Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Ust Badli Shah ~ 5 jenis guru

Menonton video ceramah Ust Badlishah Alaudin ini membuat saya mengimbas kembali masa berkhidmat dahulu, bidang pendidikan. Mengikut Ust, guru ini ada 5 jenis: Wajib, Sunat, Harus, Makruh, Haram. Wajah-wajah guru serta rakan-rakan sama berkhidmat terbayang di mata. Hi Hi Hi.....lucu betul cara Ust membuat kategori guru ini.  Bagi mereka yang masih berkhidmat, tak kira bidang apa, renung-renungkanlah, anda jenis pekerja yang mana?

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha !



#IkonEveryday: A Day With Baggage Handlers

Senario biasa di  balai pelepasan di airport.  Tersusun  bagasi penumpang untuk check in
Imej dari blog :KENANGANKU,dengan izin cujafw
Sampai di destinasi, bersabar menunggu bagasi masing-masing..
Where's my luggage? Mana beg saya, tak nampak lagi!! Persoalan yang selalu ditanya bila bagasi tak muncul-muncul. Lambat sikit, penumpang dah resah, risau, komplen......sabau lah ye
Jom kita lihat senario belakang tabir bagaimana bagasi kita diuruskan oleh 'baggage handlers' ini.
Terima kasih kepada mereka :-)

Everyday: A Day With A Road Sweeper

Street sweeper di Mexico City (image dari Google)



Di Hanoi.....(ketika lawatan ke Temple of Literature, Hanoi)

Di Malaysia.

RAMADHAN AKAN PERGI

Sedih, sayu, hiba.....
Itulah perasaan ku sekarang.
 "Adakah bertemu lagi?
   Mungkinkah bersua kembali?


MUDAH RUPANYA!



Anda bermasalah melipat 'fitted bed sheet' tak? Memang saya menghadapi masalah nak lipat sarung tilam yang ada getah di empat penjurunya. Berapa kali saya cuba tak menjadi, lalu saya lipat ikut suka, tak kemas jadinya. Mudah rupanya kalau ikut step-by-step demo di atas.  Sangat membantu. Bandingkan yang dilipat kemas dengan yang ada di sebelahnya. ^00^ !!

Impressive Burger Making Skills!



Hebat ! Banyak guna telur tetapi dah cuci belum telur-telur tu, abang burger?

Mari kita bersenam


Salam sejahtera, selamat pagi semua.  .Apa khabar?
Saya baru sudah buat senaman ringan...perengangan sendi, persendian, pernafasan dan senaman anti stroke. Semua senaman ini diusahakan oleh jiran kita seberang sana.
Buat di rumah saje. Pergi kat YouTube.....pilihlah senaman yang sesuai dan  ikut gerakan 'cikgu-cikgu virtual' kita. Boleh lakukan  di dalam rumah atau di laman. Kalau satu famili, lagi seronok!
Kalau di sekolah,,senaman perengangan sendi elok juga dibuat masa  perhimpunan pagi sebelum murid-murid masuk ke kelas. Mereka akan berasa cergas dan segar.
Ada satu lagi senaman yang elok dipraktikkan.
Pernah tak buat senam otak? Yelah, nak selaraskan otak kanan dan otak kiri, Balancing!!
Nah,ini dia videonya. Cubalah. Saya nak cuba...susah juga tau!!
Kelamkabut dibuatnya.Ha,ha....

Senam otak ini boleh hilangkan mengantuk sebab perlukan memberi tumpuan (focussing) Jadi kalau semasa seminar atau semasa kuliah atau semasa mengajar, nampak peserta  atau pelajar-pelajar  hilang fokus, buatlah senam otak ini.
Alahai..saya masih keliru!!!!

Adam & Hawa Ep 24

 Teruja.
Anda ikut tak cerita Adam &Hawa ?  Saya bukanlah pengikut drama..Orang pencen, layan je TV bila ada kelapangan.
Tapi yang ini buat saya nak tahu ceritanya.
Antara 24 episod Adam & Hawa yang sedang 'popular' ini, episod 24  rasa seperti terpanggil-panggil....,maksud saya,yang first half episode, sekarang nikan musimmya.
Oh ye, saya follow Adam &Hawa melalui link di bawah. Terima kasih kepada En Ezany, tuanpunya blog.. 80 episod you,
 'dalam benci ada sayang'.

Drama Online Adam & Hawa untuk anda.: Adam & Hawa episod 24

Apa lagi sudah raya?

Kita puasa sebulan. Raya pun sebulan. Suasana raya masih ada di sana sini. Suasana merdeka raya.
Tetapi kalau kita ke kedai......Kedai-kedai tekstil atau  kain yang pada bulan puasa  meriah dengan lagu-lagu raya, sekarang sudah sepi. Bila ditanya tak main lagu raya lagi? Kata mereka, sekarang musim orang kahwin pulak. Kedai-kedai jahit baju pun begitu. Kalau dulu sibuk menerima tempahan baju raya, sekarang sibuk pula menerima tempahan ke  majlis perkahwinan. Ye, musim kenduri kahwin, pertunangan dah tiba. Kenduri kahwin sekarang ni dah tak kira cuti sekolah ataupun tidak. Sila layan video di bawah yang menggambarkan suasana kenduri kahwin. Biasalah, warna warni dan meriah!!!
 Terima kasih kepada yang empunya video. Saya pinjam ye, boleh?
Saya suka lagu evergreen ini.
Selamat Pengantin Baru
.

Kosong

Satu malam di warung asam pedas Pak Haji Umar.
Masing-masing order "roti canai Najwa Latif"
Apa hal ni? Hairan saya!! Tak faham , tak faham!!
Apa specialnya roti canai ini?
:
:
:
:
:baru saya tau.
Roti canai  Najwa Latif = roti canai kosong!
Kenapa?
Kan dia ada nyanyi lagu KOSONG!!
:
:
:
Macam-macam....

Hai? Skrin video pun kosong?

(Guna  firefox skrin kosong,guna chrome okey aje)



K Drama



Dalam banyak-banyak drama Korea siaran TV, saya amat suka cerita ini,
TV Novel:Dear My Sister.
Hari siaran : Isnin -Jumaat
8.50 pagi
Ulangan (ini yang best) 1.30 ptg hari yang sama
Saluran 391. 
Kisah sekitar tahun 70an-80an di salah sebuah bandar di Korea Selatan.
Tema kekeluargaan, kasih sayang, persahabatan, semangat juang,
ibu /isteri mithali, sahabat sejati, role model, hormat menghormati, kasih tak sampai, baik hati, 
banyak nilai murni! (ada juga yang tak murni, sebagia pengajaran)
memang best cerita ini.
 pada saya.
Kita dapat juga faham  adat, cara hidup masyarakat Korea
Walaupun ada yang mengatakan hero tak hensem (hensem apa)
heroin 'big' (tak macam heroin k drama yang lain 
cerita ini untuk 'orang lama'..
ceritanya lambat perkembangan,
 tapi kalau boleh, 
kami (kakak dan yours truly)
mesti setia di depan TV pada waktu siaran.
Ini trailernya.

Rindu serindu-rindunya

Salam Baitullah, 
Khabar Haji
membuat hati ini 
rindu serindu-rindunya....

Mari dengar
lagu yang menggamit rindu



SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
SELAMAT HARI RAYA KORBAN
SELAMAT HARI RAYA HAJI

Azam yang Suci

Sedang saya mengemas almari buku, terjumpa buku catatan satu kursus pernah saya hadir....lama dah.
Seronok juga membelek semula buku catatan ini, banyak nukilan  ilmu yang sangat berguna
Belek punya belek, terjumpalah muka surat yang ada catatan lirik lagu Azam Yang Suci.
Sudah tentulah lagu ini ialah untuk pelajar-pelajar sekolah sebagai pemangkin  meningkatkan keazaman belajar hingga berjaya..
Maklumlah kursus tersebut untuk pengurus-pengurus sekolah.
Kuliah siapa waktu itu, ya?
Dr Shukri bin Abdullah, pakar motivasi terkenal. Kuliah beliau memang tidak menjemukan.
Beliaulah yang menulis lirik Azam Yang Suci. Dan nyanyiannya ikut lagu "Suci dalam Debu".
Anda tahu siapa penyanyi lagu ini, kan?  Juga taukan lagunya macam mana?
Kalau anda lupa, ada saya sertakan lagu instrumental secara gamelan oleh  UIA.
Hebat juga gamelan UIA ini!!
Cubalah nyanyi bersama-sama.....

Liriknya macam ini:
Azam yang Suci
Tersedarku dari lamunan
Resah sejarah ku lupakan
Ku semaikan benih-benih harapan
Bersama sejuta impian.

Dengan azam dan keyakinan
Tempuh cabaran kehidupan
Terujilah segalah ketahanan
Berikanlah kekuatan dan keimanan.

Ku mengharapkan kejayaan
Menanti di hadapan
Namun  hakikat belum nyata
Harus berusaha.

Suatu hari nanti
Pasti ku kan berjaya
Akan aku buktikan
Pada mu ayah bonda.
Di situ kita lihat
Kebenaran hakikat
Impian jadi nyata
Kata telah dikota.

Bukan khayalan dan bukan lakunan
Tapi inilah kenyataan
Kerana cita diiringi doa
Pasti aku akan berjaya.

Tangga berirama





Kalau di tempat kita, bagaimana?

Harapan Ramadhan

 Salam,
Sedih dan sayu saya mendengar  lagu ini.
Jom kita menghayati liriknya.


Durian Derian Doyan

Baru sudah breakfast dah ronda-ronda  ke Air Molek, Melaka
cari durian, 'queen of all fruits'
Balik dari KL, menyimpang ke Sepang, Selangor
Sedaapnya hingga menjilat jari
Setiap tahun bila tiba musim durian, nyonya dan hubby dia
mesti buat bisnes niaga durian di korner Jalan Bukit Sekilau, Kuantan,
Bawa balik, makan di rumah ...

Jom kita makan durian sambil menghiburkan hati
mendengar lagu "DURIAN' lagu top pada tahun '50an
nyanyian Zainal Alam.
Many of you belum lahir lagi!

Mari kita bersenam siri ke 2

Salam semua.
Wah, kali ini posting saya bersiri pula! Pagi tadi saya sempat lakukan brisk walk tapi tak jauh jalannya, matahari dah terbit.
Bagaimana? Dah cuba buat latihan 'stretching"? Ah, ah, sebaik bangun dari tidur (pagi) buatlah stretching, sebelum jogging atau brisk walk, buat stretching, sebelum jalan atas 'tread mill' lakukan 'stretching', penat duduk di kerusi, stretchlah supaya tidak berlaku sakit saraf atau otot-otot. Jangan lupa minum air suam juga ye.
Selepas pergerakan pertama (perengangan aka stretching) kita lakukan pula pergerakan kedua iaitu 'warming up', dalam STI dipanggil Pergerakan Persendian. Tumpuan pada sendi-sendi anggota badan seperti lutut, siku, pergelangan tangan......Ada 25 gerakan, dilakukan ikut irama atau muzik. Ikut aje arahan yang diberi. Latihan ini boleh buat kita berpeluh kalau dilakukan dengan sistematik. Kalau lakukan secara berkumpulan lagi bersemangat :)

Ah, yes, kalau nak tahu lebih lanjut STI ini, sila rujuk Senam Tera Indonesia
Cuba, jangan tak cuba......
Nanti saya tunjukkan pula Pergerakan Pernafasan. Okey, selamat bersenam

.