BENA @ BUNGA RAYA

Bunga raya, bunga raya..... saya suka. 
Antara di laman....






Ada juga yang belum berbunga

Tetapi sayang,
bunganya tak tahan lama.
Cukup sehari, ia gugur layu.
Terdapat juga 'bena' perosak pokok.
Eeee geramnya!!!!

Ada saya terbaca buat sendiri
racun organik membunuh bena putih
 yang dicadangkan oleh blogger
"ROSES AND SECRET GARDEN"
(Terima kasih kepada Puan Tanah)
.
'Blend' 
5 ulasbawang putih, 3 cili padi, sikit kunyit hidup
2 cubit soda bicarbonate, 1 sudu kecil cecair cuci pinggan
Tapis
Sembur pada pokok 
yang  dihinggapi bena.

Saya dah cuba,
Menjadi!!


Sekarang pokok bunga raya serta pokok-pokok
yang lain InsyaAllah selamat dari bena, perosak pokok.



11 comments:

  1. Tentulah hebat bunga raya Alenna tu. Kuntumnya lebih besar daripada pasunya! Spesis yang pada bendera kita tu tak tanam ke? Betul ke mata Pak Temuk, nampak pokok-pokok buluh tu agak condong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga kebangsaan kita ada juga. Masa ni dia tak berbunga. Pembetulan, bendera kita ada bulan bintang. Buluh condong dan bunga besar dari pasu, cuma teknik photoshoot. Cewa! Selamat menjalani ibadah puasa.

      Delete
    2. Hihi, mcm mana terfikir ada bunga raya pula pada bendera!? Nak kena buang negaralah ni.

      Delete
  2. Bunga raya memang menawan, cepat membiak dan berbunga serta mudah menjaganya. Cucuk je batangnya ke tanah terus menjadi dgn syarat disirami air. Apabila dicantas dahannya, semakin rimbun daunnya dan banyak pula bunganya. Ini pemerhatian saya terhadap bunga raya sekeliling rumah ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. :-D thank you cuja. Ya, saya nampak pokok bunga raya tumbuh segar di sekeliling rumah anda.

      Delete
  3. assalamualaikum kak hajah nora...
    saya pernah tanam bunga raya...
    tapi sekarang dah mati..
    memang cantik2 bunganya dan tak tahan lama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tanam semula. Senang hidup. Bunga pun cantik .

      Delete
  4. cantiknya bunga2 aunty!
    dieya suka bunga raya warna merah menyala. aunty tanamlah. cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada aunty tanam. Baru sekali berbunga. Sekarang sedang menunggu bila dia berbunga lagi.

      Delete
  5. AsSalam kak hajjah,
    Bunga pada gambar ke-2 tu sy suka sgt. Ada sekali sy ternampak masa on the way ke Teluk Intan, kat laman rumah seseorang, cantik sgt & bunganya pun besar2. Kombinasi warnanya tu yg membuatkan nampak terserlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik T,
      Ada macam-mcam jenis bunga raya ini. Nanti saya nak cari yang lain.

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah.Komen anda dihargai.