Kita jalan-jalan cari ilham di alam maya.
Ah! Dah jumpa!!
Ini sesuai. Nampaknya bahan-bahan untuk menyediakannya ada: Antara bahan utama: tahu, tempeh, kentang, buncis, udang basah, fucuk, suhun.....Jom masak Sambal Goreng Jawa.
Ayam pun ada beberapa potong. Sos lada hitam pun ada. Yang nak makan tak ramai. Cukuplah 5 potong ayam. Kita buat Ayam Masak Kicap guna sos lada hitam. Boleh??
Nampaknya, macam lauk nasi ambeng aje. Okey lah tu!
Maaf gambar tak ada. Kan kita jalan-jalan mencari ilham!
Jom masuk dapur!
Ini hasilnya.....
Selamat berbuka semua.....
sambal jawa diubahsuai dari resepi mat gebu |
Ayam masak kicap resepi missuschef rumah ini Tak jadi ayam lada hitam...hi hi |
Oklah tu! Sedap nampak! Lain kali boleh masakkan untuk kami pula! Aktiviti memasak ikut bahan apa yang ada ni tak membazir. Jimat belanja!!! Saya pula jalan2 di kedai buku tengahari semalam terjumpa 2 majalah resepi- Saji utk berbuka dan sahur dan Rasa resepi Syawal. Belilah konon! Semalam browse jumpa juga resepi dlm blog "Wanita itu aku ". Masak ikut resepilah pulak nanti ya .....
ReplyDeleteYang mudah bolehlah. Atau kita sama2 masak buat kecoh di dapur. Gambar2 dalam buku resepi "menggoda" selera. Jadi jangan malas masak, cuja.
DeleteTak malas tapi tak sempat sbb urusan lain....
ReplyDeleteYe lah betul tu. Kadang2 kita tak rajin ke dapur sebab ada urusan lain. Saya pula kadang2 memang tak rajin.
DeleteDah 2 hari tak singgah ke blog. Masa begitu padat. Balik kerja dah ke dapur. Puasa kali ni bawa mak ke sini dan mak memang tak boleh makan makanan siap, perut sensitif. Elok juga Pn. Hajjah papar idea kat sini nanti boleh la cuba, kot mak boleh ubah selera sesekali. Sy tak kisah, insyaAllah apa saja boleh.
ReplyDelete:-D . Masak resepi yang mudah saje.
DeleteNyam2, sedapnya. hehe pantang nampak, nak tirulah letak lada hitam.
ReplyDeleteSelamat memasak'
Terima kasih ju. Silalah cuba.
DeleteSambal Jawa itu kelihatan cantik, relai-relainya. Ayam masak kicap itu pun cantik, hitamnya. Orang Jawa memanggilnya "semur ayam", biasanya dengan rasa lada hitam yang menonjol.
ReplyDelete:-) terima kasih. Nampaknya masakan bertema Jawa. Hi hi.
Delete