Showing posts with label masak apa. Show all posts
Showing posts with label masak apa. Show all posts

JALAN-JALAN CARI ILHAM

Hari dah petang. Nak masak apa untuk berbuka?
Kita jalan-jalan cari ilham di alam maya.

Ah! Dah jumpa!!
 Ini sesuai. Nampaknya bahan-bahan untuk menyediakannya ada: Antara bahan utama: tahu, tempeh, kentang, buncis, udang basah, fucuk, suhun.....Jom masak Sambal Goreng Jawa.

Ayam pun ada beberapa potong.  Sos lada hitam pun ada. Yang nak makan tak ramai. Cukuplah 5 potong ayam. Kita buat Ayam Masak Kicap guna sos lada hitam. Boleh??

Nampaknya, macam  lauk  nasi ambeng aje. Okey lah tu!

Maaf gambar tak ada. Kan kita jalan-jalan mencari ilham!

Jom masuk dapur!
Ini hasilnya.....
Selamat berbuka semua.....


sambal jawa diubahsuai dari resepi mat gebu


Ayam masak kicap resepi missuschef rumah ini
Tak jadi ayam lada hitam...hi hi

KIM TAK GOO ke?


Pagi tadi saya ke ECM Kuantan,
'window shopping'
(betul!!)
Masa nak  ke mesen bayar parking
saya lalu di sebuah kedai buat donut
(anda tentu tahu kedai ini).
Saya berhenti...
saya bayangkan 'Kim Tak Goo'
Saya minta izin daripada pihak pengurusan untuk mengambil gambar
pekerja-pekerja nya sedang membuat 'roti'
' dari luar ye' kata mereka.
Eh.......
Siapa dia 'Kim Tak Goo'?
Dia adalah hero sebuah drama Korea
'King of Bread'
yang ditayangkan melalui Ch 391 sedikit masa dahulu.
Adegan-adegan Kim Tak Goo membuat roti 
macam dalam gambar-gambar  di bawah ini.

'membuat roti mesti dengan jujur dan ikhlas serta kasih sayang
sebab roti juga mempunyai nyawa. Ia hidup, berkembang
dengan 'yeast' yang ada.'

'KIM TAK GOO' tekun menguli tepung,tak kisah saya di luar


King of Bread juga memberi inspirasi dan' motivating factor'
kepada kakak saya yang rajin membuat roti pelbagai rasa.
'Kim Tak Goo' katanya ^_^

Rajinnya ke dapur

Elok saya buat catatan apa berlaku hari ini, Selasa 11 Sept.2012. Jam dah 11.30 malam. Bukan apa sebagai ingatan. Hari ni saya 'rajinnya  ke dapur.'

Untuk makan tengahari...maknanya...late lunch....3.00 ptg, Berperang masak nasi dhal. Mesti ada lauk. So masak kerutuk ayam. Senang je, refer buku resepi. Ikut aje cara memasak, langkah demi langkah.  Ini kali kedua saya masak menu ini (dalam hidup saya).
Makannya kejap, persediaan dan proses masaknya....alahai...nak kemas dapur lagi.

Petang...masak pula bubur kacang hijau. Nak lembutkan kacang hijau tak payah rendam. Bila rebus kacang tadi, masukkan sesudu makan minyak masak. Cepat empuk dan lembut kacang hijau.  Ah.. ada lebih ...simpan dalam fridge...sebab ada yang suka bubur kacang sejuk!

Malam...nasi dhal dah tinggal kerak...nak makan apa malam ni?
Buat  Mi Goreng basah , boleh?
Okey aje.
So lepas Isyak,  goreng mee basah ( bukan lembab tau)  .

(tak pula nak ambik gambar aktivi masakan saya hari ini)

Esok nak makan apa, bang?

Taugeh ada, tulang ayam ada. Yang tak de....nasi impit, isi ayam, kentang.......

Tau, taulah nak masak apa .......tengoklah kalau vitamin R masih ada, ye!!

Selamat malam semua....

Menu mudah

Sudah beberapa hari menu mudah ini disediakan untuk makan tengahari dan malam.
Atas permintaan bos

Sayur masak tumis air
Sayur mesti yang  berdaun seperti bayam, lobak cina
Taugeh. kacang panjang, kobis  tak suka.
Ikan goreng kunyit seperti ikan parang atau ikan kecik-kecik goreng garing (macam keropok)
Sesekali ada juga goreng ayam kunyit
Sambal belacan mesti ada!
Cilinya , cili padi.
Air? Air barli dimasak dengan gula batu dan daun pandan
Kurang manis ye!

Sekarang, 
Dia kurangkan  makan  masak asam pedas,
Elakkan masakan berlemak,
sup tulang dan daging.
Mahupun teh tarik kurang manis!

Al maklum...alahai!
Senanglah saya.


Berita bergambar: Masterchef Muda



 Hotel Naza Tyla  Melaka 15 Januari 2011, petang Ahad
 Ada program  Kelas Masakan untuk kanak-kanak 7- 12 tahun.
Eh? Mana dia peserta wanita? Bila nak mula ni? Tak sabau kami!


Mula-mula demo dari chef-chef. Perhati betul-betul, okey.
Baik, Chef!
Resepi  pertama,  Omelette...telur dadar ., pegang sudip elok-elok, jaga terpercik minyak

Resepi kedua,  roti telur berinti, 'french toast'. 
Nabil menyapu jem, Iddin, mentega. Ah, lain kali bolelah buat sendiri, ye!
Hati-hati Naufal dan Juri (berbaju belang) bakar ikut bentuk roti
 Resepi ketiga, Nasi Goreng China

Mmmmmm rasa tak garam nasi goreng  tu?
 Balik nanti,  bolehlah masak untuk  ayah dan ibu
En Johari pun berminat siap ambil catatan.

Dah masak, apa lagi, jom kita makan...apa rasanya?
Hurray...kami boleh masak, Terima kasih Chef!
Terima kasih Hotel Naza Tyla. apa kata lain kali buat lagi kelas seperti ini,
kami nak jadi Masterchef Muda
Mummy, Naufal pandai buat  roti telur
Nasi Goreng Iddin sedap mummy.

Tiada ikan

Masak ayam sudah....ayam goreng kunyit, ayam masak sop, ayam masak kari...semua sudah....
Mengapa ayam, ayam, ayam......????
Sebab...

Kebanyakan penjual ikan di Pasar Besar Kuantan tidak berniaga kerana mendakwa tidak mendapat bekalan semalam. (iksan Kosmo!)

Hari ini bahan-bahan ini dibeli untuk.. ..makan tengahari dan malam.

Ikan sardin ..Adabi....goreng cili
Ikan kering..goreng
Sayur kacang panjang..gulai lemak
Santan
Udang....goreng begitu saje
Sambal belacan.....semestinya
.
Masak apa yang tahu....yang simple simple...
Eh, udang ada pula?
Udang bukan dari laut...jawapannya


Gulai kacang panjang sama sambal ikan sardin.....teringat saya waktu kecil-kecil dulu...kata dia lagi.

Tiada ikan, tiada masalah.

Pudding Sagu Mata Ikan

Lebihan air gula melaka yang disira untuk kuih kasui tempoh hati masih banyak. Susu cair ada dalam stok. Nampak sagu mata ikan dalam botol. Ah...boleh buat pudding sagu mata ikan. Buka almari pinggan mangkuk. Nampak ada beberapa mangkuk aiskrim berkaki. Cantik! Resepi paling senang yang saya belajar  sewaktu Tingkatan Satu,berapa tahun dulu ah????

Disejukkan

'Amal, look ...Nek Lang buat pudding sagu mata ikan!'
"What? Looks like telur ikan!. Only granny eat ah?' Budak ini memang choosy dalam bab makan.
(Lah, si Amal ni, ingat ni makan orang tua yang tak ada gigi ke?)

'Iman nak try'
So Iman cuba......letak air gula, letak susu cair. Dia rasa. First time dia rasa pudding ini.
'Eeee sedaplah Amal'

Sampai tertumpah..selekeh betul!

Tapi Amal tak suka. Dia nampak makanan tu pelek. Dia tak mau cuba.
'Pudding ini Nek Lang belajar masa Form One dulu. .Iman pun boleh buat nanti'

Rebus 4 cawan air hingga mendidih.
Basuh secawan sagu mata ikan. Masuk ke dalam air yang mendidih tadi. Tabur garam sikit.
Kacau hingga sagu jadi jernih.
Bila sudah puas hati, keluar kan sagu, masuk dalam tapisan. Cuci bawah air paip yang mengalir (running water) untuk menghilangkan kanji.
Kemudian, senduk sagu ke dalam mangkuk aiskrim. Dapatlah 7 cawan. Sejukkan dalam fridge.
Bila nak makan, bubuh air gula Melaka. Banyaknya ikut suka rasa. Tambah pula dengan susu cair. Guna santan pun boleh.

'Itu aje??' tanya Iman.
'Ah ah, budak tak pandai sekolah pun boleh buat pudding ini'

Hmmmm..sedap dimakan dalam cuaca panas ni.

Gulai hari ini

Pagi. Di Pasar Besar.....Melaka Sentral.

Nak cari sayur pucuk paku...dah lama juga tak masak gulai lemak pucuk paku sama udang (Akak Too pula mengingatkan  kita !)

Puas mata mengerling pada para-para  jualan sayur kampung. Ada berbagai sayur kampung, ada yang saya tau namanya, ada yang tak kenal pun. Ada juga berbagai ulam.
Dua kali pusing berlegar di kawasan sayur kampung sambil mengendung bakul. Jeling-jeling lagi. Eh..mana dia pucuk paku? Tak nampak, tak musim ke?
Sayur pucuk paku tak de lah hari ini ...Alahai...kena cari menu alternatif.

Rebung jeruk? Sedap juga masak lemak rebung + udang, tapi ..baunya buat teringat sesuatu...dan ada orang di rumah tu tak suka rebung jeruk.
Nangka? Gulai nangka dengan tulang ayam.....pun tak nak lah...angin!
Masak lemak pucuk manis sama keledek? Pun tak popular di rumah.
Apa kata masak asam rebus batang keladi? Eh tak mau lah...keladi gatal, nanti batuk pula.
Bagaimana dengan masak lemak jering? Busuk..nanti puas cuci tandas. Pun tak digemari.
Gulai nenas dengan ikan kering..ikan sepat, ikan talang.. sedap juga....pun tak ada sambutan,
Habis...
 Nak masak gulai apa?
Gulai kacang panjang ajelah sama udang Saiz M.
Okey.....pergi ke tempat sayur cari kacang panjang yang segar, lembut, sederhana....dapat 1 ikat kacang panjang (adalah berapa batang)...dan 1/2 kg udang. Santan beli yang dalam kotak, free kolesterol (free kan!), daun kunyit, sendiri tanam, bawang besar dan putih, masih ada lagi.
Masak satu jenis lauk (orang melaka kata satu mata) sudah cukup....sambal tumis semalam ada lagi dalam peti...perhangatkan...

Sedapnya gulai kacang panjang udang dengan nasi (sedap lagi dengan taburan kicap lemak manis) di temankan sambal tumis ikan bilis!

Mendung berlalu

Semalam (orang belah utara kata 'kelmarin') cuaca mendung di melaka. Hujan malamnya. Tanah lembab. Pokok-pokok dan rumput tak perlu di 'mandi' hari ini (Jumaat)
Dalam menjenguk tanya khabar tanaman yang ada, saya lihat ati-ati sudah mula meninggi..ada yang berbunga. Eloklah saya  pangkas supaya dapat daun-daun baru.


Sebenarnya saya tertarik dengan ati-ati.Warna  daunnya yang bertentangan, kombinasi daun hijau, kuning, kemerahan, keputihan cantik dan menceriakan. Ati-ati..pokok hiasan yang menarik.


Lalu saya kerat/pangkas/cantas batang-batang yang tinggi khasnya yang sudah berbunga, basahkan bahagian keratan, cucuk pada serbuk penggalak akar, tanam semula. Ati-ati mudah ditanam tapi kena berhati-hati jangan terlebih air, jangan terlalu dedah pada panas matahari.


Lihat, ati-ati ku sudah kemas.


Nampaknya perlu 'rumah' baru untuk ati-ati.....

Aktiviti kedua.....jom ke dapur..dah lama tak masak. Teringin nak makan sambal tumis ikan bilis. Ada lebihan bawang besar . Ambil dua biji dan hiris kasar. Blend sikit bawang besar (bawang kecil dah lupus), dua ulas bawang putih, sikit belacan. Tumis bahan yang tekah diblend bersama hirisan bawang besar. Dah sedap bau, masukkan cili kisar. Masak sampai pecah minyak. Masukkan ikan bilis, gula dan garam. Last, masukkan air asam jawa dan sedikt air. Rasalah masin, manis, masam......

Hai, termasin pula. Terlebih garam.
Sekarang buat adunan cekodok.Buat adunan sikit aje..
Kemudian...

Tukar program.. Adunan cekodok simpan dulu. Sambal tumis masin simpan juga. Esok boleh repair. Sebab? Nak makan Mee Sup  dan Satay di Warung Awi di Bukit Piatu.

Untuk sarapan ringan pagi tadi (Sabtu)
Apa kata masukkan hirisan ubi kentang, mungkin boleh mengurangkan rasa masin sambal tumis. Okey sekarang boleh makan dengan cekodok.....



Tengahari nanti nak ke jamuan kenduri kahwin di Pringgit Jaya.....
Hooray...tak payah masak!!!!

Nasi sejuk

Hari ini saya banyak free time.
Nak masak? Siapa nak makan?
Nasi semalam banyak lagi dalam periuk.
Nak buat nasi goreng...asyik-asyik nasi goreng,,,,bosan pula.
Teringat pernah terbaca di cik ternet, nasi sejuk jangan dibuang, boleh buat cokodok, cucur, jemput-jemput.
Nak cubalah.
Tekan kat en Google....'Cucur nasi sejuk'
Maka timbullah senarai posting cara membuatnya.
Ramai rupanya dah cuba membuatnya dengan bahan sampingan sendiri tapi asasnya nasi sejuk. Terimakasih kepada mereka yang baik hati kerana berkongsi resepi.


Saya  ke rumah ini untuk bantuan.

Perlu diingat adunan jangan cair. Kalau tidak,  gorengan dalam kuali  terserabai, selerak...tak bersatu. Mesti sepadu dengan tepung gandum.
Bila dah habis adunan digoreng, rasa dulu.....
Oh rangup kulitnya dan lembut cucurnya. Makanlah  dengan sos.


Minta maaflah, saya tak ambil gambar cucur nasi saya. Jadi tau, jangan kata tak jadi. . Saya turunkan yang Mat Gebu punyalah. Cucur saya cuma kurang sikit gebu seperti dalam gambar di atas. Hem...

Oleh kerana banyak juga hasil gorengan cucur nasi sejuk, lalu saya edarkan berkongsi; dengan 2 orang rakan-jiran seangkatan dengan saya, Cik Senah dan Cik Jah.
'Kat mana dapat resepi?'
'Kat internet..komputer'
Almaklum, mereka tak ade komputer, apalagi kemahiran berinternet.

"Lembut, sedap. Macam mana buatnya?" kata Cik Senah.
"Guna nasi ke? tanya Cik Jah.
"Guna nasi sejuk, kitar semula,  diblend dengan air blah..blah..blah..Blend sekali bilis, bawang....."
"Ada juga idea nak buat apa dengan nasi sejuk" kata  Cik Jah lagi.
Air muka mereka gembira. Maklumlah dapat idea baru
Suka saya dapat share resepi.

Di rumah,
"Masin sikit" kata kakak.
Alahai.....ingatan untuk saya..
Lain kali perlu hati-hati bila tabur garam.
Lain kali bolehlah tambah udang, kacang peas ke, jagung ke.....

Masak Omputih

Dah berapa kali daging kisar keluar masuk fridge. Tak jadi-jadi juga nak dijadikan bahan.
Pagi ini, mesti buat juga.
Semak-semak bahan-bahan yang lain yang diperlukan......
Alahai...tak ade cili gling, tak ade cendawan butang (optional), buah tomato pun tinggal sebiji.
Nak masak tak?
Okeylah mesti buat juga..
Untuk mendapatkan bahan-bahan yang tidak ada dalam stock, kenalah menapak ke kedai runcit kampung, Kedai Ah Meng, di simpang sana.
Ambil cili giling/cili boh,  buah tomato dua biji....
"Ah Lian (kakak  si Ah Meng), ada cendawan butang tak?"
"Ada"
"Wah, semua ada, tak payah saya ke M*din"
"Awak nak masak apa?"  Memang Ah Meng, Ah Lian dan Ah Poh, adik beradik dah kenal lama. Kalau ke kedai dia, macam-macam soal nak tau perkembangan kami terkini. Itulah kedai runcit kampung. Mesra pelanggan.
"Nak masak  makaroni goreng"
"Oh, awak nak masak omputih eh? "  tanya Ah Lian.
"Yalah , pagi ni nak masak omputih"
"Tu mee goreng sebelah rumah tak makan kah?" (kan dah kata , mesra pelanggan!!!)
"Makan juga sekali sekala" (layan juga!!)

Jadi, ini bahan-bahannya.


Ini hasilnya, masak omputih!!!!

Hirisan daun bawang dari herba korner

Masak apa tu?

Dah lama tak ke dapur.
Dah lama minat kat buku ini.

Imej di ciluk dari si Muffinbiru. Boleh eh Ezza?
Ada 365 resepi! Pilihlah mana-mana satu, satu hari satu resepi.
Sangat membantu orang-orang macam akak.Beli juga lagi sebuah sebagai hadiah pengantin baru yang mungkin baru nak berjinak-jinak di dapur (dan pening kepala nak masak apa hari ini)


Oh .bawang yang akak semai dulu, bagus hasilnya. Daun bawang dah meninggi.Nak buat apa ah?
Bagus sebagai salah satu bahan untuk Bergedel daging. Akak goreng kentang yang sudah dihiris, Kemudian lenyek dia sampai hancur.. Goreng hirisan bawang merah, Goreng daging kisar. Dalam bekas, campur semua bahan gorengan. Tabur hirisan daun bawang (tanaman sendiri) Daun sup tak ade. Tak apa. Tabur serbuk sup. Gaul rata. Kemudian ambil seceput-seceput, bentuk adunan supaya menjadi bulat dan leper. Celup dalam putih telur yang telah dipukul terlebih dahulu. Goreng dalam minyak. Angkat dan tos. Jangan lupa rasa masin tawarnya.

Bergedel daging siap untuk digoreng
 Iddin sangat suka asparagus.


Buatlah juga untuk dia, asparagus goreng Tapi kali ini, tak masuk belacan. Just  hirisan bawang merah, putih dan cili merah. Tumis.  Masuk udang ke dalam tumisan Gaul rata. Tambah sikit sos tiram. Bubuh sedikit air.  Masukkan asparagus. Rasa ..masin, tawar? Masak hingga asparagus enak rangupnya.Senang aje.

Kedua-dua resepi diilham dari buku 1H1R. Terima kasih Chef Hanieliza

Gerenti jadi punya....

Rasanya?

Okey. Saya kata saya nak rihat hari ini. Tak mau masak. Dia pun tak balik makan tengahari, Rihat maknanya saya nak santai di kedai Ani. Nak trim rambut nak manja-manjakan diri. Sambil melayan  saya, Ani beritahu dia ada order ikan pekasam dari seorang pembekal.  Saya pernah dengar, pernah lihat ikan pekasam (di showcase SDSI) tapi tak pernah rasa. Ikan jeruk masin pernah saya makan. Bila goreng ikan jeruk masin , amboi, baunya melekat kat baju, mesti buka tingkap. Kalau tidak satu rumah semerbak baunya.!!!  Orang Melaka suka ikan kering, ikan masin, cincalok, sambal,belacan.Ikan pekasam? Entahlah? Saya ingin mencuba. Nak try. Kata Ani sedap. Ikannya ditangkap sendiri dari sungai oleh pembekal tersebut dan diproses sendiri.  Pekasam ikan sungai. Anak-anak Ani suka, lebih-lebih lagi bahagian kerak-kerak salutan beras. Ani kata goreng ikan pekasam (bersama adunan berasnya) sampai garing, rangup dalam sedikit minyak. Setelah garing masukkan hirisan bawang besar dan beberapa cili api. Air perahan limau tak perlu, katanya. Ani 'belanja' saya satu paket., ada 6 ekor. Sampai rumah, terus ke dapur, buat seperti arahan Ani.  Masak nasi. Jadi ikan pekasam menu utama saya, pembuka selera makan tengahari tadi.

Ikan pekasam bersama kerak-kerak beras (diperam),  hirisan bawang besar dan cili padi  Bila buka paketnya...gas yang keluar...aduh.....tahan aje lah wei


Ini hidangan tengahari saya. Nasi putih (masih panas), ulam, sambal belacan dan seekor ikan pekasam (goreng 2 ekor aje). Kalau ada perahan jus limau  pada pekasam, sedap lagi tak?

Bagaimana rasanya? Sedap? Boleh terima?

Ikan masin rasanya masin, Ikan pekasam rasanya masin dan masam.  Padan dengan nama nya. Pekasam berbau, boleh tahan juga baunya yang tak berapa sedap. Bagi saya ikan pekasam.....

: = (

Selera masing-masing!!!  Nasi habis juga.

Suka, tak suka

Salam.
Dah berapa hari makan berasaskan lemak santan: pisang masak lemak, rendang daging (bukan saya masak), nasi lemak, bubur jagung.
Hari ini tukar: Kacang panjang tumis air bersama sambal sardin (of course, ada sambal belacan cili api, ikan kering)

Dia: Oh, masak tumis air?
Saya: Dah berapa hari makan berlemak aje, tukarlah pulak, tumis air.
Dia : Tak pergi dengan sambal sardin.
(Selalau saya masak gulai kacang panjang masak putih bersantan. Dia suka.) , Tak kena dengan 'expectation', tapi makan juga  'slow, slow.'...mujur ada sambal belacan dan ikan kering. Saya? Laju aje.

Semalam rebus ubi , makan bersama sambal tumis ikan bilis.
Ikan bilis pula dia  beli yang belum berbelah.. Ha, ni kerja 'mendera' ni. Saya cukup tak suka pilih ikan bilis. Maksudnya, belah dua dan buang 'hitam-hitam'nya.  Kan senang yang dah siap? Tapi saya tak komplen, dah tugas.
Satu lagi yang saya tak suka,buang ekor taugeh. Kalau boleh, elak masak lauk taugeh.. Bila dah terpaksa, kena jugalah, kalau tidak tak cantik masakan, taugeh berekor!
Saya suka sekarang bawang merah, bawang putih dah siap kerkupas kulit.. Mudah dan jimatkan masa, taklah berair mata bila mengupas bawang. Tapi kalau lama tak guna si merah dan si putih, letak dalam peti tak masak...hai..tumbuhlah pucuk-pucuk, tumbuhlah akar-akar. Boleh terus  tanam kalau nak dapatkan daun bawang. Bawang putih pula, mulalah berkulat. Satu masalah.

Sekarang dok fikir. Esok nak masak apa? Dia suka masam asam pedas, Tapi saya....
Nak rihat, nak rihat!!

Satu hari

Pagi....masak. Masak apa? Gulai pucuk paku bersama udang (saiz M)
Waktu makan:
'Gulai banyak asid' kata JY.
'Tapi kenapa?'tanya saya. yang suka sangat gulai pucuk paku sama udang (saiz M)
'Dua-dua kolestrol..santan dan udang. tapi makan ajelah' jawab dia

Masak pula bubur jagung manis. Pun guna santan lagi.
Saya: Buburnya saje cairkan.
JY: Kenapa?
Saya : Kolestrol.
JY:  Cair ke, pekat ke..santan...kolestrol juga kan? (macam biasa aje dengar aje)

Masak pula Ayam Goreng  berempah.
Deep fry.
Eh, bekalan minyak dah kurang sekarang, masih deep fry?
Budak-budak suka ayam goreng berempah, tak kisahlah, nanti adalah bekalan tu.
Tapi petang, sudah nampak tompok  putih pada beberapa ketul
Walaupun ayam di bawah tudung saji, dapat juga si lalat masuk celah-celah dan
'kentut' pada ayam-ayam berempah itu
(kata Aishah kawan Amal "kentut lalat")
Buang saje...kan dah rugi minyak, gas, tenaga dan  ringgit?

Hari ini..sibuk sikit.
Ke pasar, balik,  kemas apa yang nak dimasak, masak, kemas dapur.
Petang ada gathering di rumah.
Bukan gathering 'makcik bloggers' atau nek cik bloggers
Tapi ada ceramah 'sharing', ceramah 'kesihatan'
JY penceramahnya,  suri rumah (kawan-kawan) pendengarnya.
Terimakasih adik kakak kerana sudi hadir dan mendengar apa yang hendak dikongsi bersama.

Sebelum bersurai, ada sedikit minuman petang. real Hi T cum early dinner
Ada nasi beryani dengan lauk ayam masak kari dan paceri nenas (bukan saya masak)
Ada roti jala besama kari  ayam (order punya)
Ada jeruk limau campur dengan hirisan bawang merah dan cili (pun sumbangan)
Ada bubur jagung (ni air tangan saya)
Bila balik, dibekalkan berkat lagi !

Sebelum mangrib...cuci pinggan mangkuk segala yang berkaitan, kemas dapur.
Selepas magrib...seterika baju
Sudah Isya'..layan JY makan (eh, belum  kenyang lagi ke?)
Nak nasi putih bersuma gulai dan sambal belacan!
Layan....

Sekarang 11.00 malam..nak tidur setelah hadap PC dari jam 9.30 malam tadi.
Penatnya!!!

Selamat malam....mimpi yang enak-enak, ya Bu...

Sahur apa pagi ni?

Salam.
.
.
.
Berbuka hari Jumaat dengan kuih muih. Pelbagai yang ada: epok-epok sayur, roti gulung sardin dan hotdog, dan kuih manis yang lain.
.
.
Malamnya makan malam di Alai. Tukar angin. Menu pantai timur.
Tapi saya dah kenyang berbuka tadi...makan epok-epok sayur 2 keping dan segulung kuih ketayap a.k.a kuih dadar.
Makan malam ala kadar aje walaupun hidangan menyelerakan: sup tulang, ikan tiga rasa, sayur campur, goreng tauhu.
Air mata kucing pun bawa balik.
.
.
.
Sahur time.
Terlewat bangun!!!!Dah jam hampir 5.00 pagi!!!! Nasi belum masak!!!!
'Kita makan sandwich telur aje lah ye?' Of course semua agree :-)
Yang lain makan sandwich telur mata sapi (telur mata kerbau lah tu!). Ada yang makan oat!
Oh this is real breakfast!!!
Makan apa yang ada.
Saya cuma makan sekeping epok-epok sayur (memang kegemaran ku) dan sebungkus abuk-abuk sagu segelas air teh panas, dua cawan air suam.
.
Semua orang happy, tiada komplen.
Boleh tahan ke?
InsyaAllah.
.
.

Ingat, ingat!!!

Salam,
Selasa. Puasa Hari ke 6.
Teringin nak makan Laksa  Nyonya  Melaka.
Beli aje sebab tak sempat nak buat....siapa nak masak?
Jam 3 petang sudah berada di sebuah gerai kuih yang salah satu special nya ialah Laksa Nyonya.
Gerai di Ujung Pasir, dekat aje dengan Padang Temu.
'Dik beri laksa meehoon 4 bungkus dan mee laksa, satu' (2 bungkus nak beri kepada 'anak saudara' dari Muar yang singgah kejap di PT, untuk dia bawa balik berbuka nanti)
Sambil tu pilih pulak kuih apa yang ada.
Suka sangat lah kuih tepung pelita.Harga satu, 40 sen!!! So beli 10 biji, 5 untuk ke Muar.
Ah, ada karipap kentang. Beli 3 keping.

Jam 5.30 petang.
Jemput Iddin dari sekolah fardhu ain.
Amal dan Iddin dah pesan nak murtabak special Pak Haji (gerai sebelah rumah BC)
Belilah 2 keping..special sebab tebal!

Jam 6.30 petang
Dah sampai rumah PT.
Iddin ajak pula ke Pasar Ramadan Bertam Jaya, dekat rumah. Nak beli ais krim, katanya.
"Puasa kita tak jual aiskrim Minggo-Minggo (betul ke ais krim ini?).'. Jadi kecewalah si Iddin.
Pusing kejap jengok kuih apa yang ada.
Tergoda dengan kuih seri muka dan kuih lapis. Beli.2 seri muka dan satu kuih lapis.
Mummy si Iddin singgah on the home from office. Oh dia pun beli karipap kentang (semalam beli sedap), kuih puteri ayu (anak-anak suka) dan 'beli kerana malu', kuih semosa (yang tiga segi).

7.00 malam
Siap atas meja,
3 bungkus laksa lemak,
4 bungkus nasi lemak (mummy Iddin beli di office)
2 keping murtabak special.
Sepinggan kuih tradisional Melayu (macam-macam ada)
Air: teh o, teh bunga (kotak), air black currant. 

7.21...time buka puasa.
Yang makan...2 dewasa (bos pergi kenduri) 1 remaja, 2 children
Laksa lemak....sebungkus share dengan Iman (banyak sangat kandungan sebungkus laksa). Jadi tinggal 2 lagi.
Murtabak....Amal dan Iddin tak banyak pulak makan...ada banyak lebih lagi.
Nasi lemak...habis 2 bungkus..tinggal 2 untuk sahur
Kuih muih...tak habis makan...budak-budak tak suka. Saya makan 2 tepung pelita.
Ada pula 4 telur mata kerbau untuk dimakan bersama nasi lemak. Ni laku..makan begitu saje.
"Mummy, sahur nanti nak makan Maggi aje lah' (pulak!!!)

Oh banyak banyaknya makanan tak habis. Tunggu jam 10 atau sahur.


Rabu, Jam 5.00 pagi sahur.
Saya makan 2 potonga murtabak.
Bos makan laksa mee.
Iman makan nasi berlaukkan 'hot dog' (tak berkenan lauk yang ada,)
Budak-makan makan mee maggie.
Kuih?..No. no. no...nak laku.
 Akibatnya...
'Let go semuanya.......membazir....!!!!!'

Pengajarannya:
Jangan ke Pasar Malam atau Pasar Ramadan ketika perut lapar. Nafsu nafsi!!!

.Ya Allah aku telah membazir, beli ikut nafsu......ampunkan aku, Ya Allah.

Ingat lain kali!!!!

Oh Yes.....mujur ingat.....hari ini 18 Ogos ialah hari ulangtahun Iman, cucu saudara saya dan   anak kepada MsHart dan MrKind Heart (my niece and nephew in law, ada istilah ini?). Berapa umur Iman? Big girl, remaja sudah...15 years old, PMR tahun ini.. Satu masa dulu Nek Lang tinggi daripada dia. Masa ini, Iman dah menjulang tinggi daripada Nek Lang.  Semoga Iman juga akan menjulang tinggi cita-cita (nak melanjutkan pelajaran di Korea), terus memenuhi harapan mummy dan daddy, adik-adik serta semua saudara mara....jadi anak yang solehah, cemerlang dunia dan akhirat. HAPPY 15th BIRTHDAY, IMAN :=)

Makan malam

Salam,
Dah jam 10.30 malam. Hujan di luar sana dengan kekadang guruh. Tapi taklah lebat sangat. Siang tadi panas.
Okey, untuk dinner sebentar tadi, saya  masak Nasi Goreng Sambal Belacan Cili Padi (kaw-kaw punya) untuk dua orang makan.  Saya guna cili padi yang merah menyala. Cili padi aka cabai melaka, boleh juga cabai rawet, terlebih dulu dibuang bijinya. Ha, nak cepat, saya guna aje jari jemariku......tau-taulah akhirnya kepijauan..panas..... Perencah sayurnya, sayur 'lenggang kangkung'. Bawang tak ada, jadi tumis aje  tumbukan cili dan belacan ke dalam kuali dan masukkan kangkung, nasi. Nak basahkan sikit, titiskan kicap lemak  manis.  Ikan bilis goreng  sebagai hiasan.  Hmmm....Tak lengkap kalau tak ada sup. Tapi bahan nak buat sup tak ada. Nampak ada kiub-kiub Makcik Tom Yam.terselit dalam fridge.Why not.? Janji rasa tom yam. sup tom yam, mari..  Lebur aje kiub ke dalam air didihan, masukkan cik kangkung (kobis ada, tapi si dia tak suka). Kangkung,,,kangkunglah.....tom yam kangkung jadinya.(nasi goreng pun kangkung) Eh, kenapa masam? kata si dia. tom yam, mestilah masam, jawab si saya. Habis juga Tom Yam Kangkung ku. Nasi Goreng pula, pedas sekali. Dah dibuang biji cili padi,  pun pedas lagi?. Dia sukalah. Lawankan dengan air teh panas perasa raspberry manis.   Hmm..lega..Kenyang. Syukur...dengan makan malam , nasi goreng belacan cili padi bersama sup tom yam kangkung, masam sekali. Overall...pedas+masam+manis

Hujan malam belum teduh,
Selamat malam, saya nak tidur.
Harap-harap dia tak berdengkur.

Ketupat lagi

Salam.


Pagi ini, Melaka basah dan sejuuuuk lagi. Sedap tarik selimut.....

Ini ialah pemandangan di luar rumah,
hadapan....masih cool
Ini juga di luar rumah,
bahagian belakang,

nampak basah, kan?

Pagi ni breakfast ketupat lagi tapi bukan ketupat lebihan pagi semalam ye.
'Chef di Raja' PT aka En Tapah, kirim...dia masak untuk kenduri di masjid Ujung Pasir.

Ada ketupat mini serta rendang ayam
Oh ada juga apam gula merah


Dan... ada juga pulut dengan serawa durian. Tapi yang ini tunggu dulu....pagi lah pagi, perut tak boleh terima hidangan ini.

Okeylah , nak ke You Tube...tapi maaf, ye, gambar-gambar di ambil di rumah my anak anak saudara. Bukan, bukan rumah di BC.

Dah penghujung


Salam semua.
Jumaat, 27 Syawal.....Dah penghujung-penghujung ni, somebody order set ini.
Nasi impit rebus malam tadi, kuah kacang pun masak semalam...pagi ni 'berperang' dengan kuah lodeh dan sambal tumis udang!
Percaya tak orang-orang kampung, BC, semua ni Nek Lang masak!
Terima kasih kepada link Dari Dapur ke Dapur!!!