Showing posts with label makan luar. Show all posts
Showing posts with label makan luar. Show all posts

SARAPAN DI UTC

Bila saya di Kuantan, saya mesti nak makan Mee Calong, yang original. 'Original', bermaksud, resepi keluarga, resepi turun temurun, resepi rahsia!! Pagi tadi baru saya berkesempatan  merasa Mee Calong special ini di food court UTC Kuantan.  Warung ini diusahakan oleh seorang sahabat bersama suami. Memang terkenal mee calong mereka. Mengapa Beserah? Sebab,  keluarga ini  berasal dari Beserah, Kuantan, yang terkenal dengan tangkapan laut.


Mungkin ada yang tak gemar mee calong(seperti JY saya )serta beberapa orang rakan lain. Mereka tak tahan dengan rasa sup ikan. Mee calong ini macam mee sup tetapi supnya, sup ikan. Selain daripada itu ada ditambah bebola ikan (home made), tahu sumbat daging ikan ( yang di' blend') serta telur mata (separuh masak) jika suka. Kadang-kadang ditambah dengan hirisan keropok lekor basah. Ikan yang menjadi ramuan utama. mee calong. Makan panas-panas  dengan air lada. Masa saya pergi pagi tadi, sahabat saya tidak ada (masih kerja,you). Suami beliau , seorang pesara,  yang  menyediakan. Boleh pilih nak mee atau mee hoon. Oh, sup dan sebagainya sudah dimasak di rumah oleh isteri. Keenakan mee calong ini terletak pada supnya. Kan dah saya kata, rahsia keluarga!
Jadi, kalau ke sini, bolehlah cuba, Mee Calong Beserah di UTC Kuantan.
 Hi hi promosi untuk sahabat, tak mengapa, kan.....

Mee Calong Beserah

IKAN PAEH

Bila nampak  poster ini, tertanya-tanya juga,
'ruang bakar paeh'
 bakar 'paeh'
 ikan ke? 
 'ikan paeh' 
 tak pernah dengar

Nampak sedap, makan pula panas-panas 


Jom cuba satu 'ikan paeh'
Ikan ni rasa ikan patin!!
Ikan patin bersama tempoyak rupanya.

La..........
Abis tu apa  pula 'ikan paeh'???
Lama-lama 'discover' sendiri
'ikan paeh' tu 'ikan pais' le....
loghat orang sini
 Ikan paeh/pais patin bersama tempoya
sedaaap, saya suka
hanya
di restoren MaBIQ


   Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Qur'an
Peramu, Kuantan 

Wakakaka

sempat juga
bersama Pengetua MaBIQ, Ustz Umee Ruziani binti AbGhani
 


KLIK KLIK ROTI CANAI


Roti Canai sebagai sarapan pagi ini. Roti canai  di restoren ini, pada kami, menang best punya. Sambil menunggu cik mek  manis ambil pesanan air, saya klik klik imej roti canai best  dengan beberapa  kesan: no effect, warm effect, black and white, sepia.  Boleh anda kenalpasti imej dengan kesannya?
 Sambil menikmati roti canai tadi, tertanya juga, 'mengapa tiada ikan pada kuah cecahnya? Selalu ada sepotong kecil ikan tongkol'  Ada ikan dalam kuah cecah, itulah special roti canai best.  Mungkin ikan dah naik harga!
Tetapi mana cik mek manis? Dah nak tercekek ni. Cik mek  manis tak datang ambil pesanan air. Tunggu juga. Dia tak nampak kami ke? 
Sampai habis kami makan roti canai, tak datang juga cik mek  manis. Jom kita minum di rumah je lah. Mujur rumah dekat dengan restoren. 
Teh tarik kurang manis satu!!!...di rumah

KETUPAT PISANG


Saya dan suami bersarapan di Tanjung Api Kuantan. berhampiran jeti kapal nelayan, Di sini ada banyak gerai makan. Kebanyakannya menyediakan makanan masakan Pantai Timur. Kami makan nasi dagang, yang rasa kuahnya agak manis, masakan orang dari Kelantan. Ada juga kuih, akok, pulut panggang, cek mek molek, laksam, keropok lekor. Saya tertarik dengan kuih seperti dalam gambar di kiri. Bila ditanya, mek penjual jawab "Ketupat" (dalam loghat Kelantan)
Ah, ketupat macam ini.?Yang saya tau ketupat nasi daun kelapa.  ketupat daun palas.Ini ketupat berbalut daun pisang? Nak cuba.

Pulang ke rumah saya belah-belah 'ketupat'.
Oh, pulut aje....katalah ketupat pulut. Tetapi saya lihat ada pisang dalam pulut itu. Pisangnya pula nya kecil, halus tak nampak. Saya rasa sepotong. Apa rasanya? Rasa pulut dan pisanglah...hi, hi, hi....Sebenarnya saya bukan gemar sangat pulut. Namun pagi ini, saya dah makan nasi dagang (pulut), pulut panggang yang dalamnya ada sambal ikan  yang tak pedas,.Sekarang nak makan ke ketupat pulut pisang ini?Isy, isy, isy.... berapa banyak pulut dah.....Reserve untuk petang pula lah!

JOM PEKENA NASI BARYANI BP

Di Batu Pahat kami singgah makan tengahari di salah sebuah gerai.  Sebut aje Batu Pahat, tentu  nak rasa  Nasi Baryani Mohd Shah yang selalu dikaitkan dengan Batu Pahat.  Letak gerai ini di hadapan Hospital Pantai,Batu Pahat. Apa specialnya nasi baryani ini? Cita rasa terpulang pada selera masing-masing, ye tak? Tapi gerai ini nampak popular, ramai pengunjung. Kakak ipar saya kata 'nasi baryani di depan Hospital Besar sedap lagi!' Eh, kenapa ye, nasi baryani di depan bangunan hospital sedap-sedap ?

Ada layan diri, ada juga dilayan

Hidangan gitu-gitu sahaja. Nak ayam atau kambing??

Air Leng Chi Kang sejuk. Nasi dihidang bersama lauk.
Keropok popodom, side order!
Tapi, waktu kami makan, kami 'dilayan' dengan kucing-kucing 'welfare' kebajikan, kucing jalanan . Lapar. agaknya, sampai tinjau-tinjau ke atas meja. minta dikasihani. Hmmmmm....

Esok, In syah Allah,  kita mula berpuasa. Malam ini kita ke masjid untuk solat terawih. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang terdahulu. Semoga mendapat keredhaan Allah SWT hendaknya. Ameen.
Kepada pembaca sekelian diucapkan......

Imej Google

Maaf atas segala kesilapan.

Pecal n Sengkuang

Salam sejahtera pembaca ku sekelian.
Cerita makan- makan lagi.
Di sini ada  dua menu yang ingin saya perkenalkan. Mungkin ada sudah tahu dan pernah rasa,

Pertama, saya terjumpa  kiosk jual makanan di Foodcourt Tesco Pringgit. Kiosknya comel dan kemas dan menyediakan Yong Taufoo, Rojak Singapore dan ada satu yang saya belum perna cuba.

Comel dan kemas dan menarik,  Puan empunya gerai. sedia membantu.
.Nasi himpit bersama kangkung, taugeh, sengkuang, timun, tauhu dan telur rebus.
Siram kuah  kacang.
Jadilah dia LONTONG PECAL


Ini menu kedua.
Pagi tadi saya hadir Majlis Doa Kesyukuran di sebuah rumah di Taman Bukit Baru Jaya.
Ada kiosk special



Pernah rasa SENGKUANG CALIT?
Yummy yummy...
(makanan orang ada gigi !!)

Hirisan sengkuang disapu otak udang manis, Ditaburi dengan kacang tanah goreng ditumbuk.
SENGKUANG CALIT , menu lama dihidupkan kembali
dengan cara menarik.
Maaf, patut imej ini tegak. Bila upload , baring pula dia!

Pecal, nasi himpit, sengkuang boleh diubahsuai cipta rasa
dijadikan resepi baru.
Selamat berhujung minggu!




Jalan-jalan, makan-makan

Salam sejahtera.
Dalam lawatan rombongan Cik Kiah ke Singapura, makanan disediakan oleh agen (Tn Hj Marwan)
Hari pertama....B/L/D
Hari kedua.......B/D . Lunch sendirian berhad

Hari pertama, untuk sarapan...nasi lemak (siap dari Melaka, makan dalam bas)
Bila di S'pore, Hjh Marwan menempah makanan di Restoren Hjh Maimunah,  memang  terkenal  dan popular di sana.

Waktu lunch  di Hh Maimunah Restoren
Menu makan tengahari
Masakan Minang..gulai nangka,  ayam goreng, oreng kangkung, sambal belacan,kentang goreng cili
rendang daging, telur dadar
Menu makan makam
Minang lagi. Antaranya...Tahu goreng cili, lobak cina goreng, pergedel, gulai pucuk ubi, 

Hari kedua,
Sepatutnya kami breakfast di Hajah Maimunah. Menunya .nasi lemak, lagi. Gerai-gerai makan di Pasar Geylng Serai (dekat aje) 'memanggil' kami untuk mencuba masakan orang Singapura. Akhirnya kami sekata, nasi lemak ditapau saje. Bila lagi orang Melaka nak rasa masakan orang Singapura, kan? Ramailah Cik Kiah mendondon ke gerai-gerai yang terletak di bahagian atas Pasar Geylang Serai. Apa teringin nak makan, makan. Saya dah rasa Mee Rebus Singapura, Soto, Lontong . Kali ini nak cuba Mee Siam S'pore.

Beratur di Warong Solo...macam-macam ada

Ini rupanya Mee Siam S'pore.

Puas dapat merasa masakan orang Singapura


Untuk lunch, kami makanlah nasi lemak Hjh Maimunah yang ditapau tadi.
Sebelum bergerak pulang ke Melaka, Cik Kiah-Cik Kiah semuanya merasa pula Murtabak Singapura, juga terkenal. Tapau, bawa balik lagi, umtuk suami, untuk anak, untuk cucu.Terlupa pula  nak ambil gambar murtabak ini.

Makan malam di JB... kali ini Cik Kiah dibawa makan di Singgah Selalu....menu ala Thai.


Okeylah. Sekarang dah time makan .

AIBP Tanjung Lumpur: satu pengalaman

AIBP waktu malam. Gambar dari blogger berkenaan.

Inilah pertama kali saya menjejak kaki ke Ana Ikan Bakar Petai (AIBP) di Kampung Tanjung Lumpur, Kuantan. Banyak sudah bloggers yang mengunjung tempat ini menceritakan pengalaman mereka merasa menu ikan bakar di sini. Kebanyakan review kata memang best rasa masakan di sini. Pada saya boleh diterima pendapat mereka. Belum lagi saya cuba restoren ikan bakar lain yang ada di Tanjung Lumpur yang menjadi  pesaing hebat (AIBP). Memang ramai pengunjung pada malam kami ke sana membuktikan popularnya AIBP ini Tak ada tempat duduk di bawah lalu kami ke tingkat atas. Peak hours.Hujung minggu pula.

Sambil menunggu .......saya perhatikan....

Tangga yang digunakan merupakan laluan serba serbi. Maksud saya,,itulah satu-satunya laluan untuk pelanggan naik ke ruang makan di tingkat atas. Situlah juga makanan yang dah masak dan minuman pesanan pelanggan dibawa ke atas oleh pembantu atau pelayan kedai. Tangga itulah juga pembantu bawa turun naik peralatan makanan seperti pinggan, gelas yang telah  digunakan. Akibatnya sibuklah laluan satu-satunya tangga yang ada. Bertembung yang turun, yang naik. Sudah tentu kita perlu berhati- hati naik turun tangga sebab kelihat anak tangga  agak licin. Mungkin ini berlaku waktu peak hours. Waktu lain , tak kot?Apa-apa pun, cadangan saya, buatlah tangga lain untuk laluan  pelanggan. Atau laluan "For Staff only", Dan pentingnya ada laluan lain, kalaulah berlaku 'emergency'......ha...macam mana? Nak lompat terjun??

 Keduanya, oleh kerana tempat ini popular, pelanggan pun ramai (waktu malam),,,,jadi pelayan pun terlalu sibuk hinggakan kita sendiri terpaksa layan diri ambil sudu dan garpu sendiri, ambil mangkuk sup tomyam, sendiri. Ada bekas sudu di atas meja, tetapi kosong, tu yang kena layan diri. Kertas tisu pun tak ada. Peralatan cuci tangan tak disediakan. Sinki jauh letaknya. Cadangan saya, tambahlah pembantu atau pelayan yang boleh memberi perkhidmatan yang lebih baik, lebih efisyen.

Ketiga, pesanan minuman. Seorang sahaja kelihatan yang kerjanya ambil pesanan minuman dari  pelanggan. Pesanan datang lambat pula.  Kalau makanan bermasak  saya faham sebab ambil masa untuk memasaknya. Pesanan minuman  saya datang lambat. Dah start makan, air tak sampai lagi. Kena beri peringatan. Bila pelayan hantar, sempat dia  kata "nak buat macam mana?" bila saya komen "nak tercekek saya". Apa salahnya dia kata "Minta maaf encik, minuman lambat". Sejuk hati sikit kan?

Harga? tak tau saya sebab ada orang belanja "buka table" Kami makan nasi putih berlaukkan tomyam campur, telur bungkus, sayur kailan goreng belacan, ikan siakap kukus, sotong goreng tepung, kerabu mangga dan  sudah tentu ikan bakar petai! Maaflah, malam itu, ikan tak berapa fresh! Keseluruhan, okey-okeylah rasanya. Btw,sup tomyam kami habis sebelum nasi sampai. Lambatnya service! (nak buat macam mana, quote and unquote)

Maaf, AIBP, itu cuma cadangan saya supaya AIBP lebih 'bintang' nya. Harus ada 'contigency plan' .Tapi "ada aku kisah" atas review dan cadangan di atas? Pengunjung "aku" ramai, mereka tak komen pun. Makanan "aku" sedap, itu yang penting.

Tak pula saya ambil gambar suasana di AIBP. Jadi saya pinjam lah imej dari bloggers.Minta dihalalkan,ye. Silalah anda ke blog mereka untuk mengetahui pengalaman mereka pula di AIBP.

Saya suka ruang makan tingkat atas. Meja ala Jepun/ Korea. Bayangkan pelanggan ramai, penuh ruang.




ikan bakar petai yang popular, sedap ...Imej dari blogger


Sempat saya ucapkan "terima kasih, adik" pada adik-adik pelayan AIBP bila tinggalkan tingkat atas. Mereka senyum,
Di muka pintu, bersepah kasut,seliper pengunjung.
Mujur saya  letak kasut saya di  tempat letak kasut/slipper sebelum masuk ke ruang makan.

@Sekincan Ikan Bakar

Banyak sudah penulisan di blog mengenai Sekincan Ikan Bakar. Sekarang restoren yang boleh dikatakan popular bagi penggemar ikan bakar sudah meluaskan sayap nya ke Melaka. Letaknya di kawasan Melaka Raya. Jom kita makan-makan  di Sekincan. Nak cuba.Apa bezanya dengan ikan bakar di Anjung Batu, di Alai atau di Muara Sungai Duyung?

"Sekincan" Kata kakak" asalnya Second Chance. Dulu orang kita tak boleh sebut 'second chance', so jadilah 'sekincan' Boleh terima ke?


Tengok tu, menarik tetapi dicemari dengan tampalan kalender dan entah apa-apa notis lagi.  Nampak "halal" aje, yang lain tu......???  Tapi lampu gantung 'gaslin'  tu menarik.

Kemudian kita order food kat kaunter. Pelayan (loghat Jawa) tak ambil order.di meja makan. Wah macam-macam makanan laut ada. Saya tertarik dengan kerang yang nampak segar (dan besar). Minta kerang rebus. Rupanya Sekincan tak main rebus-rebus....semua bakar-bakar. Kerang bakar? Belum pernah rasa. 500 gm@RM7.00 !
Pesanan dibuat, Dok tunggu dengan penuh kesabaran...lama juga. So let's pose...


At last sampailah ini...


lepas menunggu sekian lamanya......dia datang...

Rasa...gitu-gitu..sederhana (pada sayalah) . cara masak lain daripada ikan bakar melaka.
Inilah dia pukulan sekincan ikan bakar bagi kami yang kelaparan. Tengok, kerang tak habis sebab saya dan Iddin yang 'follower' nya. jadi lebihan tapau ma!



Mana bes, ikan bakar Melaka atau Sekincan Ikan bakar...terpulang kepada selera masing-masing. Kalau orang di melaka mahukan kelainan, bolehlah ke Sekincan, Kalau nak yang melaka asli, ke Umbai, Muara Sg Duyung atau Anjung Batu, tepi-tepi sungai tu.Macam mana dengan harga?? Tak tau saya, tak nak tanya yang belanja dinner malam tu. Macamana  dengan layanan, mesra tak? Tak boleh lawan lah dengan layanan orang di melaka.

Terima kasih to "Father Christmas"



Sabar menunggu

Selalunya dia tak macam ini.
Selalunya dia akan berkata "kita breakfast tempat lain lah. Tak reliable Khatijah ni".
Tapi pagi itu memang menguji kesabaran saya.

7.45 pagi. Sudah sampai di Khatijah.
Pintu Khatijah belum dibuka sepenuhnya, bererti belum siaplah lagi.
Hujan renyai-renyai.
7.50.....masih menunggu
Kami tunggu dalam kereta dan beri peluang hingga jam 8.00 pagi.
Pintu 'roll' Khatijah masih begitu.
Tunggu...tunggu...menanti

Dah ada beberapa pengunjung setia Khatijah menunggu di kaki lima.
'Kita tunggu lagi 5 min.'. Sudah 8.05...Khatijah belum ready,
Tunggu lagi.
Ini pertama kali saya lihat kesabaran dia menunggu.
Tak nak beredar ke tem[at lain ke? Non, Oasis .....
Khatijah menguji kesabaran. Perut saya dah mula berbunyi.
'Kedai Non ada Soto. Di Oasis ada macam-macam tapi tak ada yang saya nak makan pagi ini.'
Tunggu lagi 5 minit...sambil mendengar radio saluran kegemanrannya.

Lalu, saya nak pergilah jenguk, apa hal kedai belum dibuka?
Saya membongkok bawah pintu roll yang masih belum ditarik naik.
Rupanya dah ada pun 3 orang pengunjung..menunggu.
Saya ambil tempat dan buat pesanan.
Keluar kedai,  membongkok untuk keluar kedai, dan menggamit dia datang.

8.15....Khatijah dibuka.sepeninya.
Mengapa sabar menunggu?
Nasi minyak bersama opor daging di Khatijah sedap. Dah lama tak rasa.

Itulah sarapan kami pagi itu.
Berbaloi menunggu.....



Selera kampung

Satu petang kami ke Tambak Paya, sebuah kampung terletak antara daerah Melaka dengan Jasin
Seorang sahabat, Pn Rokiah binti Sujud, jemput kami berhari raya di rumahnya.


Hidangan khas ubi rebus dengan sambal tumis. Kalau tak suka pedas, ada kelapa muda gaul dengan gula melaka. Sedap makan ubi rebus tika hari hujan dengan kopi panas
Pn Rokiah ini juga pengusaha kuih bahulu. Saya nak sangat rasa kuih bahulunya.
Tapi dah habis stok. Tak pe, kita makan aje ubi kayu rebusnya.
Enaknya...ubi empuk, sambal nya pedas!
Dari kiri, bersama Kak Asmah, Jah,  di hadapan rumah Pn Rokiah (baju jingga)

Pergi kampung, lalu kakak bergambar ala-ala gadis desa, siap ada bunga lagi disisip di telinga.

 Bila pula nak makan masak asam rebus sayur keladi?
Atau masak asam rebus turi simpul dengan keledek?
Ke selera kampunglah nampaknya!!

Selera Johor di Melaka

Kami di satu-satunya hypermarket di Air Keroh. waktu 'lunch' tadi.
Lapar pula, nak makan apa?
Saya tak bersetuju dengan cadangan kakak nak makan nasi ayam penyet.
Ayam lagi? Tadi pagi untuk sarapan saya  habis satu mangkuk soto ayam.
Jom kita makan lain pula.
Jadi kami susur ke food court, bukan yang ada di dalam hypermarket, tetapi di luar. Di sini....
Kalau yang lain buka 24 jam, dia 23 jam aje!

Tapi kami tak order makanan di Nasi Kandar 23 jam ni.. Kami tertarik dengan kiosk atau pondok ......

Semuanya Johor, Laksa, Mee Rebus, Soto, Bubur Nasi.....
Nak makan menu Mee Rebus Johor...maaf kak kuah belum sedia lagi, kata penjual.
Yang ini menarik minat saya.

"Panggil saya Nik" kata adik, towkay Otak-Otak 
Nik berbaju merah....murah rezki....senyum sokmo...
Sedang goreng keropok lekor Johor
Macam-macam ada di  Otak-Otak.
Jelas keropok lekor Johor berbeza dengan buatan Pantai Timur. 'Gemuk-gemuk' dan garing.
Otak-otak Juga berbeza. Saya lebih suka yang dari Pantai Timur. Ada ikan disaluti sambal kelapa.
Begitu juga dengan sata, tiga dalam satu. Terasa ikannya.
Ada juga tembosa, karipap, wadeh, popia goreng.
Sudah tentu ada tauhu bakar yang popular di Johor.
Semua hidangan nampak 'delicious'.
.Mmmmmm,,,,sedaaap
..Tak tau apa nak pilih
Tu atas pinggan...keropok lekor...garing. Yang tiga segi tu., tembosa.

Lalu kami pesan tauhu bakar, sata, keropok lekor, vadeh.....panas-panas..

2 keping tauhu bakar lengkap dengan sayur serta kuah dan taburan kacang.

'Nik, sedaplah gorengan di Otak-Otak'
Nantilah, kami datang di lain kali,  nak rasa selera Johor di Melaka lagi.