Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

16 Sept.2012

16 Sept 2012, Ahad. Kami ke JB, bertandang di  rumah Zai dan Amir.. Zai ialah anak saudara JY. Ada makan besar....majlis perkahwinan anak perempuan mereka, dimeriahkan lagi  dengan jamuan hari raya. Kan hari itu hari terakhir bulan Syawal. Majlis diadakan di perkarangan pejabat mereka, Wajah-wajah ceria di majlis yang meriah.

Emak dan bapak pengantin , mesra bergaya natural

Adik-adik JY, Safiah , Masitah ajak kita makan. Tersenyum Aishah, Che Ah dan Ariff tunggu giliran
Dah makan duduk rihat, tengok-tengok siapa datang
Kenalkan yang bercermin mata gelap tu? Kalaulah SAM datang, lagi gempak!!!

 Pengantin perempuan ialah pelajar ASWARA, jadi adalah special persembahan daripada rakan-rakan
Di bawah khemah
Dua beradik comel dah siap nakiring  kakak pengantin
4 belia remaja, mereka sepupu, anak saudara JY
Ameerah, sekolah. Balqis dan Aishah IPTA
Antara hidangan...laksa johor dan apam senyum comel. Laksa johornya sedap amat!
Air minuman warna warni
Lagi kuih muih
Ayam bakar pun ada
Tapi mana gambar pengantinnya??
Kami balik awal...ada majlis di rumah lain.
Tak tunggu sambutan mempelai
tetapi sebelum itu,
 abang dan adik lama tak jumpa
Sampai jumpa lagi!!!









Apa lagi sudah raya?

Kita puasa sebulan. Raya pun sebulan. Suasana raya masih ada di sana sini. Suasana merdeka raya.
Tetapi kalau kita ke kedai......Kedai-kedai tekstil atau  kain yang pada bulan puasa  meriah dengan lagu-lagu raya, sekarang sudah sepi. Bila ditanya tak main lagu raya lagi? Kata mereka, sekarang musim orang kahwin pulak. Kedai-kedai jahit baju pun begitu. Kalau dulu sibuk menerima tempahan baju raya, sekarang sibuk pula menerima tempahan ke  majlis perkahwinan. Ye, musim kenduri kahwin, pertunangan dah tiba. Kenduri kahwin sekarang ni dah tak kira cuti sekolah ataupun tidak. Sila layan video di bawah yang menggambarkan suasana kenduri kahwin. Biasalah, warna warni dan meriah!!!
 Terima kasih kepada yang empunya video. Saya pinjam ye, boleh?
Saya suka lagu evergreen ini.
Selamat Pengantin Baru
.

Tumpang tempias pengantin

Itu yang berlaku di rumah BC hujung minggu yang lalu. Memang sudah diatur oleh puan punya majlis, Sarah. Sarah merupakan saudara juga, pangkat mak saudara, Beliau nak buat majlis menyambut menantu. Menantu pula orang jauh.
"Lang, nanti rombongan pengantin nak tumpang rumah salin pakaian serta rihat-rihat. Alang tak payah susah-susah siapkan makanan."
Okey tiada masalah, bisa di atur.

Sabtu 28 April 2012, malam
Foto dari blog Ceritalah Nek Ngah
Ini pengantin lelaki. Dr Wan Suhaimi, dari Pasir Mas. Pasangan  beliau, Dayang Azrinie, anak perempauan Sarah. Lihat segak Dr dengan pakaian sedondon pahlawan Melayu siap dengan keris.  Hai, mana capalnya?

Ahad, 29 April 2012,siang
Ada pengantin lagi. Kali ini rombongan pengantin perempuan,Shima, dari Senawang, N9. Pasangan beliau ialah anak lelaki, Sarah, Ezwan a.k.a. Jon.

Selamat Pengantin Baru Jon n Shima
Bersedia, keberangkatan Raja Sehari.

Rumah pengantin tuan rumah tak jauh, di belakang rumah BC


Alahai, saya rasa teruja sangat bila pengantin sudi singgah di rumah sebagai transit. Cukuplah rumah BC dapat tempias seri pengantin. Semoga kehadiran mereka membawa berkat pengantin di rumah BC. Terima kasih sudi bertandang ke rumah.