar hingga berjaya..
Maklumlah kursus tersebut untuk pengurus-pengurus sekolah.
Kuliah siapa waktu itu, ya?
Dr Shukri bin Abdullah, pakar motivasi terkenal. Kuliah beliau memang tidak menjemukan.
Beliaulah yang menulis lirik Azam Yang Suci. Dan nyanyiannya ikut lagu "Suci dalam Debu".
Anda tahu siapa penyanyi lagu ini, kan?  Juga taukan lagunya macam mana?
Kalau anda lupa, ada saya sertakan lagu instrumental secara gamelan oleh  UIA.
Hebat juga gamelan UIA ini!!
Cubalah nyanyi bersama-sama.....

Liriknya macam ini:
Azam yang Suci
Tersedarku dari lamunan
Resah sejarah ku lupakan
Ku semaikan benih-benih harapan
Bersama sejuta impian.

Dengan azam dan keyakinan
Tempuh cabaran kehidupan
Terujilah segalah ketahanan
Berikanlah kekuatan dan keimanan.

Ku mengharapkan kejayaan
Menanti di hadapan
Namun  hakikat belum nyata
Harus berusaha.

Suatu hari nanti
Pasti ku kan berjaya
Akan aku buktikan
Pada mu ayah bonda.
Di situ kita lihat
Kebenaran hakikat
Impian jadi nyata
Kata telah dikota.

Bukan khayalan dan bukan lakunan
Tapi inilah kenyataan
Kerana cita diiringi doa
Pasti aku akan berjaya.

Kisahnya

Hari ini, selesema.

Apa tidaknya....makan durian,

cuaca pula

panas.....berkabus

tapi...

jangan salahkan durian......

jangan salahkan cuaca....

sistem imun dah tak kuat dah!!

Alhamdulillah,

Tak demam, cuma

Bersin dan 'tiup terompet'

'ah choooo.....prettttt, pretttt......

Biasalah tu!!!

BFF


Salam.
bila singgah di R nR Seremban,
patung-patung teddy ini
menarik perhatian.
Teddy siapa,
kalau bukan Teddy Mr Bean.
Cuma replika 'teddy'.
Ada berbagai saiz,
dari yang kecil, sederhana dan besar.





Yang di bawah ini,
imej teddy saya ambil daripada Mr Google.
Comel juga kan
walaupun dia gelap




Mr Bean dan 'Teddy', sangat rapat.
his best friend, his BFF
ke mana pergi mesti ada 'Teddy'
Pada Bean, 'Teddy' seolah-olah hidup.
Kesian Mr Bean,
seorang berjiwa kanak-kanak,
karektor yang menghiburkan, melucukan,
buat kita ketawa,
semualah....kanak-kanak, remaja, dewasa,
tak ketinggalan
'super dewasa'
ada kala juga
kesian tengok perangainya
sampai kita geleng kepala!!!
Rasa-rasanya Mr bean ni lonely,
so Teddy,
BFF dia,
teddy pun teddylah!







Relaks beb

Salam.
Isnin (Senin) hingga Rabu....tak banyak perkara menarik berlaku. Tak ada story mory yang nak di kongsi. Banyak masa saya hadap Cik PiSi, rancangan TiVi pun jarang saya tengok. Apa kisah NaOMei pun tak tau, apa kisah Diari AF8, entah....tak tengok, apa nasihat Tanyalah Ustaz pun tak tau.(time tu saya gosok baju di atas). Masa banyak berkemas di dapur(kemas bukan masak tau), cuci peti ais, cuci-cuci pinggan, lap-lap meja, cuci periuk nasi (nasi masak, lauk beli) , sapu porch (daun kering dari pokok depan rumah) dan selebihnya hadap Cik Pi Si (walaupun browser melalui Cik Kom BB tak bekerjasama). Ada masa juga keluar, gi renew road tax dan insuran kereta (expire minggu depan) , gi kedai beli siling fan, gi cari remote control aircond, gi breakfast, gi beli lauk di gerai (teman JY ). Kawan-kawan belum jumpa lagi. Dia orang pun tak tau saya dah berada di Kuantan. Tapi jiran kiri dan kanan rumah dah jumpa! Kemas rumah? Oh....itu kerja En JY....mop satu rumah, kemudian vacuum...bersih tau....saya tengok aje. Mana-mana yang rosak seperti pemegang drawer cabinet, lampu tangga tak menyala, kunci grill pintu utama, cermin tingkap tak boleh tolak, dialah yang baiki. Sekarang kat TV saluran sport ada tenis, US open, jangan ganggu dia. Saya ada kerja lain yang sudah jadualkan dan mesti lakukan. Tengok tu di luar pagar, paku-pakis liar sedang menjadi naiknya. Kena tebas. Tunggu petang, biar redup....there goes NaOMei. Saya pun rasa badan ni dah berat sikit. Senang hati. Makan lalu. Tidur lena. Oh ye, sejak minum susu kambing dan ambil supplement minyak ikan, alhamdulillah, saya mudah tidur dan lena pula tu. Badan berpeluh (buang toxin). Selsema pun boleh control. Itulah dia kisah saya 2 hari di BS. Oh...nak angkat kain dalam mesin basuh. Relaks beb :)

Di tadika pula!

Selamat pagi.

Kejadian ngeri di Tadika pula: Lelaki amuk hentak kepala 3 kanak-kanak dengan tukul dalam tadika.
Baca mstar online hari ini.

Awas ye!

Harian Metro Rabu 10 mac 2010. msA4. Baca tak?
Penyamun sasar rumah pelajar pulang sekolah
Berlaku di KL. Tempat:Taman Salak South. Masa kejadian 3 ptg. Taktik baru merompak. Dua perompak yang menaiki motosikal mengekori sebuah bas sekolah yang membawa sekumpulan murid untuk dihantar pulang ke rumah masing-masing. Bas terbabit menurunkan seorang murid lelaki 9 tahun di hadapan rumahnya. Murid itu berjalan menuju ke pintu pagar rumah teresnya sebelum mengetuk pintu. Yang buka pintu datuk budak itu, berumur 60 tahun. Tinggal bersendirian pula tu. Sebaik pintu dibuka, suspek terus meluru ke dalam rumah, mengacu parang ke arah warga emas dan cucunya. Mereka diikat dengan tali dan diseret ke dapur. Sementara itu, perompak menggeledah rumah dan mengambil barang kemas dan wang tunai, semua berjumlah RM20,000.00. Kemudian mereka melarikan diri. Mangsa berjaya mengurai jerutan tali.

Saya kecut, bimbang dengar berita-berita seperti ini. Apa yang boleh kita buat selain daripada berhati-hati ialah banyak-banyaklah berdoa supaya Allah melindungi kita semua daripada kejadian jahat yang kita tidak ketahui. Amin.

Sakit mata



Salam.
Bukan sakit mata akibat virus
Sakit mata bila imej tak berapa menjadi,
tengok tu tak masuk 'frame'.
ejaan 'belongings' jadi 'belongin'
Mungkin tertulis 'belonging', tak pasti.

Maaf, ye,
imej ditangkap, capture, pada waktu subuh pagi tadi
waktu singgah solat di surau R n R Air Keroh
dalam perjalanan ke KL.
Masih gelap.


Sakit mata bila 'glaring mistake'
kesilapan yang sangat nyata pada bahasa
tidak diambil berat.


Terbengkalai

Salam, salam, salam.
Makcik blogger di Klang tidak keseorangan patah kaki. Bila patah kaki maknanya kita terpaksa menjadi alternatif supaya 'hidup mesti diteruskan'. Kenalah buat penyesuaian atau readjustment. Kami (saya dan kakak) patah kaki juga , makcik blogger.
Mula-mula kipas siling buat hal. Bila putar, berbunyi...nyet..nyet...nyet... kalau irama muzik, tak apa juga.....ini bunyi yang menyakitkan telinga. Bearing dia rosak. Kena ganti dengan kipas baru. Sampai sekarang belum lagi dicari ganti. Guna dahulu kipas lantai (mengantuk bila mata ditiup angin!).
Keduanya, mesin basuh yang saya rasa baru beli (kira-kira 3 tahun yang lalu, yes, ada orang tu, mesin basuh dia dah lebih 20 tahun, masih on lagi!!!) buat hal. Dapat buat peringkat satu aje...cuci... Bila dia pusing waktu spinning , dok...dok...dok...dok...dia memekak. Cepat-cepat lari ke mesin untuk keluarkan baju yang belum berapa bersih bilasnya. Apa hal? Agaknya wire di gigit Cik Menti yang suka berkeliaran waktu malam. Dah lah tersangkut kerja mendobi. Kenalah bilas kain secara manual :-(.... Belum lagi cari pengganti.
Ketiga, salah satu paip air bocor. Paip pula tanam bawah tanah bukan atas seperti biasa. Dah lah bil bulanan melambung ratusan (selalu tak sampai tigapuluhan). Nak di baiki, melibatkan pula bahagian lain. Banyak belanja tu! Jadi, bila waktu off-peak, tutup atau kunci main tap, selalunya waktu malam. Senja, tutup main tap, pagi 'on' kan semula. Bila tak perlu air, tutup. Kena simpan air juga. Reserve air. Mujur rakyat jelata di ruma BC tak ramai. Ada catuan air nampaknya. Jelas ada penurunan jumlah bil air bulanan.
Seterusnya, menyapu halaman rumah. Itu tugas saya setiap pagi atau petang. Kerja yang tidak mendatangkan hasil (siapa kata? kan exercise tu?). Sapu daun kering, gugur lagi..Sekarang terhenti. Sebab, kedua-dua penyapu setia dah 'bersara'..longgar...kejap-kejap tercabut lidinya. Sekarang halaman rumah penuh dengan daun-daun kering 'potpourri'. Tangguh lah kerja bersih laman rumah. Ah, kena tunggu Pak Jalil, tukang mesin rumput untuk baiki semula penyapu-penyapu tersebut.
Hai....macam-macam.....

Kalau lah

Asyik blog hopping..
ke craft zon malaysia lah
macam-macam craft ada:
tengok seni sulaman riben,
bunga ros, matahari,
pada kusyen, pada bag, pada penanda buku.
tapi saya cuma suka,
minat menjahit tu, sorry, no way,
cuma suka, admire, kagum.
Beruntung mereka yang ada kemahiran seni ini,
seperti kakak saya,
yang sekarang sedang 'menggila'
menyediakan contoh-contoh sulaman riben
untuk diajar jepada kawan-kawan persatuannya.
('Gila baking' masih ada
tapi cuma sekali sekala )
Sekarang musim menjahit,
jadi menjahitlah dia dengan tekun sekali.
Kalaulah saya ada minat dalam bidang ini (menjahit)
semua akan menjadi
tak payah hantar baju ke Jenny, Mrs Lim, Anna, Ah Swee
tukang jahit-tukang jahit
yang suka orang seperti saya.
Tak payah hantar ke Pora, ke J**el
untuk jahit langsir.
Tak payah ke butik,
susah cari baju sesuai saya.
Kalaulah saya pandai menjahit pun,
nanti siapa pulak nak mengemas rumah,
buat 'house keeping'?
jadi 'granny active'?
Menjahit satu seni yang perlu teliti,
perlu tepat, kemas, rajin, sabar, tekun.
Perlu pemikiran kreatif dan analitikal.
Adakah saya punyai semua itu?
Oh tidak! (tapi sikit-sikit tu adalah.)
Apa yang saya tahu?
Jahit jelujur, 'back stitch', 'cross stitch'
mesin jahit manual boleh lah kayuh!!
TETAPI......jahitannya...
straight!!!!!!!

Kalaulah saya pandai menjahit.......





Pagi Jumaat

Salam .

Selama 'bercuti' di Kuantan, dah bermacam menu untuk breakfast...... Roti kahwin bakar (kaya n marjerin), nasi dagang, nasi lemak bungkus, soto nasi, soto mee, nasi himpit kuah kacang, kway teow goreng, nasi goreng kampung......

Sebagai sarapan pagi tadi, saya buat jemput-jemput roti guna lebihan roti( yang expire). Carik-carik roti, rendam dalam air dan susu cair. Sambil tunggu ia mengembang, dadu bawang besar, hiris cili merah, hiris daun sup dan daun bawang, tumbuk sedikit ikan bilis. Campakkan ke dalam rendaman roti tadi. Pukul sikit sebutir telur, tuangkan ke dalam adunan. Gaul rata. masukkan beberapa sudu tepung jagung dan baking powder, Gaul rata lagi. Kalau suka bubuhlah lada sulah. Garam jangan lupa. Sukatan bahan-bahan, ikut sendiri. Main campak aje. Saya gunakan 'aksesor' i apa yang ada. Kalau ada jagung (tin), udang, daging ayam, lagi uummpphh jemput-jemput roti tu. Adunan tadi disudukan ke dalam minyak, goreng hingga kekuning-kuninagn. Makanlah dengan sos. Saya cicah dengan kuah masak asam (yang dah bermalam dalam freezer).

Sudah itu, JY tunjukkan saya pula satu video dari U tube. 'Mari tengok ni' dia kata. Video mengisahkan apa jadi kepada 'badan' seorang remaja muslim lelaki berumur 18 tahun setelah dua jam berada dalam kubur. Bapa remaja ini minta digali semula jenazah anaknya untuk dibuat autopsy. Ngeri saya, insaf saya. Saya tengok di celah-celah jari. Rambut hitam remaja tadi semua tukar jadi putih, mata terbeliak besar, bulat, darah hidup mengalir keluar dari mulut. Seram!!!! Ini seksa kubur. Baru berada 2 jam!!!Lepas tu disambung dengan pula video suara dari perut bumi. Rakaman di Siberia. Pengkaji berkenaan telah meletakkan ultra sensentif mikrofon kat sebuah lubang besar. Tujuannya untuk mengkaji pergerakan bumi. Lalu terdengar suara jeritan manusia (yang telah mati)mendayu-mendayu dan ada juga suara laungan "Allahu Akhbar. Subhanallah, saya seram. Sori, tak reti saya nak load ke blog.

Apa kah rakaman ini benar? Saya kurang pasti. Tapi melihat video telah menyedarkan saya!

"Ya Allah, lindungilah kami daripada siksaan kubur........"


Lain padang, lain belalang

Salam,


Satu pagi di pasaraya TM ( logo 'kangaroo'', orang di Kuantan tahulah supermart mana satu). Saya nak beli seikat daun pandan (di rumah BS tak ada tanama-tanaman).Harganya 70 sen seikat. Pergi ke kaunter timbang untuk si mamat letakkan harga. Si mamat kata tak payah, cashier tahu harganya. Saya kata kalau dia nak scan nanti, macam mana. "Tak apa," kata mamat " dia tahu".

Okeylah, tiada masalah bila nak buat pembayaran. Cashier cantik ayu cuma tot-tet-tot-tet (key in) harga daun pandan pada mesin register. Tak payah scan.

Pagi yang lain di pasaraya C4. Berkenan kat muffin yang bulat gebu. Tertulis pasa poster "Any 4 @ RM5.60 "(offer lah tu). Setelah membuat pilihan, terfikir juga. Nak gi tempel harga tak? Dulu kat TM, tak payah, cashier tahu. Tak payahlah jadinya.

Di counter pembayaran.

'"Mak Cik, muffin ni kena letak harga," kata si cantik manis.
"You kan tahu kan harganya, RM5.60 untuk 4 muffin", jawab Mak Cik (yang take things for granted)
"Tak ada tempel harga, saya tak boleh scan"
"Oh pulak! Okeylah, tak apa, put aside the muffin,' jawab saya.
Tak kuasa nak patah balik cuma nakkan tempel harga. Jauh pula tu tempatnya. Malas!!
Lagipun, muffin tu tak mustahak. Tak ada dalam shopping list.

Dua pasaraya, cara berbeza.
Sesuai tak peribahasa "Lain padang, lain belalang' untuk kes ini?

Tambahan: Apa hasil eksperimen buat kek semalam?
Biarlah rahsia!!!! urgh!!!