Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

MASUK RUMAH BARU

Pagi tadi saya hadir majlis 'masuk rumah baru' di sebuah rumah di Taman TAS Damai ,Kuantan. Hanya majlis kecil-kecilan sahaja yang di hadiri oleh kumpulan marhaban seramai 10  orang. Saya tumpang sekaki.
Ustazah mengetuai membaca doa
bersedia
Kami membaca surah Al Baqarah, Surah Yassin diikuti dengan bacaan tahlil. Sementara menunggu hidangan jamuan siap , sebagai pengisian masa, kumpulan ustazah ini ber marhaban pula.

Hjh Maznah dengan 'Ya Hanana' nya,


Kenangan bersama Kak Saba yang juga suka melancong 
 Terima kasih kepada puan rumah serta keluarga atas sumbangan dan jamuan. Semoga diberkati dan di lindungi Allah SWT. Ameen.
Ustazah dan ahli yang dapat hadir. Duduk di hujung kanan dan kiri, 'menyempil'

Nasi baryani special order.....yummy yummy
Dua beradik sekarang berjiran. Kiri, bonda puan rumah. 
Kanan, bonda blogger KENANGANKU.

 Kami mohon perlindungan mu, Ya Allah..

SILENT READER

Satu pagi, sarapan soto dan teh tarik di sebuah 'food court' di Jalan Gambut, Kuantan.
Seberang jalan, hospital pakar MUIP.
Tak menulis lagi ke? dia bertanya.
Tulis? saya jawab dengan rasa hairan.
(tertanya, bila saya menulis?)
Ya lah, kat blog.
Oh awak baca blog saya, ye?
Saya suka baca....cerita .jalan sana, jalan sini....
Mana tau saya ada blog?
 Saya terjumpa SEKILAU ONE. Saya tengok dan baca,  macam kenal je.
Saya suka baca.
 Tak menulis lagi ke? 
Oh! Masih, bila ada cerita.
Mari saya ambil gambar, nak masuk blog saya...
Dia ada warung minuman, ada juga jual kuih, juga jual surat khabar.
Kalau ke sana , gerai pertama.

SARAH..salah seorang silent reader saya. Tak sangka.
Terima kasih, Sarah....

Terima kasih, JYM

Perkenalkan Jym. (bukan tour guide, ye)

Nama penuh JYM PRASATANEE SIRIPIPAT
Jym, BFF kakak. Mereka berkawan sejak menuntut di Hartford,
beberapa puluh tahun yang lalu,
Sampai kini  mereka masih berkomunikasi (FB sudah tentu)
Jym telah 'terbang' dari Bangkok ke Chiang Mai bila dapat tahu kami berada di sini..
Jym pernah ke Melaka. Sebab itu saya juga kenal dia.


Jym  tetap sama...'rugged' dalam fesyen (maklumlah orang seni dan kreatif)
Masih happy dan lucu, bercakap dengan lemah lembut , happy, happy
Malam pertama di Chiang Mai kami berjumpa di hotel penginpan kami.
Setelah bertukar-tukar 'greetings' dan khabar,
Kami bertiga menapak ke Night Market (tiap-tiap malam ada pasar malam, besar!) berhampiran hotel.
pemandangan sebahagian Night Market dari tingkat 16 hotel
Mujur ada Jym...
Dapatlah Jym buat 'bargaining' bila kami nak beli sedikit cenderahati.
Best Night Market Chiang Mai

Kami minum minum, suka suka , gelakgelak

 kakak dan Jym betukar-tukar khabar dan cerita.

Bila kami ke Chiang Rai dan seterusnya Mae Sai,
Kesokan harinya.
Jym tetap tunggu kepulangan kami di Chiang Mai.

Hari terakhir (Day 4) kami di Chiang Mai semula,
Acara bebas sebelah pagi (plane petang)
Jym datang untuk membawa kami
last minit shopping dan cuci mata.
Jym bawa kami naik teksi, naik tuk tuk
(di sini  tak ada bas tambang atau rapid macam bandar kita)

Saya suka pusing-pusing bandaraya Chiang Mai
dari dalam teksi
Kesempatan ini kami tak rasa kalau 'round' dengan member sendiri.
Jym bawa kami ke pasar, ke bazar., ke kedai
juga ke 'wat' (jadi kebangaan Jym)


Menggunung cili giling!!

Masa untuk berpisah dengan Jym


Kopunkarp, Jym.
(betul ke ejaan 'terima kasih' orang Thai?)
Thank you for the treats.
Thank you for the short but wonderful time together in Chiang Mai.
We've got a friend in Thailand
(of course Bangkok)
Kami menunggu Jym pula datang sekali lagi ke Malaysia
(sudah tentu, Melaka!)
Jym, kau sungguh baik hati!

.


Saya pemalu

Saya bukannya tak mau jumpa kawan-kawan nenek.
Saya takut,
Saya tak biasa dengan mereka
 Jarang jumpa dan ada yang tak pernah jumpa.
Saya takut nek.
Saya bimbang.
Tadi saya dengar
Kawan nenek kata
"Buat macam dia tak de.
Buat tak tau (kata orang, buat donno)
Tak payah tegur-tegur dia
last-last, dia masuk kain nenek dia, sembunyi"
Nenek ni dah faham perangai saya.
Kalau saya tak biasa dengan seseorang saya akan lari
takut ada, malu pun ada!!!
Tetapi ada juga kawan nenek seorang ini saya biasa tengok,
ada dia jalan-jalan naik kereta sama nenek,
Pernah juga datang ke rumah nenek
Dan saya pun ada ke rumah dia, kawan nenek ini lah!
Nenek ini suka nak bergurau dengan saya
main 'cak-cak' lah (main sembunyi-sembunyi),
gamit-gamit (panggil dengan isyarat jari) saya .. 
Nah, tengok dia photo shoot saya!
Mula-mula saya tak tau, tak sedar gambar saya ditangkap.
Bila saya sedar, mulalah saya slow-slow, gostan sembunyi belakang kerusi
tapi mata mengintai dicelah-celah bilah-bilah kerusi
Nak senyum, saya malu
nampak mata saya?
nenek ni masih lagi nak bergurau dengan saya
dia terus 'kejar' saya
lepas ambik satu-satu gambar
dia tunjuk imej wajah saya.
saya suka, tapi saya masih malu....
saya nak tersenyum. tapi control, nampak mata, cukup
Nenek saya pun kata
"Mari, Rayan, ambik gambar dengan nenek"
Saya bersama nenek saya, Hjh Khadijah Khalil.
Nenek jaga saya dari saya baby  lagi.
Saya sayang nenek
Nenek sayang saya.
Bila nak bersurai, nenek bimbing saya,
salam semua kawan-kawan nenek.
Maaf ye kawan-kawan nenek
 semua
Rayyan malu laahh!!


Esok periksa UPSR

Dia dan kawan-kawan sebaya nak ambik periksa, esok....

 
Amal
antara kawan sekelas


Nek lang pinjam foto ni nak 'meramaikan' posting ni, ok Yaya?
Yaya anak Ezza makcik blogger


Aisyah, pencinta kucing,
 anak jiran


Aqlan, panggil saje Dek Yang
anak ummi soleha


Jannah, anak jiran,
 sekarang dah boleh baca

Kepada semua calon-calon UPSR
 yang akan bermula esok 11 hingga 13 Sept 2012,
Semoga dapat keputusan yang cemerlang
harap bertenang bila menjawab kertas soalan tu, ye.

Anda boleh!!!

Kerana BFF


Hujan sepanjang perjalanan dari Melaka ke Kuantan semalam (Khamis). Kalau bukan kerana majlis perkahwinan anak perempuan my BFF , saya pilih duduk di rumah sahaja. Rain or shine mesti pergi juga. Hujan tetap ditempuhi. Saya pandu dari Melaka ke Tangkak. Hujan tapi tak lebat. Dari Tangkak ke Kuantan melalui Segamat, my dear drove. Hujan mencurah dengan lebatnya. Stress juga pandu dalam hujan-hujan begini Berdoa juga janganlah banjir., selamatkan lah kami dalam perjalanan,  Gambar-gambar di atas saya shoot antara Segamat ke Muadzam Shah dan seterusnya ke persimpangan empat Pekan- Paloh Hinai. Ada kawasan rendah kelapa sawit ditenggelami air, ada bahagian jalan rosak, banyak pula lori. Banyak lopak di jalan. My dear pandu berpandukan garisan putih di tengah jalan serta lopak-lopak di jalan. Mula dari Melaka jam 10.30 pagi. Sampai Kuantan 3.30 ptg. Oh ye, singgah makan tengahari di Muadzam. Sedapnya dapat makan udang galah. Hari ini cuaca di Kuantan tak menentu. Pagi hujan, tengahari ke petang panas , petang hujan renyai. Udara lembab. Apa lagi, kain baju yang perlu dicuci, hantar dobi.....
Sekarang, malam, hujan lagi!

 Petang tadi saya pergilah ke rumah my BFF, Hjh. Farida Kazi Mohd. Ada majlis Bacaan Yassin, Tahlil, dan Marhaban. Tak hujan masa tu.

Saya dan emak pengantin. Pelamin tu dia reka sendiri. Bunga-bunga hiasan dia gubah. Kata wedding planner, kalau sewa pelamin seperti ini mau rm3000.00!! Farida kata baik buat sendiri. Lepas ni kita punya. Tak mahal pun belanjanya!
Saya dengan Hjh Faruzeyah Wahab, juga kawan rapat. Masa dulu selalu melepak di rumah dia! Now, pesara aktif!
 Pengantin sedang mengedar buah tangan (juga hasil kerja tangan emak pengantin) kepada kumpulan Marhaban

Esok, 24.12.11 Sabtu,  majlis persandingan. Semoga segalanya berjalan dengan baik, cuaca pun elok...Ameen
Allah juga yang menentukan.

Riang gembira

Ahad yang lalu
Ada perjumpaan 'morning coffee' ahli-ahli perkumpulan perempuan bukit baru.
Amboi...makcik-makcik yang hadir bukan main lagi seronok menari dan menyanyi.
Orang Melaka kan...suka lah menari. Bukan apa, menghiburkan hati, berjumpa kawan-kawan, makan-makan, berebut-rebut.

Pagi Selasa. Pagi tadi. Breakfast.
Lagi perjumpaan. Kumpulan taichi atau senaman pagi pula.
Makan-makan, menari-nari lagi di rumah salah seorang ahli, Kak Saoyah (saya panggil kak Sokyah)
Kak Sokyah sediakan minuman dan kuih raya (banyak lagi!)
.Sukanya dia..dari kiri: Yang benar, Rahmah (hos berikutnya), Kak Sokyah, Zainun

Ketawa-ketawa, bertukar cerita. Bergambar (Oh dia orang suka benar ambil gambar!!!)
Main menu Mee Rebus (Mee Kari).

Dikir Barat, relaks.....Pengerusi (duduk di sofa dua dari kiri) senyum tengok anak buah gembira!

Kata pengerusi. Perjumpaan 'gather-gather riang ria' berikutnya di rumah Rahmah. Isnin akan datang.
Lepas taichi, kita breakfast di rumah Rahmah pulak.(Rahmah dah fikir panjang, risau juga,  apa nak disediakan!)
Ha.. Rahmah...awak sediakan nasi lemak. Yang lain datang bawa tambahan seperti kuih.
Berkali-kali Rahmah pesan saya, jangan balik Kuantan dulu,' tunggu lepas rumah saya , boleh balik'.
Kalau ada rezeki.....

Ini pula Idah. Alhamdulillah, Idah akan menjadi tetamu Allah ke tanah suci musim haji ini. Idah sahabat sepermainan semasa kanak-kanak dulu. Sebelum makan-makan, kakak telah mengetuai bacaan doa selamat semoga Idah selamat menunaikan haji, selamat pergi dan kembali.

Rupanya Idah ada suara emas...sempat dibuli oleh pengerusi menyumbang sebuah lagu "Pujaan ku dosa kah aku...." nyanyian S Effendi. lagu lama...

 Pengerusi buat pengumuman lagi. Ini ala tangkap muat!
Lepas rumah Rahmah hari isnin, perjumpaan berikutnya kita ke rumah Norlia pula.
Norlia, siap sedialah awak, ye...
Kalau rasa gembira, tunjukkan tangan....kata Norlia

Wah, kalau begini...kalau dalam seminggu, ada dua rumah...sampai hari raya haji lah perjumpaan riang gembira warga emas ini. Elok juga ada get together macam ni, mengeratkan lagi persahabatan dan silaturrahim.

Kalau nak badan sihat, hati mesti riang, beb.
Tapi makan mesti jaga juga tau.

Selera kampung

Satu petang kami ke Tambak Paya, sebuah kampung terletak antara daerah Melaka dengan Jasin
Seorang sahabat, Pn Rokiah binti Sujud, jemput kami berhari raya di rumahnya.


Hidangan khas ubi rebus dengan sambal tumis. Kalau tak suka pedas, ada kelapa muda gaul dengan gula melaka. Sedap makan ubi rebus tika hari hujan dengan kopi panas
Pn Rokiah ini juga pengusaha kuih bahulu. Saya nak sangat rasa kuih bahulunya.
Tapi dah habis stok. Tak pe, kita makan aje ubi kayu rebusnya.
Enaknya...ubi empuk, sambal nya pedas!
Dari kiri, bersama Kak Asmah, Jah,  di hadapan rumah Pn Rokiah (baju jingga)

Pergi kampung, lalu kakak bergambar ala-ala gadis desa, siap ada bunga lagi disisip di telinga.

 Bila pula nak makan masak asam rebus sayur keladi?
Atau masak asam rebus turi simpul dengan keledek?
Ke selera kampunglah nampaknya!!

Sepetang @kasinah

Salam.
Petang semalam Kak Asmah, fren kakak, pelawa saya 'jom makan bubur kacang di rumah Kasinah'.
Kasinah juga member kakak (fren kakak, fren saya juga!!!). Apa kisah pula nak makan bubur kacang di rumah Kasinah? Ada special programme ke? Rupanya pada satu malam dinner ala Chinese course, mangkuk-mangkuk kecil yang tersedia mengingatkan mereka pada bubur kacang. Lalu di 'suruh'nya Kasinah buat bubur kacang dan jamu mereka . Kisahnya :-)....dah berjanji.  Sebenarnya, Kasinah adalah salah seorang caterer handalan di Melaka ini. Bubur yang dihidangkan ...Kasinah special, perasa durian!Lemak dan manis. Makan tau sampai nampak bunga pada mangkuk bubur tu.Cukup saya semangkuk, bubur kacang dan apa-apa bubur pun, banyak santan, manis  ..faham-faham ajelah ye. Di samping itu ada hidangan lain, yang pedas....tahu dan jemput-jemput udang cicah sos


.Kek Kiramisu (home- baked)
Doughnut, panas-panas!!
Apa lagi jemputlah. jangan dengar cerota aje.
Dari kiri, Patemah, Saya, Kasinah, Kak Asmah, Kak Wan Jamilah .

Bila balik, Kasinah beri bekal lagi...bubur dan kuih koci
Terima kasih, Kasinah, lain kali jemputlah kami lagi.
Sepetang @ Kasinah....

Kata petua....
Kalau nak kacang hijau cepat empuk, masukkan sudu bersama kacang yang hendak direbus. Boleh juga titiskan minyak masak ke dalam air rebusan kacang supaya ia cepat kembang.